CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kerja Tanpa Henti Sejak 2015, Faizal Tahir Berehat Panjang

20-4-2021 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2349| Komen: 7

Description: Komposer dan penyanyi Faizal Tahir, 43, mengambil keputusan berehat panjang dalam industri muzik selepas Aidilfitri nanti bagi memberi fokus kepada kehidupan peribadi.
Komposer dan penyanyi Faizal Tahir, 43, mengambil keputusan berehat panjang dalam industri muzik selepas Aidilfitri nanti bagi memberi fokus kepada kehidupan peribadi.

Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir berkata, dia sudah terlalu penat akibat bekerja tanpa henti sejak 2015 namun terharu dengan sokongan berterusan diterimanya.

Foto: NSTP

"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang setia di sisi sepanjang perjalanan ini. Sama ada sejak hari pertama ataupun baharu semalam, terima kasih tak terhingga dari hati saya yang terdalam.

"Sejak Assalamualaikum pada 2015, saya kerja tanpa henti. Anatomi, Rojak, Qibla, dan projek-projek lain memang sangat berbaloi. Alhamdulillah. Tapi saya sudah kehabisan tenaga dan kepenatan itu sangat nyata.


"Qibla adalah buah tangan terakhir saya kepada anda semua sebelum berehat panjang selepas Aidilfitri. Saya amat memerlukannya untuk keluarga dan diri-sendiri," katanya.



Faizal juga memberi bayangan dia tidak akan menghasilkan lagu nyanyian sendiri selepas ini. Sebaliknya, dia cuma mahu terbabit sebagai penerbit untuk artis lain.

"Saya masih akan berada dalam industri, menulis dan menerbitkan (lagu). Cumanya, bukan untuk diri saya," katanya. 

Baru-baru ini, Faizal tampil bergabung semula dengan kumpulan nasyid pernah dianggotainya, Mirwana selepas 17 tahun. Mereka bekerjasama menerusi lagu Aku Tanpa Cintamu 2021. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mishungu 20-4-2021 11:01 AM
Tgh dgr lagu aku tanpa cintamu 2021 nmpk pulak benang ni.. Kebetulan sgt.. Hehehe
Quote Themilo 20-4-2021 02:50 PM
mishungu replied at 20-4-2021 03:01 AM
Tgh dgr lagu aku tanpa cintamu 2021 nmpk pulak benang ni.. Kebetulan sgt.. Hehehe

lagu yang penuh autotune ke?
Quote MakcikLaksa 20-4-2021 07:18 PM
Acik suka lagu hello goodbye yg dia buat utk ernie ngn syamel tu. Lagu2 pezal ni mmg boleh dgr style bunyi pezal dlm lagu tu
Quote awenda507 21-4-2021 03:22 AM
Y dia makin nampak kusam dan selekeh?{:dot
Quote True-X 21-4-2021 04:11 AM
suka jugak lagu fezal tahir ni...

anyway kene grooming sikit kot...... lelaki in 40's kl jaga badan.. kasi wangi.... hot sangat babe
Quote aammyy 21-4-2021 04:30 AM
Dia, KRU dgn Hael kalau buat lagu kita boleh agak tone dorang mcm mana. I suka lagu2 FT termasuk lah yg dia buat utk orang.
Quote biozipstar 1-6-2021 10:46 PM
bagus dia ni tak share pasal hal dalaman family sendiri.. cerita pasal kerja saja... good luck !

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.048864 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top