CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Persenda Insiden Terjun KLCC, Azhan Rani Dikecam

25-4-2021 11:50 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 10501| Komen: 44|Original author: Oleh: kp5x

Kredit foto : Instagram Mynewshub, Azhan Rani
Pelakon Azhan Rani baru-baru ini dikecam warganet susulan komennya mengenai insiden terjun di KLCC yang telah di'screenshot' dan dipaparkan di laman instagram Mynewshub. Mungkin dia sekadar melawak seperti yang biasa dilakukan melalui kapsyen-kapsyen di laman instagramnya namun lawaknya kali ini seperti tidak kena dengan tempatnya.

Menerusi gambar yang menunjukkan mangsa yang ditutup dengan khemah kecil itu seorang netizen telah meninggalkan komen yang berbunyi "berkhemah dalam mall ke acane ni" dan dibalas dengan komen daripada Azhan yang berbunyi "berkhemah sama si nopal la".


Kredit foto : Instagram Mynewshub
Insiden terjun di KLCC tersebut telah menyebabkan seorang lelaki berusia pertengahan 20 an meninggal dunia dan tindakannya itu dikaitkan dengan bunuh diri akibat tekanan perasaan mungkin berkaitan masalah kewangan. Dokumen pencarian pekerjaan turut dikatakan ada bersamanya ketika insiden tersebut.

Musim pandemik, dua kali MCO, gelombang keempat katanya bakal terjadi, sepatutnya jadilah lebih sensitif dan jagalah tutur kata, komen-komen dan perbuatan masing-masing. Nak dikatakan bodoh, ramai lagi yang mungkin lebih bodoh tapi tahu menjaga adab dan tutur kata. 

Dikhabarkan juga seorang produser, pengarah pelakon berbangsa India baru saja membuat keputusan yang hampir sama dengan insiden terjun KLCC tersebut. 

Semoga Azhan dapat menonton video terakhir Dev Rajah yang baru saja 'signing off' daripada industri seni dan dunia itu dan menjadi lebih berhati-hati untuk melawak selepas ini.   -CARI

Kredit foto : Instagram Mynewshub


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yylkasy 25-4-2021 11:55 AM
Masa drama Nur tgh naik dulu, i follow lah jgk ig dia ni. Lepastu tgk caption semua mcm try hard nk nampak kelakar, terus i unfollow. Ntah pape
Quote Nana_Man 25-4-2021 11:57 AM
Tak jadi kt diri sendiri, bole lah buat lawak.
Quote Tasikchini 25-4-2021 12:22 PM
Biadab!      
Quote beta_carotene 25-4-2021 12:34 PM
tak faham konteks lawak berkhemah tu
jadi xnampak apa yg biadab
Quote kepingbewok 25-4-2021 12:45 PM
sape produser india yg bunuh diri tu?
Quote edoraixora 25-4-2021 01:02 PM
yylkasy replied at 25-4-2021 11:55 AM
Masa drama Nur tgh naik dulu, i follow lah jgk ig dia ni. Lepastu tgk caption semua mcm try hard nk  ...

Bukan saje caption try nk kelakar, juga caption poyo acah2 bagus. Selamat ku unfollow
Quote silampumeja 25-4-2021 01:04 PM
yylkasy replied at 25-4-2021 03:55 AM
Masa drama Nur tgh naik dulu, i follow lah jgk ig dia ni. Lepastu tgk caption semua mcm try hard nk  ...

kann... nak tunjuk dia kelakar sentiasa. tak perlu kot... sampai masa bab rakan artis mati ke, insan2 terdekat ke... posting2 deep ke nak tulis berjela.. patut selami perasaan yg sama la nak melawak part org mati
Quote dani-rox 25-4-2021 01:14 PM
Sama mcm org meninggal akibat sakit jantung, kanser etc, si mati nih meninggal akibat penyakit dia, cuma beza sakit tu kat mental. Keluarga dan org tersayang yg ditinggalkan di donia nih tetap sama2 rasa kehilangan.
Tp kenapa 'mati bunuh diri' nih jah jd benda lawak? Bodohh.
Quote ketupatnasi 25-4-2021 01:18 PM
Ada pulak yg likes tuh!
Quote jerukkedondong 25-4-2021 01:19 PM
Lawak tak kena tempat oii..

dia ni ada penyakit kulit ke...
I pernah terserempak dgn dia dlm lift di IOI ..kulit dia sangat kering menggelupas...
Quote nubook 25-4-2021 01:25 PM
Bila takde sensitivity dlm diri
Quote winky1 25-4-2021 01:25 PM
Pujian membuat manusia riak. That s what happened to AR.
Quote kaklimahcomot 25-4-2021 01:50 PM
Edited by kaklimahcomot at 25-4-2021 05:51 AM

Azhan ni sopak ke? Tgk tgn dia
Quote nadie90 25-4-2021 02:03 PM
Edited by nadie90 at 26-4-2021 03:05 AM

Ceq simpati kpd si mati yg tarik nyawa sndiri akibat mslh yg tuan empunya sndiri yg lbih mengetahui....

Dri dok buat lwk xkna tmpt ni....ap kata dia bntu artis2 yg dok luah prsaan kt ig ka pa kata nk bunuh diri la...ad mslh depresi la...anxiety dll....klu komen mcm ni kt org yg dah meninggal ni mcm xdak gunanya.....just my 2 cents
Quote debab_78 25-4-2021 02:24 PM
Ada juga tengok video ig ig dev rajah tu.. muda lagi orgnya,,, tapi pilih tamatkan riwayat dengan suicide. cuma tak tahu la dia bunuh diri mcmne..
Quote AbukRokok 25-4-2021 02:44 PM
sesungguhnya mati si polan itu lebih mulia dari mati dijangkiti kuvid
Quote anony-mous 25-4-2021 02:55 PM
yylkasy replied at 25-4-2021 11:55 AM
Masa drama Nur tgh naik dulu, i follow lah jgk ig dia ni. Lepastu tgk caption semua mcm try hard nk  ...

I tgk dia ni poyo habis so mmg xberminat terus nk follow ig dia. Dlm nur x nafikan mmg best.
Quote ezacbee 25-4-2021 03:01 PM
Orang jenis camni mmg dia je betul..
Dulu nampak ok dia ni, lepas cite nur tu trus cam poyo sket.
Quote kiah_mai_pulak 25-4-2021 03:15 PM
lantakk kau lahhh

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.035234 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top