CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 13 Tahun Diseret Bas Lepas Kaki Tersepit Di Pintu

17-4-2021 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3412| Komen: 10

Bukan saja kakinya tersepit pada pintu bas, setengah minit mangsa diseret kenderaan berkenaan.

Berikutan kejadian di Huizhou, selatan wilayah Guangdong pada Khamis lalu yang dirakam kamera pengawasan bas awam, pemandu bas terbabit digantung kerja selepas video berkenaan tular, Newsweek.


Menurut jurucakap pengangkutan awam, gadis berusia 13 tahun itu hanya cedera ringan.


Kredit foto: YouTube SCMP

Pelajar berusia 13 tahun itu berpakaian seragam dan membawa beg galas berwarna merah jambu dilihat di bahagian belakang bas yang berhenti dengan pintu terbuka.

Namun, ketika dia mula turun dari bas sambil memeriksa lalu lintas yang datang dan memberi laluan kepada sebuah motosikal, pintu bas itu tertutup.

Ia menyebabkan kaki kanannya tersepit dan dia diseret selama setengah minit.

Pemandu bas itu yang dikenali sebagai Zhou kemudian memberhentikan bas selepas mendengar jeritan remaja itu dan diberitahu penumpang lain.


Kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia berlari untuk memeriksa mangsa.



Dia dilihat membawa remaja berkenaan ke dalam bas dan duduk sebelum dilaporkan membawanya ke hospital tempatan.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak memaklumkan sama ada lesen Zhou akan digantung atau tidak susulan kejadian itu.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • crossline


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-4-2021 01:28 PM
Dah agak, mesti kejadian dsri negara leluhur
Quote Cik_jantung 17-4-2021 01:31 PM
Bahaya siutt.. mujurla selamat
Quote dudaberhias 17-4-2021 01:32 PM
apesal cepat sangat pintu bas tu tutup? takde camera ke untuk driver tengok? takkan bergantung pada mirror?
Quote crossline 17-4-2021 04:24 PM
Tapi pemandu bas nya bertanggungjawab la jugak... Bawa budak tu masuk bas & bawa budak tu ke hospital...
Quote supernaturalee 17-4-2021 04:30 PM
Bas dorg ada CCTV
Bas kita ada x uols

Quote LadyCarefree 17-4-2021 05:18 PM
Xpernah naik bus kt sini tp kalau kt UK drebar tgk dlm cermin before tutup pintu
Quote Adrif 17-4-2021 08:19 PM
ni salah pemandu 100%, nak cepat sangat

budak tu tak sempat turun lagi dah tutup pintu, terus jalan  
Quote any42 17-4-2021 08:31 PM
Nsib baik cdera ringan je bdk tu. balik dr skolah sorang2 ke adik tu. dah pndai bdikari tp tu la bhya dimana2.
Quote MoonRise 19-4-2021 10:08 AM
seramm lak tengok.
Quote Carcosa 30-4-2021 02:22 PM
Taknak tengokkkk. Takotttt  {:childlike

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.233504 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top