CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haiza kerap Mengalami MicroSleep ketika memandu

26-4-2021 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3731| Komen: 17|Original author: piao




HAIZA


Kuala Lumpur: Penyanyi dan penyampai radio, Haiza mengakui mempunyai tabiat 'berbahaya' iaitu mudah terlelap ketika memandu terutama apabila bersendirian.

Haiza berkata, walaupun pernah mengalami kemalangan akibat terlelap ketika memandu, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan atau membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

"Bila bulu roma meremang seluruh badan, itu tandanya saya perlu berhenti dan tidur sekejap. Saya tak mahu membahayakan nyawa saya atau orang lain dengan memaksa diri untuk memandu.

"Pernah juga terjadi jarak ke rumah sudah dekat tapi saya tak dapat menahan mata. Jadi saya ambil keputusan melelapkan mata di tempat selamat. Kemudian bila sudah segar saya kembali memandu.

Loading FB Post...



"Bukan seminit dua, malah saya pernah tidur selama dua jam dalam kereta. Apatah lagi, saya bertugas sebagai penyampai radio segmen pagi, bulan puasa ini mencabar juga kerana kurang tidur," katanya. Menurut Haiza, suaminya sudah 'masak' dengan tabiatnya itu sehingga menasihati dirinya supaya berhati-hati apabila memilih untuk berhenti di tempat selamat untuk berehat.

"Suami saya pesan enjin kereta kena dimatikan, tingkap dibuka sedikit untuk udara masuk dan kawasan nak tidur itu selamat. Bukan main tidur saja di mana-mana kerana boleh membahayakan keselamatan. "Malah, saya juga menyorokkan beg tangan dan tidak meletakkannya di tempat terdedah kerana pernah wujud kejadian rompak juga. Pelbagai langkah keselamatan perlu diambil, bahaya jika tidur dengan membiarkan enjin tidak dimatikan," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cece1234 25-4-2021 08:34 AM
Hire la driver ke..bahaya la..
Quote kiah_mai_pulak 25-4-2021 10:05 AM
order grab je lahh mcm tu
Quote winky1 25-4-2021 01:41 PM
Saya dulu selalu begini North South highway. Bila stop driving automatik segar balik. Pegang steering ngantuk balik. It was such a struggle. Satu je ubat dia.. Kunyah asam plum yg dalam Botol plastik kecik tu. Kena kunyah sepanjang 200 km or more pi balik.. Naik nyilu gigi gusi
Quote Thunderclouds 25-4-2021 01:47 PM
NAIK GRAB. SETTLE. Jgn perjudi nyawa sendri mahupn org lain.
Quote mijot 25-4-2021 03:53 PM
bahaya...better naik grab atau hire pemandu..
Quote user.name 25-4-2021 05:36 PM
sebelum ada nyawa melayang sebelum ko kena viral dashcam baik lah ko rawat microsleep tuh. kang tak pasal2 ko pulak dimaki berjemaah kat porem cari nih. ko tu dah la retis harus lah thread makian ko nanti cepat jah dah cecah berpuluh puluh page
Quote mrsbale 25-4-2021 05:43 PM

Bercerita utk timbulkan kesedaran tu ok la.
Tapi lagi afdhollll makcik p jmp specialist .
Suami blh la nasihat tp still - dia bkn pakar.
Bende xboleh amik ringan makcik oi. Libatkan nyawa.
Bkn nyawa sendri je masalahnye
Quote bedahmenjuyah 25-4-2021 05:47 PM
Banyak alternatif kan. Nak tunggu laki ambik hantar dia pun ada komitmen lain kan. Ambik grab plg senang
Quote pavlovachoc 25-4-2021 07:10 PM
Naik la grab kan banyak kt kl nun..lain  la tmpt aku ni ,tmpt jin bertendang
Quote dudaberhias 25-4-2021 08:49 PM
berhenti tido la dik... takpun makan, tapi makan bukan lah penyelesaian kalau trip kita tu melebihi 4 jam...

makan selalu sejam dua jam boleh la rasa segar...
Quote annadonna 25-4-2021 08:55 PM
Kolesterol ko tinggi tu makcik. Pi dapatkan bantuanlah
Quote helicornia 25-4-2021 10:03 PM
bos ofis aku dulu ada masalah ni.time meeting bole terlelap. klu client org luar mmg tak manis la kan.mujur dorang faham.politicians yg tertido masa program aku kesian gak.mungkin doramg pun ada masalah microsleep
Quote piao 26-4-2021 12:15 AM
annadonna replied at 25-4-2021 08:55 PM
Kolesterol ko tinggi tu makcik. Pi dapatkan bantuanlah
Kolesterol tinggi mmg akan mengantuk ke?
Quote anony-mous 26-4-2021 12:17 AM
Klau sdri mati ok la. Masalhnya melibatkan nyawa org lain
Quote Ashna21 26-4-2021 02:39 AM
Ciri2 ni sama mcm sleep apnea
Quote annadonna 26-4-2021 11:12 PM
piao replied at 26-4-2021 12:15 AM
Kolesterol tinggi mmg akan mengantuk ke?

Antara tanda la walaupun tak semestinya. Kolesterol sumbat saluran darah so aliran oksigen terganggu. Itu antara punca mengantuk yg tak dapat dikawal. Tiba tiba boleh pass out.
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 12:42 AM
Amik grab je paling mudah, or ada peneman.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.053239 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top