CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Rimas Dengan Jiran ‘Over Baik’, Seminggu Sampai 4 Kali Hantar Makanan

16-4-2021 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29085| Komen: 161

Mempunyai jiran yang baik merupakan salah satu bentuk rezeki yang dikurniakan Allah.

Islam sendiri menuntut umatnya agar menghormati dan menjaga adab dalam tetangga.


Siapa yang tidak suka apabila mempunyai jiran sering mengambil berat, bertanya khabar malah boleh diharapkan untuk meminta pertolongan di saat memerlukan.

Begitu juga dengan wanita ini yang meluahkan rasa bersyukur mempunyai jiran yang disifatkannya sangat baik dan ramah tamah.

Namun begitu, di sebalik sikap tersebut, wanita ini berkata dia kurang selesa dan sedikit rimas apabila jirannya itu terlalu kerap memberikan makanan kepada keluarganya.


Gambar Hiasan


"Kami ada jiran yang baru pindah, suami isteri memang peramah. Yang perempuan tu selalu sedekahkan apa saja makanan. Boleh kata dalam seminggu tu empat kali sedekah makanan dekat famili saya.

"Saya mula tak selesa. Saya tak suka orang beri-beri makanan ni. Mungkin dia tengok saya anak ramai kot, asyik nak sedekah," katanya menerusi perkongsian di laman Facebook Kisah Rumah Tangga.

Menurut wanita itu, dia enggan terus membiarkan situasi itu berlanjutan kerana tidak mahu terhutang budi.

Justeru, dia mencuba beberapa cara untuk mengelakkan jirannya terus mencari peluang untuk memberikan makanan kepada keluarganya.

"Rasa nak cakap je 'tak payah nak bagi sedekah dekat saya sebab saya kurang selesa'. Saya kurangkan bercakap dengan isteri jiran yang itu.

"Nampak gayanya dia mula faham saya kurang suka. Sekarang saya kurang bersembang, tapi suami pula rajin bersembang dengan dia. Saya cuma kurang selesa, takut terhutang budi dengan jiran.

"Dah cakap dekat suami tapi dia kata berjiran jangan sombong. Kadang-kadang saya jadi tak suka tengok jiran over macam tu. Tolong bagi nasihat dekat saya," katanya memohon pandangan daripada ahli kumpulan laman berkenaan.

Sehingga kini posting tersebut meraih lebih daripada 220 shares dengan dibanjiri ribuan komen netizen.

Menjengah ke laman komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai.

Ada yang mengatakan wanita tersebut sepatutnya bersyukur dikurniakan jiran yang gemar berbahagi rezeki dengan orang lain, ada juga yang seolah-olah dapat memahami perasaan wanita berkenaan.

Namun ada juga netizen yang seolah-olah 'terasa' kerana ada dalam kalangan mereka sememangnya gemar memberi sedekah makanan kepada jiran masing-masing.



"Terasa saya. Harap sangat sis ini bukan jiran saya sebab saya pun sejenis manusia yang suka kongsi rezeki. Kadang-kadang saya masak lebih bagi dekat jiran sebelah rumah. Kadang-kadang tu saya beli makanan dekat luar, beli lebih dan bagi jiran.

"Belajar bersyukur sis. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Orang yang suka bagi makanan ni bukan dia minta balas semula sis tapi jenis suka berkongsi je.

"Sis, bagi alamat rumah. Kita swipe tukar rumah hari ni juga nak tak? Alhamdulillah, dapat jiran baik," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 16-4-2021 10:42 AM
Macam2 manusia ni.
Quote Skuau 16-4-2021 10:45 AM
jangan la terasa..memasing berbeza cara jer...mungkin dia ni dh jenis suka 'duduk dendiam'.....orang lain pulok mungkin suka kpd 'gaya joyah'....atau EL.....memasing punya cara tersendiri....hormatilah perbezaan ini....
Quote Buritan 16-4-2021 10:47 AM
Org bg amikkklaaa.. ape susah
Quote miszclassique 16-4-2021 10:52 AM
Amek je tapi pastikan baca doa sebelum makan sebab banyak juga yang sihir org melalui makanan...bestnyer jiran2 bagi makanan, teringat zaman kicik2 duduk kampung waktu berpuasa saling tukar2 juadah
Quote tagas 16-4-2021 10:56 AM
Dia jenis introvert

