CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rasa Bertuah Dapat Lihat Kalimah Allah Di Langit

23-4-2021 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6179| Komen: 29

Kuala Terengganu: "Berasa sangat bertuah kerana dipilih untuk melihat kalimah di langit dan saya terus berdoa," kata Mohd Nor Firdaus Ibrahim.

Mohd Nor Firdaus, 34, dari Kampung Kuala Belara, Manir antara individu yang melihat kalimah Allah terbentuk di awan ketika menjalankan tugas di Pasar Borong Gong Pauh, Wakaf Mempelam, di sini, hari ini.


Kalimah Allah yang jelas terbentuk di awan kira-kira 3 pagi itu menjadi tular di media sosial sehingga ada yang mengaitkan peristiwa itu dengan malam lailatul qadar yang berlaku sekali pada Ramadan.


Kredit foto: FB


Katanya, dia sedang menjalankan rondaan di pasar berkenaan sebelum melihat awan yang berbentuk kalimah di langit.


"Ketika itu tidak ramai lagi pengunjung di pasar itu dan kejadian itu berlaku sangat singkat sehingga tidak semua orang sempat merakam gambarnya.

"Hanya kurang lima minit awan itu terbentuk kalimah sebelum ia dibawa angin dan tidak lagi berbentuk kalimah.

"Pengalaman yang sangat bermakna kepada saya sepanjang menyambut Ramadan, melihat kebesaran Allah melalui kalimah itu menyebabkan tangan menadah ke langit dan berdoa," katanya.

Tambahnya, dia tidak berani untuk mengaitkan kejadian itu dengan malam lailatul qadar.

"Memang kalimah itu dilihat pada malam Jumaat dan pada Ramadan tetapi ia tidak berlaku pada 10 akhir Ramadan.

"Bagaimanapun kejadian itu tetap memberi keinsafan dan ingatan kepada saya terhadap kebesaran Allah SWT," katanya yang juga Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Menurutnya, dia meminta rakan setugasnya merakam gambar kalimah itu di awan ketika kejadian.

"Telifon rakan saya lebih canggih oleh itu imej kalimah itu nampak lebih jelas di langit apabila dirakam menggunakan telifon bimbitnya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote addved 23-4-2021 02:39 PM
Allahu akbar, bertuah sapa yang sempat lihat dan berdoa.
Quote Skuau 23-4-2021 03:09 PM
berharap sgt 'kejadian' yg dpt menginsafkan pegawai MBKT ini..dpt juga dilihat oleh pegawai pbt(yg lain),polis,scammer,instafamous,retis,peniaga psr ramadhan,ahli politik,FORUMER sekalian.......dll...lagi..semoga semuanya INSAF juga......
Quote zonan4 23-4-2021 03:11 PM
Allahuakbar.... semoga semua insaf
Quote kakikuDibibirmu 23-4-2021 03:15 PM
Dah boleh sembah awan dekat langit, mintak awan tu turunkan rezeki juga
Quote Skuau 23-4-2021 03:24 PM
kakikuDibibirmu replied at 23-4-2021 03:15 PM
Dah boleh sembah awan dekat langit, mintak awan tu turunkan rezeki juga

'Hujan itu Rahmat'.
Quote LadyCarefree 23-4-2021 05:22 PM
Skuau: berharap sgt 'kejadian' yg dpt menginsafkan pegawai MBKT ini..dpt juga dilihat oleh pegawai pbt(yg lain),polis,scammer,instafamous,retis,peniaga psr r ...



Juga semua kerabat jagong helang segala
Quote angelofish 23-4-2021 05:27 PM
jangan la di amal kan sifat macam ni.awan tu macam macam bentuk ada.bentuk jesus.bentuk salib .bentuk mary pon ada.kang muncul bentuk lain. tergugat pulak iman
Quote cik_sssara 23-4-2021 06:04 PM
angelofish replied at 23-4-2021 05:27 PM
jangan la di amal kan sifat macam ni.awan tu macam macam bentuk ada.bentuk jesus.bentuk salib .bentu ...

Itulah tu. Orang lain pun terikut sama nanti. Padahal semua tu coincidence yang tak pelik pun, awan kan memang bergerak, tumbuhan membesar, berubah macam saiz dan bentuk.

Patutnya kita bersyukur setiap kali bangun tidur, bernyawa, sihat, cukup rezeki, kasih sayang. Bukan tunggu benda macamni baru nak bersyukur hmm.
Quote Skuau 23-4-2021 06:18 PM
angelofish replied at 23-4-2021 05:27 PM
jangan la di amal kan sifat macam ni.awan tu macam macam bentuk ada.bentuk jesus.bentuk salib .bentu ...


