Sebuah majlis persandingan di Indonesia menjadi tular di media sosial apabila pengantin lelakinya dirakam beraksi mesra dengan seorang tetamu wanita di atas pelamin sambil disaksikan pengantin perempuan, lapor portal berita Merdeka.com semalam.
Menerusi klip video pendek dimuat naik dalam akaun Instagram @undercover.id, pengantin lelaki itu dilihat berdiri dan bergambar bersama seorang tetamu wanita. Wanita itu kemudian meletakkan tangan dan kepalanya pada bahu pengantin lelaki de-ngan penuh mesra. Di sebelahnya, kelihatan pe-ngantin perempuan hanya duduk di atas pelamin dengan wajah sugul. Lokasi kejadian bagaimanapun tidak disebutkan. Pemilik akaun tersebut memuat naik video itu dengan kap-syen bertulis: “Jika anda pe-ngantin perempuannya, apa yang akan anda lakukan?”
|
salmon-suki replied at 17-4-2021 02:52 PM
Kalau jd kt ai,mmg ai ngamuk kt situ jgk..sorry lah,dah jd laki/bini org tu,pandai2 laa jaga batas..
Decaffeinated replied at 16-4-2021 11:16 PM
melayu takde konsep 'platonic relationship' memang tak boleh hadam kalau lelaki bff dgn pompuan teru ...
ADVERTISEMENT