CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rider Maut Dihempap Pokok Tumbang Akibat Angin Kencang Dan Hujan Lebat

16-4-2021 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4993| Komen: 21

Description: Beberapa hari kebelakangan ini, hujan lebat dan angin kencang melanda di kebanyakan kawasan di ibu negara.
Beberapa hari kebelakangan ini, hujan lebat dan angin kencang melanda di kebanyakan kawasan di ibu negara.

Jika beberapa hari lalu rata-rata masyarakat negara ini simpati dengan nasib peniaga bazar Ramadan kerana gerai jualan mereka musnah dalam kejadian ribut kencang, hari ini kita dikejutkan pula dengan satu lagi insiden menyayat hati.


Dalam kejadian petang Khamis, seorang penghantar makanan (rider) maut dihempap pokok tumbang berhampiran Stesen Petronas Alam Damai, Taman Len Sen, Cheras.


Foto: Awani

Memetik laporan Astro Awani, ketika kejadian yang berlaku pukul 4 petang itu, hujan lebat disertai ribut petir menyebabkan sebatang pokok di tepi jalan tumbang dan mengenai rider tersebut.


Mangsa yang berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Orang ramai membantu mengalihkan tubuh mangsa dari bawah pokok tumbang itu dan membawa mangsa ke stesen minyak berhampiran sementara menunggu pasukan perubatan tiba.

Video ketika orang ramai membantu mangsa turut tular di media sosial.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, berkata pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_jantung 16-4-2021 11:32 AM
Innalillah wainnailaihi rojiun (jika islam). kesian dia. takpe dik besar ganjaran awk dapat..  tgh bekerja untuk ringakan beban famili.. dan dalam bulan Ramadhan lagi.
Quote bakingsoda 16-4-2021 11:41 AM
muda lagi budaknya, sedih baca meninggal masa cari rezeki
Quote manehnya 16-4-2021 11:51 AM
muda nya lahai adik ni,

sedeh tgk video yg ramai2 angkat dia dlm hujan ribut,

allah... tu yg aku paling takut bila nk oder sevis gini, sbb aku x kan maafkan diri aku kalu sbb nk hntar makann kt aku jd apa2 kt rider tu...

harap2 adik2 panda, adik2 grab, tlg utamakn kan nyawa lebih penting dik, walau pun kena kejar rating dll

bior lah nk lmbat pun, sapa suruh malas nk p tapau makanna sendiri..
Quote Punat_button 16-4-2021 12:03 PM
luluh hati

syurga tempat mu dik

Ameen

Quote Dovahkiin 16-4-2021 12:03 PM
manehnya replied at 16-4-2021 11:51 AM
muda nya lahai adik ni,

sedeh tgk video yg ramai2 angkat dia dlm hujan ribut,

Actually rider2 ni mmg nak job walaupun hujan lebat. Diorang ada ckp, ramai yg kesian nak order time2 ujan, tp kalau xde job, xde la income.
Quote prettyuglybabe 16-4-2021 12:06 PM
pada semua rider tu, pakat la carum socso..
kalau jadi apa-apa, kurang-kurangnya ada la sikit insurance..
Quote sarah82 16-4-2021 12:38 PM
Dovahkiin replied at 16-4-2021 12:03 PM
Actually rider2 ni mmg nak job walaupun hujan lebat. Diorang ada ckp, ramai yg kesian nak order ti ...

Betul.. Aku risau nak order time hujan.. Tapi depa ckp kalau x order.. Depa x ada job
Quote nini_azmi 16-4-2021 12:45 PM
Sedih ramai rider2 yg meninggal eksiden. Meninggal ketika cari rezeki. Muda2 lg dah pandai cari duit, tak harap org.
Kalau aku termasuk dlm orang2 yg dikabulkn doa nya oleh Allah, maka aku akan berdoa rider2 ni dimasukkan ke syurga
Quote darkness 16-4-2021 12:52 PM
Siannya...turut sedih sb tahu dorang meninggal tgh kerja..moga syurga tempatmu dik..mati tak kenal usia menginsafkan aku
Quote Claudia_Lestat 16-4-2021 12:58 PM
arwah anak my classmate masa sekolah dulu.
penuh fb mak arwah semalam org dok tag ucap takziah sekali dgn video gambar semua.
Quote Artemesiaa 16-4-2021 12:59 PM
Takziah buat keluarga beliau.  Hujan2 ni janganlah berteduh bawah pokok banyak bahayanya, tak kena petir kena hempap pokok pulak
Quote Annaquinn009 16-4-2021 01:00 PM

Innalillah wainnailaihi rojiun...sedih aku baca...terbayang2 kalau itu adik aku
Quote ira_229 16-4-2021 01:42 PM
Kesiannya..mudah2an diampunkan dosa2nya..amiin. selalu bila nampak rider2 ni i berdoa semuga mereka selamat..berjuang utk cari rezeki..
Quote takayama 16-4-2021 02:23 PM
innalillahiwainnailaihirrajioun
Moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh
meninggal sewaktu bekerja
Bila baca berita mcm ni terus terigt kat anak2
Moga family arwah bersabar dgn ujian Allah ni
Quote Nana_Man 16-4-2021 03:00 PM
Arwah yg ni kan?
Quote hazzy0304 16-4-2021 03:09 PM
innalillahiwainnailaihirojiun ...

salam takziah utk keluarga arwah ..

meninggal dalam bulan Romadhon ... allahu ...
Quote namieamuro 16-4-2021 03:20 PM
sedihnye. dlm puase dan tgh mencari rezeki. moge tabah keluarge die. sedih tgh video yg rmi2 angkat dlm hujan lebat tu.

sbb tu bile ade rider yg sudi hantar dlm hujan, iols rase terharu sgt2. mmg kalau tetibe hujan, i jangke mesti hujan dh reda baru smpi. ni tgh lebat pun sgp hantar. i doakan rider2 yg ikhlas dlm jlnkan tugas ni sentiase dilindungi dan murah rezeki.
Quote Plain-tif 16-4-2021 04:48 PM
Innalillah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh
Quote haruslah 16-4-2021 04:57 PM
Muda2 da cari rezki utk family
Kalau org atas2 tu x sedar lg xtahu lah

PBT, xyah la tanam pokok tepi2 jalan
Rasa da byk kes gini...pokok tumbang kena pguna jln raya

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.080342 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top