CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terdesak Cari Duit, Pelakon MV Judi Raya Menyesal Tak Berani Tarik Diri

17-4-2021 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10606| Komen: 83

Susulan kemarahan ramai berhubung video promosi aktiviti perjudian dalam talian bertemakan sambutan Hari Raya yang tular di media sosial, tiga pelakon dalam video muzik (MV) berkenaan tampil membuka mulut.


Menerusi pertemuan secara eksklusif bersama mStar, ketiga-tiga model dan pelakon sambilan itu mendakwa pada awalnya diberitahu bahawa khidmat mereka diperlukan bagi menjayakan rakaman MV sempena Hari Raya.

"Wakil produksi hubungi dan masukkan kami dalam group WhatsApp bernama ‘Raya MV Shoot March 2021’.

"Saya beli baju raya semata-mata untuk penggambaran tu tanpa mengetahui ia bagi mewakili jenama apa.

"Sudah jadi kebiasaan pemilik brand nak rahsiakan produk mereka... malah semasa kita buat penggambaran pun mereka cakap jangan ambil (rakam) video, jangan beritahu sesiapa sebab surprise," kata salah seorang pelakon lelaki yang enggan dinamakan kepada mStar.


Saifullah memegang watak utama dalam video muzik berkenaan.


Untuk rekod penggambaran MV judi raya yang dibintangi lima individu beragama Islam terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan itu diadakan di Kampung Jawa di Hulu Langat, Selangor.

Penyebarannya secara meluas di media sosial mengundang kecaman ramai hingga mendorong polis membuka kertas siasatan susulan satu laporan polis dibuat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata video berdurasi dua minit satu saat itu jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

Selain itu menurut pelakon yang memegang watak pembantu itu lagi, dia dan rakan-rakannya hanya menyedari mereka terlibat dalam sebuah iklan mempromosi judi pada hari penggambaran, 13 Mac lalu.



"Kami desperate, freelance macam kami terjejas teruk (akibat Covid-19).

"Apabila dapat job ni saya ambil je tanpa banyak tanya soalan. Untuk job ni mereka bayar pun sikit sangat.

"Kita buat sebab tak ada cara lain cari duit... kami freelancer," katanya.

Bagaimanapun, tambah pemuda berusia 26 tahun itu lagi, dia menyesal kerana tidak mempunyai keberanian untuk menarik diri daripada meneruskan penggambaran.

"Masa awal-awal memang berkaitan raya, tapi apabila masuk bahagian kedua dipenghujung penggambaran baru kami sedar ia adalah judi.

"Pihak produksi minta kami lip sync empat baris lirik lagu yang jelas berkaitan perjudian.

"Saya menyesal sebab tak berani pull out, padahal kami tiada kontrak apa-apa pun. Saya jadi panik, bukan saya je... kawan-kawan pun kena dan saya rasa bersalah," katanya.

Sementara itu pelakon utama MV berkenaan iaitu, Saifullah Mohd Yunus, 24, berkata dia kecewa dengan apa yang berlaku namun terpaksa meneruskan penggambaran kerana mahu bersikap profesional.



"Kami sangat profesional, takkan kita nak minta produksi hentikan dan kami akan pulang... tidak!

"Memandangkan dah 70 peratus siap, kami hanya teruskan seperti yang dirancang," katanya.

Tambah Saifullah lagi, dia dan rakan-rakannya sedia memberi kerjasama kepada pihak polis dalam isu berkenaan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote notM 17-4-2021 12:06 PM
Pada meols biar jela...okey je buat job camni....

Yang Salah main Judi tapi Tak untung....kalau untung go on
Quote Orix 17-4-2021 12:15 PM
Malas nk komen. T ummah meleis sentapp. Tang judi kemain mengelupo. Bila ummah isele bg rasuah scheme of things siap acah2 baca doa depan tv padahal........................... xde plak ummah mengelupo.
Quote asamfish 17-4-2021 12:21 PM
Orix replied at 17-4-2021 12:15 PM
Malas nk komen. T ummah meleis sentapp. Tang judi kemain mengelupo. Bila ummah isele bg rasuah schem ...

Setuju!!  Bodyguards kerja dgn big time scammer/gangster kena pukul pun dorang sentap.  Terhina la sgt. Serba serbi nak sentap.  Tapi segala rasuah, scammer bagai tu bukan org isele jugak ke...

Quote Skuau 17-4-2021 12:25 PM
notM replied at 17-4-2021 12:06 PM
Pada meols biar jela...okey je buat job camni....

Yang Salah main Judi tapi Tak untung....kalau u ...


indon muslim,bangla muslim ada jer kerja dgn kedai judi...bangga maknya indon tu...dpt kiriman uang banyak drp anaknya di Msia.siap canang kat jiran anaknya BERJAYA cari 'REJEKI' kat
Msia.
Quote Orix 17-4-2021 12:28 PM
asamfish replied at 17-4-2021 12:21 PM
Setuju!!  Bodyguards kerja dgn big time scammer/gangster kena pukul pun dorang sentap.  Terhina la ...

Judi tu tak menyusahkan org. Ujong2 sendiri yg rugi... kalau rasuah, songlap duit bukan hak sendiri, brp ramai yg kena effect atas perbuatan tu... ummah isele biasa la, asalkan x makan babi, x minum arak, pegang anjing...