Arap la tak terbentuk '4 nombor'.....payah la...
Quote lavendernovella 23-4-2021 07:27 PM
Rezeki dia. Selalunya terlampau sekejap bentuk tu terjadi. So ramai yang tak perasan.
Quote Baladna804 23-4-2021 07:33 PM
Allahuakbar
Quote dodolgemok 23-4-2021 08:49 PM
addved replied at 23-4-2021 02:39 PM
Allahu akbar, bertuah sapa yang sempat lihat dan berdoa.

Berdoa kat awan tu ke? Kalau ikutkan, Tuhan ada di mana2, xperlu tggu waktu ajaib sebegini bru nak berdoa. Lagi2 time bulan remdan sebegini time nak berbuka tu lgi afdal berdoa. Kenapa ummah kena tggu dgan "keajaiban" sebegini bru nak gopoh berdoa sujud sembah pelbagai?
Quote dodolgemok 23-4-2021 08:51 PM
kakikuDibibirmu replied at 23-4-2021 03:15 PM
Dah boleh sembah awan dekat langit, mintak awan tu turunkan rezeki juga

Setuju sis. Kenapa ummah lebih taksub dgan awan berbentuk kalimah tuhan sedangkan tuhan wujud di mana2 dan bila2 masa boleh berdoa. Tpi ummah lebih menggelupor dgan perkara sebegini smpai ada suruh berdoa dgan awan kalimah ni utk dimakbulkan doa sedangkan hari2 time berbuka puasa tu lah waktu doa mudah dimakbulkan.
Quote addved 23-4-2021 11:19 PM
dodolgemok replied at 23-4-2021 08:49 PM
Berdoa kat awan tu ke? Kalau ikutkan, Tuhan ada di mana2, xperlu tggu waktu ajaib sebegini bru nak ...

Ya lah berdoa boleh kat mana~mana, masa hujan lebat pon digalakkan berdoakan, kau tak nak doa tak payah la, takde orang paksa pon. Chill la
Quote nolya 23-4-2021 11:21 PM
Sebenarnya Allah ada di mane2 dn tidak bertempat  keberadaanNya.  Andainya  seseorang itu terlihat  awan berbentuk Allah, barangkali ada pesana istimewa yg ingin Allah sampaikan kpd dia  dn tidak kpd yg lainnya.  Di langit dn di bumi, di lautan dn di daratan, Allah sentiasa ada cuma ummah saje yg selalu leka dn alpa, lupa faham Allah sentiasa melihat ape yg kita buat, Allah selalu mendengar ape yg kita kata.  
Quote notM 24-4-2021 12:15 AM
Nampak macam bentuk unta tengah duduk
Quote kakikuDibibirmu 24-4-2021 12:22 AM
Falsafah Allah wujud di mano-mano lah yang menyebabkan Ibnu Arabi cipta konsep wahdatul wujud, nak sembah ke timur boleh ke barat boleh ke utara boleh ke selatan boleh, ke pokok boleh, ke rumput boleh, ke batu berhala Batu Caves boleh, dah tak bertempat kan? Tak habis-habis dengan Allah wujud bila makan, Allah wujud bila makan, bukan makan nasik, Allah wujud dengan tidak bertempat lah kononnya

Padahal holy koran terang-terang cakap, Allah duduk di atas Arasy atas langit fis sama', Nabi siap naik ke atas langit ke tujuh nak jumpa Allah, kiblat pun satu tempat jah, tidak bertempat lah kononnya
Quote HappyGumbira 24-4-2021 02:12 AM
nolya replied at 23-4-2021 11:21 PM
Sebenarnya Allah ada di mane2 dn tidak bertempat  keberadaanNya.  Andainya  seseorang itu terlihat   ...

meols setuju, yg jarang nampak mcm awan ni di kalut2kan. kebesaran yg hari2 nmpak?
Quote airfilterkotor 24-4-2021 02:14 AM
" Pengalaman yang sangat bermakna kepada saya sepanjang menyambut Ramadan, melihat kebesaran Allah melalui kalimah itu menyebabkan tangan menadah ke langit dan berdoa," katanya.

"Bagaimanapun kejadian itu tetap memberi keinsafan dan ingatan kepada saya terhadap kebesaran Allah SWT," katanya yang juga Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).


Stended melayu.... dah tertanam dalam benak.
Asal nampak bende pelik, baru nak terasa kebesaran Yang Maha Esa, keinsofan bagai.

Lagi insof ko bang, kalo ko pikir Quran cakap gunung-ganang tu pasak bumi. Bende yg ko boleh nampak/pijak hari-hari bang.
Pasaipa?

Sila bukak buku ilmu alam sekolah rendah/menengah. Nak lagi advance, bukak buku National Geographic.



Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.115238 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top