View: 2635|Reply: 13
|
Kacau Isteri Orang Ajak Bersetubuh, Lelaki Dibunuh Dan Mayat Dicampak Ke Ladang
[Copy link]
|
|
Lawas: Akibat sering mengganggu malah mengajak isteri rakannya bersetubuh, lelaki warganegara Indonesia dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam longkang di kawasan ladang sawit di Kampung Siang Siang Laut, di sini.
Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Roslan Leman berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Imran, 40-an, ditemui orang awam, 9.30 pagi Rabu lalu.
Katanya, siasatan lanjut mengesan dan menangkap suspek yang juga rakan senegara mangsa berusia 32 tahun di kuarters Ladang Trusan, Kumpulan Kris Jati, Jalan Sundar di sini, 12.10 tengah hari Rabu lalu.
Foto: Harian Metro
"Hasil soal siasat, suspek mengaku bergaduh dengan mangsa pada Isnin (26 April) lalu berpunca daripada mangsa selalu mengganggu sehingga kali terakhir mengajak isterinya bersetubuh.
"Suspek mengaku bertindak seorang diri dengan bersenjatakan tombak sawit untuk menikam mangsa sehingga mati, kemudian membalut mayat menggunakan kanvas, memikul mayat seorang diri dan membuangnya ke lokasi penemuan mayat," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Namun, beliau berkata, lokasi sebenar pergaduhan sedang dikenal pasti.
Katanya, pemeriksaan pada mayat mangsa mendapatinya kesan-kesan tetakan di dahi, telinga, leher, belakang badan, lutut kiri dan pergelangan tangan putus.
Roslan berkata, suspek dan mangsa juga pendatang asing tanpa izin (Pati).
Katanya suspek datang ke Malaysia kira-kira enam bulan lalu melalui jalan tikus Sindumin, Sabah-Lawas membawa bersama dua anaknya berusia 2 dan 6 tahun serta isterinya.
Beliau berkata, suspek juga tidak bekerja selepas diberhentikan daripada Ladang Sawit Tradewind, Jalan Trusan dan sedang mencari pekerjaan baru.
Roslan berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
indon jongos
tulis lebih2 nnt eshol dtg potong kedit
hahahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka dua2. Mangsa molot mcm haram J.
Suspek plk tak sedar diri PATI. Tetak2 org mcm tetak ayam. Ingat ni negara kau?? Hantar semua blk, dgn anak2 dia sekali. Kang dah besar, sama perangai mcm apaknya. Semak semua kat sini. Berambus. |
|
|
|
|
|
|
|
mereka ini pasti pembawa covid |
|
|
|
|
|
|
|
Wow senang je masuk guna Jalan tikus bawak anak bini ya. Dahla bunuh dgn kejam siap tetak dgn tangan putus lagi. Heartless betul yah kalau baca pati2 punya kes gaduh n bunuh. Baik bangla, baik indon. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh. Tak pasal engko pulak nak kena hukuman berat lepas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuang ajor penambah statistik jenayah bunuh dimalaysia..kes gini elok campak jah kat tgh laut..sumbat dlm penjara pon perabih boraih jah |
|
|
|
|
|
|
|
Caner Tradewinds listed company bole ambik pati kerja?? |
|
|
|
|
|
|
|
datang negara org...bawa perangai bunuh2.
masuk secara haram siap bawa anak bini.elok lak dpt keja plak tu walaupn haram. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahi tunggal lama di malaysia..dok dlm pemjara |
|
|
|
|
|
|
|
See. Memang wujud istilah jalan tikus secara legal. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy: See. Memang wujud istilah jalan tikus secara legal.
Kena ubah nama..jalan tikus baiki labu pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Anta la balik sume. Anak n bini sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
Bab cmni x kira bngsa apa, mmg iol x dpt trima. |
|
|
|
|
|
|
| |
|