Pusat Dagangan Dunia ke-4 (tengah) yang dirasmikan hari ini di atas tapak asal Pusat Dagangan Dunia (WTC). - Foto AP NEW YORK CITY: Sebuah bangunan pencakar langit yang dibina di atas tapak bekas Pusat Dagangan Dunia (WTC), yang musnah dalam serangan 11 September lalu, dirasmikan hari ini. Pusat Dagangan Dunia ke-4 adalah bangunan pejabat pertama dibuka di atas tapak asal seluas 64,750 meter persegi itu, atau lebih dikenali sebagai Ground Zero di mana lebih 2,700 orang terkorban dalam serangan itu. Datuk Bandar Michael Bloomberg dan arkitek Jepun, Fumihiko Maki mengambil bahagian dalam majlis perasmian di Lower Manhattan. Bangunan baru itu menggantikan Menara Selatan, WTC.
|
NIXAR posted on 14-11-2013 12:26 PM
selepas 911 dh ade bangunan baru kat sini. 2nd tower akan buka Januari 2014
ResellerMaxis posted on 14-11-2013 01:47 PM
cis..amerika nak wat bangunan baru kat situ rupanya..tapi kenapa hantar terrorist robohkan..bukan ka ...
ADVERTISEMENT