CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5.8 peratus kanak-kanak di Malaysia adalah penghidap asma

18-4-2021 12:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3823| Komen: 37

Description: PENYAKIT asma yang membabitkan radang sistem saluran pernafasan bukanlah berpunca sejak lahir.



PENYAKIT asma yang membabitkan radang sistem saluran pernafasan bukanlah berpunca sejak lahir.

Namun, ia akan menjadi lebih teruk apabila pesakit terdedah kepada pencetus atau perangsang  sehingga menyebabkan  sistem saluran pernafasan akan menjadi bengkak dan menghasilkan lendir.

Sekiranya ia berlaku, saluran akan menjadi sempit dan menyebabkan mereka sukar untuk bernafas.

Pakar pediatrik, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Melanie Majaham, berkata faktor persekitaran berperanan penting sebagai pencetus untuk kanak-kanak yang menghidap gejala asma.

"Apabila kanak-kanak itu terdedah dengan faktor pencetus seperti jangkitan virus, debu, asap rokok, perubahan cuaca dan sesetengah makanan, asma boleh menyerang.


"Memandangkan gejala asma boleh berlaku berulang, ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak itu menjauhkan diri daripada faktor pencetus.

"Biarpun sukar mengawal pencetus apabila kanak-kanak berada di luar rumah, ibu bapa perlu memberi perhatian penuh keadaan persekitaran di rumah," katanya.



Dr Melanie berkata, kanak-kanak bukan sahaja perlu mengelakkan asap rokok, tetapi habuk yang mungkin melekat pada baju perokok.

"Sebaiknya, perokok yang baru pulang ke rumah perlu membersihkan diri dan pakaian sebelum bersama dengan anak," katanya.

Kesan jangka panjang

5.8 peratus daripada kanak-kanak di Malaysia dalam lingkungan umur 6 hingga 7 tahun adalah penghidap asma.

Penyakit asma adalah disebabkan pelbagai faktor  termasuk  unsur genetik dan persekitaran.

Sekiranya ibu atau bapa mempunyai asma, risiko untuk anak itu menghidap asma adalah antara 25 hingga 50 peratus.

Dr Melanie berkata, pengambilan ubat pencegah, pelega dan menjauhkan diri daripada faktor pencetus perlu diambil serius supaya tidak memberi kesan jangka panjang kepada pesakit.

"Sekiranya tidak dikawal dengan baik, kanak-kanak berkenaan tidak boleh membabitkan diri dalam aktiviti sukan seperti berkhemah yang berkemungkinan mampu memberi kesan kepada perkembangan sosial mereka," katanya.

Di samping itu, terdapat cara alternatif untuk mengurangkan serangan asma seperti perubahan diet, probiotik dan penggunaan penapis udara di rumah.

Kata Dr Melanie, keberkesannya tidak dijamin namun sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan serangan asma apabila pesakit berada dalam keadaan persekitaran sekeliling yang bersih.

Tapis habuk dan partikel kecil

Pelbagai jenis penapis udara boleh didapati di pasaran namun tidak semua mampu menapis habuk dan partikel kecil yang menjadi pencetus serangan asma.



Panasonic menawarkan ECONAVI Humidifying nanoe Air Purifier yang mampu menapis 99.97 peratus partikel mikron sehalus 0.3.

Hadir dengan penapis HEPA, ia mampu menghalang alergi, virus, bakteria dan mengelak pembiakan kulat dengan enzim antibakteria.

Ia juga dilengkapi ciri melembapkan kawasan sekeliling bagi memberi kesan positif terhadap kesihatan dan menjaga kulit serta sistem pernafasan anda supaya tidak terlalu kering pada musim sejuk atau di kawasan kering.

Layari laman web Panasonic untuk mengetahui lebih banyak produk bermanfaat bagi memastikan anda supaya menikmati kualiti hidup yang terbaik.



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 18-4-2021 01:39 AM
Mcm iklan filter udara saja
Quote adelea 18-4-2021 01:41 AM
Aku dari dulu tertanya tanya ..
Kenapa kawan2 aku macam.bangga dok post kat fb klu anak kena neb ?

Wei anak koramg tu sakit ... Koramg macam bangga plak dok tayang anak ko dok sedut gas neb tu
..

