CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Makcik Komen Lucah Pada Noki K-Clique

20-4-2021 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6805| Komen: 21

Penyanyi Noki daripada kumpulan K-Clique mendedahkan dia menerima komen berbaur lucah daripada pengikut wanita yang lebih berusia di laman Instagram.

Enggan memandang serius komen yang diterima itu, Noki atau nama sebenar Ahmad Ikhwan Aji, 27, menganggap ia hanyalah gurauan dan usikan peminat semata-mata.


Foto: IG

"Selepas kemenangan lagu Gila di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35, memang saya rasa banyak perbezaan... sebelum ini peminat dalam kalangan orang muda yang panggil saya abang tapi sekarang orang lebih berusia pun kenal saya.

"Sampaikan ada satu kejadian lucu apabila seorang wanita yang lebih berusia dari saya menulis komen berbaur lucah pada salah satu foto yang saya muat naik di akaun Instagram.


"Saya hanya ketawa baca komen itu dan anggap gurauan semata-mata... rasa lucu sebab tak sangka boleh sampai ke tahap itu” katanya kepada mStar.


Noki ditemui semasa majlis kerjasama jenama Todak X K-Clique yang diadakan di Kotak Hitam Event Space di Setia Alam, Selangor, baru-baru ini.

AJL35 yang berlangsung pada 14 Mac lalu mengangkat lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B sebagai juara.

Sementara itu, Noki berkata dia tidak boleh mendabik dada atas kemenangan itu, sebaliknya perlu bekerja lebih keras lagi selepas ini.



"Selepas AJL35, saya kena bekerja lebih keras lagi... sebelum menang saya boleh nampak perjalanan dengan K-Clique tapi selepas AJL saya tak boleh nak baca apa yang akan berlaku selepas ini.

"Saya akui kemenangan ini sedikit berat tetapi InsyaAllah saya akan terus buat yang terbaik. Kalau saya leka dan tak kerja keras, lambat laun orang pun akan lupa.

"Kemenangan ini sama sekali tidak akan mengubah sikap saya... saya pun ada berjumpa dengan bekas pemenang sebelum ini dan bertanya mereka apa yang perlu, jadi saya ambil apa nasihat yang baik daripada mereka," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 20-4-2021 10:50 AM
Lahh dah ubah style botak kee rambut yang dulu lg stylo noki
Quote manehnya 20-4-2021 10:51 AM
makcik tu tulis apa weihhh
Quote bluebutter 20-4-2021 10:58 AM
Alaaa I sebagai makcik nak tahu apa intipati makcik tu komen. Haha.
Quote hyunniesSS501 20-4-2021 11:07 AM
apa komennya hawau
choke me daddy ke
Quote makadek 20-4-2021 11:10 AM
Aku pn memakcik gak ..aku bkn ngetest akan hikan kalu rupa coki ni tk gamak nk harrast sex
Quote budaktua 20-4-2021 11:13 AM
lebih berusia tu brp tahun lebih nya..?

1 thun...2 tahun....
Quote pngky 20-4-2021 11:30 AM
ala cuba yang komen tu budak remaja........
Quote rospinki 20-4-2021 12:31 PM
makcik pun nk tau...acu lukis menatang apa macik gedik tu ckp kat coki..eh noki
Quote azimodin 20-4-2021 12:47 PM
Adakah noki xlarat nak melayan kegersangan acik2 sehingga kembali ke imej prasejarah? Why noki.. Why...
Quote tipah89 20-4-2021 01:13 PM
muka camni pun ada acik2 yg merembes ke?? sedehhh.
Quote salmon-suki 20-4-2021 01:29 PM
Cepat ngaku,poremer mana y komen tuh?{:smile
Quote salmon-suki 20-4-2021 01:30 PM
tipah89: muka camni pun ada acik2 yg merembes ke?? sedehhh.

Kalau tgk komen kt benang ajl,ramai yee poremer rembes tgk enoki nih..maybe poremer kot{:smile{:smile
Quote lattehazelnut 20-4-2021 01:31 PM
tipah89 replied at 20-4-2021 01:13 PM
muka camni pun ada acik2 yg merembes ke?? sedehhh.

Dia dulu tembam sikit.. skang masuk gym, bdan rembes sikit la.. dan dia tinggi..
Quote lattehazelnut 20-4-2021 01:32 PM
I stalk ig dia komen last 4-5 pics sume komen suci murni je..
Ke da delete komen rembes..
Quote electricopop 20-4-2021 01:37 PM
Acik acik kepam pun nak jugakkkk!
Quote n3ar 20-4-2021 01:51 PM
yeke makcik...

ntah2 bapok tua ker
Quote Themilo 20-4-2021 02:49 PM
salmon-suki replied at 20-4-2021 05:29 AM
Cepat ngaku,poremer mana y komen tuh?{:smile

makcik ke? meols speku @Kurex menyamar je tu, dia buat fake account
Quote jasmeen 20-4-2021 02:52 PM
tak selera pulak nak komen lucah kat ko noki walaupun banyak makcik forum mengatakan engkau lazatttt
Quote salmon-suki 20-4-2021 03:12 PM
Themilo replied at 20-4-2021 02:49 PM
makcik ke? meols speku @Kurex menyamar je tu, dia buat fake account

Hahahahaha.. mungkin laa tu..tp msti poremer menyamar nih g harrass enoki nih . kekeke~

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.081576 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top