CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kacau Isteri Orang Ajak Bersetubuh, Lelaki Dibunuh Dan Mayat Dicampak Ke Ladang Kelapa Sawit

30-4-2021 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3645| Komen: 13

Lawas: Akibat sering mengganggu malah mengajak isteri rakannya bersetubuh, lelaki warganegara Indonesia dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam longkang di kawasan ladang sawit di Kampung Siang Siang Laut, di sini.


Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Roslan Leman berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Imran, 40-an, ditemui orang awam, 9.30 pagi Rabu lalu.

Katanya, siasatan lanjut mengesan dan menangkap suspek yang juga rakan senegara mangsa berusia 32 tahun di kuarters Ladang Trusan, Kumpulan Kris Jati, Jalan Sundar di sini, 12.10 tengah hari Rabu lalu.

Foto: Harian Metro

"Hasil soal siasat, suspek mengaku bergaduh dengan mangsa pada Isnin (26 April) lalu berpunca daripada mangsa selalu mengganggu sehingga kali terakhir mengajak isterinya bersetubuh.


"Suspek mengaku bertindak seorang diri dengan bersenjatakan tombak sawit untuk menikam mangsa sehingga mati, kemudian membalut mayat menggunakan kanvas, memikul mayat seorang diri dan membuangnya ke lokasi penemuan mayat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Namun, beliau berkata, lokasi sebenar pergaduhan sedang dikenal pasti.

Katanya, pemeriksaan pada mayat mangsa mendapatinya kesan-kesan tetakan di dahi, telinga, leher, belakang badan, lutut kiri dan pergelangan tangan putus.

Roslan berkata, suspek dan mangsa juga pendatang asing tanpa izin (Pati).

Katanya suspek datang ke Malaysia kira-kira enam bulan lalu melalui jalan tikus Sindumin, Sabah-Lawas membawa bersama dua anaknya berusia 2 dan 6 tahun serta isterinya.

Beliau berkata, suspek juga tidak bekerja selepas diberhentikan daripada Ladang Sawit Tradewind, Jalan Trusan dan sedang mencari pekerjaan baru.

Roslan berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 30-4-2021 02:05 PM
indon jongos
tulis lebih2 nnt eshol dtg potong kedit
hahahahahah
Quote Carcosa 30-4-2021 02:09 PM
Padan muka dua2. Mangsa molot mcm haram J.
Suspek plk tak sedar diri PATI. Tetak2 org mcm tetak ayam. Ingat ni negara kau?? Hantar semua blk, dgn anak2 dia sekali. Kang dah besar, sama perangai mcm apaknya. Semak semua kat sini. Berambus.
Quote Simunggu 30-4-2021 02:10 PM
mereka ini pasti pembawa covid
Quote sfrnna 30-4-2021 02:14 PM
Wow senang je masuk guna Jalan tikus bawak anak bini ya. Dahla bunuh dgn kejam siap tetak dgn tangan putus lagi. Heartless betul yah kalau baca pati2 punya kes gaduh n bunuh. Baik bangla, baik indon.
Quote Babai 30-4-2021 02:20 PM
Bodoh. Tak pasal engko pulak nak kena hukuman berat lepas ni.
Quote jalfa 30-4-2021 02:22 PM
Kuang ajor penambah statistik jenayah bunuh dimalaysia..kes gini elok campak jah kat tgh laut..sumbat dlm penjara pon perabih boraih jah
Quote rikiruj 30-4-2021 02:31 PM
Caner Tradewinds listed company bole ambik pati kerja??
Quote sonatalady 30-4-2021 02:44 PM
datang negara org...bawa perangai bunuh2.
masuk secara haram siap bawa anak bini.elok lak dpt keja plak tu walaupn haram.
Quote glump 30-4-2021 02:52 PM
Mahi tunggal lama di malaysia..dok dlm pemjara
Quote dua_chzy 30-4-2021 03:02 PM
See. Memang wujud istilah jalan tikus secara legal.
Quote Belibis 30-4-2021 03:05 PM
dua_chzy: See. Memang wujud istilah jalan tikus secara legal.

Kena ubah nama..jalan tikus baiki labu pulak.
Quote missyL 30-4-2021 03:50 PM
Anta la balik sume. Anak n bini sekali...
Quote gideoncross 30-4-2021 10:37 PM
Bab cmni x kira bngsa apa, mmg iol x dpt trima.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.136102 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top