Somehow pelakon iklan ni bangang jugak, terang2 ada lirik mengajak berjudi, pun ko x leh pikir ke bakalan dikecam.
Quote user.name 17-4-2021 12:34 PM
[youtube]9UpNKYTeQvQ[/youtube]
Quote user.name 17-4-2021 12:35 PM
[youtube]XqpACScR6qQ[/youtube]
Quote raxief 17-4-2021 12:43 PM
Orix replied at 17-4-2021 12:28 PM
Judi tu tak menyusahkan org. Ujong2 sendiri yg rugi... kalau rasuah, songlap duit bukan hak sendir ...

tak susahkan org? ko biar betul..

bersepah taik judi pukul bini sbb x dpt duit..

hutang kawan x byr

curi brg org lain

..samaje, judi, rasuah, minum arak, dadah, etc.. ni semua amalan setan
Quote tripleid 17-4-2021 12:48 PM
Terimalah kenyataan yg mmg ramai melayu berjudi..sbb tu wujud iklan mcm ni
Quote highcastle 17-4-2021 12:56 PM
Orix replied at 17-4-2021 12:28 PM
Judi tu tak menyusahkan org. Ujong2 sendiri yg rugi... kalau rasuah, songlap duit bukan hak sendir ...

Judi tak menyusahkan orang??
Quote dudaberhias 17-4-2021 01:02 PM
yang sah2 salah tu produksi dan company tu la...
pelakon2 yang tak popular ni korang kecam ke bunuh ke tembak ke website judi masih berjalan
melayu2 pakat dok main judi lagi kat website tu...

ujung2 pelakon yang kena, yang company aman2 je teruskan operasi
Quote Orix 17-4-2021 01:05 PM
highcastle replied at 17-4-2021 12:56 PM
Judi tak menyusahkan orang??

Cer ko bgtau judi menyusahkan org lain dgan cara gi mana ?
Quote MissVixen 17-4-2021 01:07 PM
Sialan punya syarikat produksi. Ambil kesempatan. Yang sokong judi ni, tengoklah berapa banyak kehidupan keluarga hancur bila jadi tahik judi. Dulu banyak aku nampak ahso, ahbeng tido dekat parking lot genting tu. Habis duit berjudi di casino. Bunuh diri pun banyak. Yang melayu pun sama, main nombor ekor. Akhir2 tak de kaya pun.
Quote Orix 17-4-2021 01:08 PM
Edited by Orix at 17-4-2021 01:12 PM
raxief replied at 17-4-2021 12:43 PM
tak susahkan org? ko biar betul..

bersepah taik judi pukul bini sbb x dpt duit..


Adoi bingainya. Itu salah sendiri sbb tak dpt kawal perasaan n tak ada duit. Org kalau tak ada duit bukan sebab judi pun boleh pukul2 org...

Maksud aku, org pegi main judi guna duit dia, pstu ada ke org lain terkena tempias / menyusahkan org lain ?

Kalau mcm contoh ko bg tu, pinjam duit dengan bank x mampu byr pun ada jah kes pkul bini sbb nk duit. Labur main saham, saham jatuh merundum smpi x ada duit pukul mak ayah bini sbb nk duit pun adoo.. org mencuri yg berduit pun hadoo siap ckap tak tau tak tau dalam acc dia ada billionnzzzz... fahamkan konteks berjudi dan takde duit... tak semua org berjudi tu takde duit... tak semua org takde duit tu berjudi...
Quote raxief 17-4-2021 01:16 PM
Orix replied at 17-4-2021 01:08 PM
Adoi bingainya. Itu salah sendiri sbb tak dpt kawal perasaan n tak ada duit. Org kalau tak ada d ...

sama la tu bingai

mula2 je main judi pakai duit sendiri, pastu duit habis dia pinjam duit ORANG LAIN

aku faham le sentimen ko nak attack gov pasal rasuah @ salah guna allocation utk public dan akhirnya menyusahkan rakyat, tapi itu bukan setakat PN, PH dan BN najib, pak lah, mahathir, etc pun buat.. PKR selangor & DAP penang pun buat.. ada je kes rasuah diorg tu kat mahkamah
Quote batmana 17-4-2021 01:17 PM
Orix replied at 17-4-2021 01:08 PM
Adoi bingainya. Itu salah sendiri sbb tak dpt kawal perasaan n tak ada duit. Org kalau tak ada d ...

bole plak ko gune hujah 'tkle kawal diri sendiri ' punya alasan

contoh judi terang jelas dosa besar, cm zina la..

cuba org zina dgn mak ko, tanpa pak ko tahu, bila bapak ko belasah laki tu, ko boleh tak bagi hujah  kt pak ko .. ' tkle kawal diri sndiri' tu sebab pukul orang . zina tak salah, yg salah tkle kawal diri sendiri


bangal selamanya..

Quote batusembilan 17-4-2021 01:25 PM
raxief replied at 17-4-2021 12:43 PM
tak susahkan org? ko biar betul..

bersepah taik judi pukul bini sbb x dpt duit..

maafkan lah dia sbb dia seekor kaldai. sgt bodoh tp tuhan telah jelmakan dia jadi manusia yg sgt rajin berforum.
Quote djzara81 17-4-2021 01:26 PM
Iyoko tak berani tarik diri? Byk ke bayaran yg dpt? Muka manyak hepi dlm iklan tu. Tak nmpk mcm ditindas.
Quote Punat_button 17-4-2021 01:26 PM
raxief replied at 17-4-2021 12:43 PM
tak susahkan org? ko biar betul..

bersepah taik judi pukul bini sbb x dpt duit..

melayu ko bagi ubat batuk pun akan kelaut jadinya

cina lagi kuat berjudi

omputih siap buat Las Vegas, Monaco semua why takde masalah?


Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.046730 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top