Tenging ke bodo ke apa ker tak tau laa
Quote lavendernovella 18-4-2021 05:54 AM
Selalu nampak bapa dukung baby sambil merokok, depan anak2 yang lain sambil borak hembus asap rokok. Dalam kereta pun merokok. Isteri mengandung suami merokok, ada tu merokok jauh sikit konon2 tak nak isteri terjejas dek asap rokok. Pendek citer rokok tak lepas kat bibir ibarat aur dengan tebing.

Pastu bila anak kena asma, salahkan kucing. Kucing kena buang.
Quote lavendernovella 18-4-2021 05:57 AM
adelea: Aku dari dulu tertanya tanya .. Kenapa kawan2 aku macam.bangga dok post kat fb klu anak kena neb ? Wei anak koramg tu sakit ... Koramg macam bangga pl ...


Ada kes orang teringin nak pakai inhaler, katernyer nampak macam stylo, {:smile tak paham iol. Dia tak tau betapa seksanya kalau kena asma takder inhaler. Macam ikan takder air.

Quote ultra78 18-4-2021 06:10 AM
Masa aku kanak-kanak dulu aku sakit lelah. Mungkin salah satu puncanya adalah asap rokok.

Jadi pesanan kepada si bapa, jangan merokok dalam rumah dan depan anak bini. Asap rokok dan habuk rokok tu membahayakan orang di sekeliling.
Quote TuntungReturn 18-4-2021 06:17 AM
dlu anak aku rajin batuk, aku pun naik heran, knp asik batuk,ais x minum. jadi aku pun bawak pi klinik, soalan pertama doktor tny isap rokok? aky jawap x . soalan kedua umah ade ubar nyamuk ? aku kta ada yg letrik punya. dia suh buang ubt nyamuk letrik tu. walaupun letrik kesan dia sama mcm yg bakar. balik aku buang trus ubt nyamuk letrik tu. smpai skang alhamdulilah anak x batok2 lagik
Quote sofyayra 18-4-2021 06:26 AM
Aku kalu tgh makan kt kedai makan ada mej berdekatan bapaknya merokok, mmg aku tegur. Tp secara berhemah la. Ada yg bangang tanda dilarang merokok kat depan bijik mata pun takde dikisahkan . Hang tak peduli pasal anak bini hang, lantakkan tp aku peduli anak3 aku.

Same goes kalu naik tangga, org yg naik sblm tu merokok. Yg belakang2 ni kena sedut asap, mmg aku sound kuat2 la. Bangang mana yg smoking kat tangga ni.  

Quote caprut 18-4-2021 07:36 AM
adelea replied at 18-4-2021 01:41 AM
Aku dari dulu tertanya tanya ..
Kenapa kawan2 aku macam.bangga dok post kat fb klu anak kena neb ? ...

Cuba kalau swastakan kesihatan. Bangga lagi tk rasanya?
Quote monreyes 18-4-2021 09:52 AM
masa my son 4 thn.. ambik dari nursery dia tercungap2.. trus bwk g klinik.. x tau apa punca.. doc bagi neb n pesan jgn sesekali bagi mkn tembikai sampai dia besar.. memang bertahun2 la aku x beli.. lps tu dah x de insiden mcm tu.. my kids mmg xde asthma.. sekali aku yg kena
Quote adelea 18-4-2021 10:21 AM
caprut replied at 18-4-2021 07:36 AM
Cuba kalau swastakan kesihatan. Bangga lagi tk rasanya?

Yg deme pergi tu kat swasta la yang ...
Masing2 duit kepuk2 ..
Xde dia heran ...
Melainkan proud anak dia kena neb ...
Siap buat live video ..
And rakam masuk IG pon ada ...


Pstu caption bawak anak neb... Kesian anak... Yada yada yada ...
Padahal nak bagi tau 'aku kat kpj ... Ko mampu' .....
Quote caprut 18-4-2021 10:33 AM
adelea replied at 18-4-2021 10:21 AM
Yg deme pergi tu kat swasta la yang ...
Masing2 duit kepuk2 ..
Xde dia heran ...

Nanti anak dia da severe asthma. Kena intubated tgok happy lg ke. Aley2 kena tolak gov insurans tk cukup.

Kalau boleh elakkan la dalam family ada asma. Byk masa akan digunakan dkt hospital. Sejam hingga 3 jam pon bole
Quote drivethru 18-4-2021 10:46 AM
Aku asma. Anak aku pun asma. Kesian bila asma dia datang. Sbb aku pun x sanggup nak hadap asma ni. Serba serbi penat.
Quote prizadane 18-4-2021 11:43 AM
adelea replied at 18-4-2021 10:21 AM
Yg deme pergi tu kat swasta la yang ...
Masing2 duit kepuk2 ..
Xde dia heran ...

