CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Media Sosial Punca Anxiety, Loca B Dah Dua Bulan Tutup Notifikasi

30-4-2021 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2877| Komen: 4

Walaupun media sosial dilihat sebagai medium yang paling penting pada masa kini lebih-lebih lagi buat para selebriti, namun hal ini berbeza buat penyanyi rap, Loca B.

Menurut Loca B atau nama sebenarnya, Nabilah Hani Azali, dia mengambil keputusan untuk 'menjauhkan diri' seketika daripada media sosial sejak dua bulan lalu.

Kredit foto: mStar


"Saya matikan notifikasi di media sosial sejak dua bulan agar tidak selalu menghabiskan masa terlalu kerap di sini bagi mendapatkan sedikit ketenangan.

"Media sosial sering memberikan rasa kebimbangan melampau (anxiety) pada diri saya.

"Tapi saya sangat menghargai anda semua yang selalu tag dan beri direct message pada saya. Maaf tak dapat nak balas," katanya.

Sebelum ini, beberapa selebriti popular seperti Diana Danielle, Remy Ishak dan Ardell Aryana juga pernah berkongsi mengalami serangan kebimbangan (anxiety attack) sehingga mengganggu fokus mereka terhadap kerjaya seni.


Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu Loca berkata dia bakal tampil dengan single terbaharu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Nama rapper berusia 29 tahun itu semakin meniti populariti selepas lagu Gila nyanyiannya bersama Kaka Azraff dan Noki berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) pada bulan lalu.




Loca mendirikan rumah tangga dengan ahli kumpulan K-Clique, Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zambri, 25, pada awal tahun lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Bintang Aiko yang dilahirkan pada November lalu.

Loca juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Yusuf Alexander yang kini berusia lima tahun hasil daripada perkahwinannya terdahulu. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 30-4-2021 11:11 AM
Muka baby sebijik muka apak nye
Quote tipah89 30-4-2021 12:49 PM
boringnya dia ni. apsal byk sgt rapper selfclaim anxiety la, depression la
Quote dua_chzy 30-4-2021 03:10 PM
Dengan dia ni pun akak hada girl crush kerana persona yang sheol bawak dalam lagu2/rappin sheol.
Quote ayorsuam 30-4-2021 04:52 PM
Suka dengar suara Loca B...lemak2..serak2..sexy!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.041547 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top