CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wani Kayrie Keliru Dan Sedih, Dah Dua Tahun Tak Jumpa Keluarga Di Sabah

30-4-2021 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1752| Komen: 0

Penyanyi Wani Kayrie mengakui dia berasa keliru dan sedih dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri terutama di Sabah dan Sarawak di musim perayaan.


Menurut Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, dia tidak dapat membayangkan kesedihan individu yang tidak dapat pulang ke kampung bertemu keluarga sejak tahun lalu.

Malah, penyanyi berusia 21 tahun ini juga menganggap Pilihanraya Negeri Sabah (PRN) yang diadakan pada tahun lalu menjadi punca rentas negeri tidak dibenarkan.


Kredit foto: IG


"Sejujurnya, saya sangat keliru dengan apa yang berlaku sekarang. Sudah setahun setengah dan tiada perubahan. Dua tahun tak dapat balik kampung pun dah sedih apatah lagi semua individu yang tak dapat jumpa keluarga langsung.


"Wow, kalau PRN Sabah tidak berlaku, ini mungkin tidak akan terjadi. Saya sangat sedih. Kenapa membenarkan orang dalam negeri pergi kerja tapi tidak benarkan mereka berjumpa keluarga waktu sambutan perayaan?

"Ini sangat menyedihkan. Kami buang banyak masa sejak tahun lalu. Kesian kami," tulis Wani di Instagram miliknya.



Penyanyi lagu Aksara Cinta itu turut memuat naik paparan skrin artikel mengenai rentas negeri terutama di Sabah dan Sarawak masih tidak dibenarkan memandangkan tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 17 Mei.

Menerusi artikel itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pergerakan rentas negeri di bawah status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menerusi konsep gelembung perjalanan hijau dikecualikan.



Dalam pada itu, Wani turut meluahkan rasa kerinduan untuk berkumpul bersama keluarga dan menyambut perayaan Aidilfitri di Sandakan, Sabah.

"Saya hanya rindu untuk berkumpul dengan keluarga di Sabah. Kalau tak Covid, setiap tahun gigi beli tiket mahal-mahal asalkan dapat beraya dekat Sandakan. Siap beli setahun awal tau. Bila la lagi kan...," kata Wani.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.070482 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top