Anak anak aku takde asthma. Tapi aku ada asthma, n got it only bila aku berumur 26 tahun. Doctor suspect main reason sebab aku stress kerja, which is betul pun. Bila bila aku terlalu stress or exhausted, aku kena asthma attack. Sekali kena ambik masa almost 1 week to fully recover.

Tapi aku sejenis yang suka upload kat ig if aku asthma sebab ex boss aku dulu jenis tak percaya staff. Dia pulak memang follow ig aku. So bila aku upload aku took neb kat ig, baru dia macam ada la rasa percaya tu sikit. N maybe same goes to the other parents juga... hahaha.. nampak tak i bersangka baik.
Quote monreyes 18-4-2021 11:55 AM
drivethru replied at 18-4-2021 10:46 AM
Aku asma. Anak aku pun asma. Kesian bila asma dia datang. Sbb aku pun x sanggup nak hadap asma ni. S ...

paling sengsara ada masa mlm x leh tido .. sandar je dgn bantal tinggi.. wpun doc selalu x bagi mkn pred.. aku standby je.. dpd rasa mcm nak mati x puas bernafas.. masa seblom. puasa kan panas.. adoi aku tibai ais.. seb baik x kena attack
Quote drivethru 18-4-2021 03:14 PM
monreyes replied at 18-4-2021 11:55 AM
paling sengsara ada masa mlm x leh tido .. sandar je dgn bantal tinggi.. wpun doc selalu x bagi mk ...

Nak baring rasa mcm dada kena tindih. Pernah batuk sampai luka anak tekak.
Quote monreyes 18-4-2021 04:54 PM
prizadane replied at 18-4-2021 11:43 AM
Anak anak aku takde asthma. Tapi aku ada asthma, n got it only bila aku berumur 26 tahun. Doctor s ...

saya kena asthma masa CNY...
masa tu ekonomi tgh mantap...
melambak2 limau mandarin kontraktor, vendor hantar kat opis...
mmg mkn x ingat dunia..
then start batuk2...non stop berbulan2..finally serah diri kat hospital...
warded seminggu, bronchitis..sebab x demam x de la pneumonia...
since then pernafasan jadi weak..on n off batuk sepanjang thn..
skali tu opis buat small reno masa weekend...
monday masuk opis dorang x vacuum lagi...
banyak gila habuk...jgn kata batuk, rasa sempit dada mcm nak pecah...
warded lagi skali, doc confirm dah ada asthma....


Quote green~tea 18-4-2021 05:18 PM
monreyes replied at 18-4-2021 04:54 PM
saya kena asthma masa CNY...
masa tu ekonomi tgh mantap...
melambak2 limau mandarin kontraktor,  ...

U ada asthma sbb pernah kena bronchitis? Kira bronchitis menyebabkan u ada scar di lung?

I pernah kena bronchitis sbb ex husband hisap rokok dan pengotor (heols hoarder)... masa i warded, doctor counselling my ex.. tp that was in 2016.. alhamdulillah no more recurring or apa
Quote green~tea 18-4-2021 05:20 PM
adelea replied at 18-4-2021 10:21 AM
Yg deme pergi tu kat swasta la yang ...
Masing2 duit kepuk2 ..
Xde dia heran ...

Aiyoo.. benda camtu pun nak bangga ke? Bangga berpenyakit keturunan... nauzubillah
Quote anakmak 18-4-2021 05:50 PM
adelea replied at 18-4-2021 01:41 AM
Aku dari dulu tertanya tanya ..
Kenapa kawan2 aku macam.bangga dok post kat fb klu anak kena neb ? ...

Kawan2 kau ‘perghak’ dek

Anak2 akk 3-3 org asthma
Bila extreme weather kena standby
Berubah tempat kena standby
Kalau berjalan jauh jenuh bawak 1 bag neb machine vials n chamber masa anak2 akk kecik sbb susah nak cari 24hrs klinik

Bila makin besar masuk sec. sch masing2 dah makin ok
Tapi masih standby sampai sekarang sbb bila kena musim panas bahang di siang hari kemudian hujan ya ya belah petang atau malam cukup 2-3 hari ada lah salah sorang yg akan kena nnt

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.054623 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top