CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Pelakon Tak Boleh Direman, Polis Buru Dalang MV Judi Raya

18-4-2021 05:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4877| Komen: 22

Lima pelakon dan seorang ejen pencarian bakat iklan raya yang mempromosikan judi secara dalam talian dibebaskan pada Sabtu.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dilaporkan menolak permohonan polis untuk menahan reman keenam-enam individu berkenaan atas alasan bahawa kesemua mereka adalah pelakon bebas dan bukan kakitangan syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan video muzik (MV) tersebut.




Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis berjaya mendapatkan perintah reman selama empat hari bagi dua suspek dalam kes tersebut bermula Sabtu hingga Rabu depan.

"Kita tak boleh menahan reman pelakon-pelakon itu, mereka hanya pekerja sambilan. Peguam juga memberi jaminan bahawa mereka akan beri kerjasama sekiranya diperlukan.

"Sebenarnya mereka ini hanya dibayar sebanyak RM180 seorang.

"Dua individu yang direman adalah kakitangan produksi iaitu pengarah dan jurukamera yang menghasilkan video itu," katanya kepada mStar.


Mereka disiasat mengikut seksyen 504 Kanun Keseksaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Mohamad Zainal menunjukkan gambar suspek yang dikehendaki polis.

Tambah Mohamad Zainal kini pihaknya sedang giat mengesan dalang disebalik penghasilan MV yang menggunakan tema sambutan Hari Raya sebagai modal mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian.

"Dalang iklan kita tengah kesan, buat masa ini polis sedang jejaki individu bernama Loh Kee Hoe berusia 35 tahun.

"IPD Dang Wangi juga sedang siasat mengenai satu lagi video iklan judi raya yang tersebar di media sosial hari ini.

"Kami percaya ia dihasilkan oleh pihak produksi yang sama... cuma pelakon saja berbeza," katanya.

Hingga kini terdapat dua MV iklan judi menggunakan tema Aidilfitri tersebar di media sosial hingga mencetuskan kebimbangan ramai.


Sumber: mStar
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 18-4-2021 05:51 AM
RM180 one day shooting seorang is banyak untuk freelancer watak extra yg rate biasa is RM60 saja. Pulak dapat jadi main focus, mestilah mereka teruja.
Quote otai_g 18-4-2021 05:54 AM
Itulah aku pun nmpk sesuatu kat polis ni. Patutnya 1st bnd yg ko perlu siasat or reman adalah producer or tokey company ni.
Bila ko tgk video tu ko akan lbh mengenali nm cmpny tersebut drp pelakon2 tersebut.

Hmm paham. Da makan kan.
Quote Decaffeinated 18-4-2021 06:30 AM
Ha ha ha... Aku baru nak kata smlm

Hanya di Malaysia pelakun iklan ditahan macam penjenayah.

At least masih ada orang yang waras dalam judiciary.
Quote Decaffeinated 18-4-2021 06:40 AM
Ko ludahkan aja muka2 yang mengecam ko dek. Korang menang tanpa bertanding sebab dorang terbukti bodoh. Mahkamah yang kata tu bukan acik kepam level gossip

Quote haruslah 18-4-2021 06:42 AM
180 je?
Buat keje amal ke?
Quote capiloton 18-4-2021 06:55 AM
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dilaporkan menolak permohonan polis untuk menahan reman keenam-enam individu berkenaan atas alasan bahawa kesemua mereka adalah pelakon bebas dan bukan kakitangan syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan video muzik (MV) tersebut.



dalam statement di atas,
kita boleh nampak kebijakkan PDRM
Quote antiQue 18-4-2021 06:56 AM
Hmm.. macam mana mereka boleh kata tak tau isi kandungan iklan?

Bukan mereka miming lagu raya GD333 tu ke? Bimbo sangat lah tak ambik tau lepas tu GD333 tu apa
Quote TOPwind 18-4-2021 07:50 AM
LadyCarefree replied at 18-4-2021 05:51 AM
RM180 one day shooting seorang is banyak untuk freelancer watak extra yg rate biasa is RM60 saja. Pu ...

tazkirah subuh 45 minit RM200-500
Quote adm7 18-4-2021 08:35 AM
TOPwind replied at 18-4-2021 07:50 AM
tazkirah subuh 45 minit RM200-500

Level artis/pop berapa pula?
Quote user.name 18-4-2021 09:52 AM
adm7 replied at 18-4-2021 08:35 AM
Level artis/pop berapa pula?

a day? rm4k



Quote user.name 18-4-2021 09:53 AM
adm7 replied at 18-4-2021 08:35 AM
Level artis/pop berapa pula?

3-6 ptg? min rm5k



Quote user.name 18-4-2021 09:58 AM
adm7 replied at 18-4-2021 08:35 AM
Level artis/pop berapa pula?

5 seconds clip? it might rm100k



Quote Skuau 18-4-2021 10:35 AM
Edited by Skuau at 18-4-2021 10:38 AM

apa2 pon...mereka SUDAH DIPERGUNAKAN ke atas 'diri mereka,keluarga mereka,bangsa mereka,agama mereka'......kalau mereka fikir betul2....mereka 'DAH KENA' @ 'DIKENAKAN' pon...tetiba teringat video...'guna melayu skrew melayu.....'
Quote LadyCarefree 18-4-2021 12:37 PM
user.name replied at 18-4-2021 08:52 AM
a day? rm4k

Kalau bayaran iklan/duta/whatever melibatkan retis ada nama. Bayarannya lain. Yg dipersetujui producer dan agen ialah rate bayaran watak extra samada berdialog atau tidak. Macam diorang ni la xdikenali selalu dapat 60 sekali dapat 180 plus feature mau tak melompat.
Quote Punat_button 18-4-2021 12:46 PM
Apa perasaan polis bila permohonan reman ditolak? tak mengamuk ka boss

Serba salah juga bila ikut kan sangat sentimen, tak tangkap kang orang kata tak buat keje. Salah tangkap pun macam2 tuduhan keluar.

Tu pasal ayat acik kepam 99% tak boleh pakai. Abaikan!







Quote MissYouSayang 18-4-2021 10:02 PM
Pdrm ni too much la.bbnu camtu pon ko nk tangkap. Isu sajat pun nk kena kerah sampai beratus polis.woi, isu besar mcm kartel daging, macau scam, kartel pdrm ko buat x nmpk je kan.mv judi ni jgk ko pandang serius plak.byk betul masa polis.kes lopak kemain lembab nk setel.
Quote Afifi82 18-4-2021 11:00 PM
Sajat xsetel, Jahkobis xsettle, semua la xsettle . Now nak cari dalang conlanfirm 15 tahun pon xsettle2 ni.
Quote Punat_button 18-4-2021 11:37 PM
MissYouSayang replied at 18-4-2021 10:02 PM
Pdrm ni too much la.bbnu camtu pon ko nk tangkap. Isu sajat pun nk kena kerah sampai beratus polis.w ...

buang masa pada kes remeh tu satu hal

yang ini tangkap salah orang terus.


Quote laradelara 18-4-2021 11:41 PM
Bravo! Bagus majistret kl yg decide kes ni. Cakna dalang sbnr kes ni.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.044264 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top