Jirannya extrovert
Quote eLiaD 16-4-2021 10:59 AM
org berbudi kita berbahasa..bongok punya olang ..she didn't pass the vibe check..RiP
Quote hareeeesah 16-4-2021 11:08 AM
Aku pun jenis tak ramah, tp ni dia bagi makan je kot. Bukan ajak gossip bertenggek kat pagar ke apa..
Quote krustykrab 16-4-2021 11:17 AM
Aku pulak syukur kalau jiran bg makanan..x payah fikir2 byk
Ni masa terawih, slalu dpt food..blh mkn lps terawih...syukur
Quote gummiebear 16-4-2021 11:20 AM
Dia rimas sebab tak tau nak balas apa kot. Selalu kan kita kena balas apa yang jiran2 bagi. Rezeki jangan ditolak sis
Quote GigaMom 16-4-2021 11:26 AM
Kalau korg jenis yg x peduli org lain lepas dia bagi makan, korang melantak je sesedap rasa.
Tapi cam ai, jiran lama suami isteri mesra
Setiap kali bagi makanan
Setiap kali tu juga ai sakit kepala nk fikir nak balas bagi apa
Ai bukan jenis suka masak2
X balas, hati x senang, nk buat3 x tahu pun x boleh juga
Huhu
Nasib jiran tu dh pindah sebb beli rumah sendiri
Quote epuepy 16-4-2021 11:31 AM
Aku pn rimas gak kalo jiran dok la hanta makanan. Pastu hanta pakai pinggan cantik.

Bkn x bersyukur, serba salah nk ganti. Dh la aku jarang masak sbb tgh preggy, so terperuk je la pinggan rumah sebelah.
Quote Kurex 16-4-2021 11:57 AM
Ke sebab kau kedekut takut nak balas makanan jugak....
Quote ashcroft86 16-4-2021 12:02 PM
Kalau dah 4 kli seminggu mmg rimas. Weols ni introvert, and ngaku je mmg xsuka komunikasi lelebih ni. Pastu nak blas apa 4kli seminggu? Pastu rasa terhutang budi tu yg xbest, bnde yang terperlu pikir, kene pikir. As introvert, kawan pon xramai, ni kan jiran.
Quote ninnamina 16-4-2021 12:22 PM
Bestnye dapat jiran peramah dan baik
Quote cikpah27 16-4-2021 12:39 PM
Okay faham perasaan akak ni.. Hahahhaha.. Bezanya aku ni jiran sebelah suka bagi lebihan makanan & makanan yang dia masak tu tak sedap.. Kadang2 dapat yang dah hampir basi.. Simpan sekejap pun dah basi.. Aku ingat aku sorang ja yang kena.. Jiran depan pun sama.. hahahaha.. Dulu2 pulak hantar makanan lepas berbuka.. hari2 pulak tu.. adoii.. rimas la jugak sebab kat rumah semua jenis tak makan banyak bila berbuka & kami tak makan moreh.. Makanan pun dah masak/beli cukup2 ja.. Kalau ada extra mesti masuk tong sampah..
Quote Adrif 16-4-2021 12:53 PM
dulu2 masa aku duduk kampung, normal ja benda2 macam ni

pastu pindah bandar, jumpa la sorang dua amalkan sedekah makanan kat jiran2 ni. lagi2 dapat jiran hobi baking, hobi memasak. diorang masak aje. makan seciput, selebihnya bagi orang. best jugak dapat makanan free. itu rezeki, alhamdulillah

tak apa tak dapat balis balik waktu tu. tapi doa-doakanlah diorang
jangan dilupa budi baik orang, satu hari nanti bila mampu, balas la balik.

rindu nak dapat jiran2 macam ni.

tapi bila baca dari page KRT, aku hmmm aje kan lah..
banyak negatif dalam tu.
Quote prettyuglybabe 16-4-2021 01:58 PM
betul la tu merimaskan..
one in a while ok la..
kita ni bukannya tau orang tu macam mana..
buatnya depan kita bukan main baik bagi lauk bagai..
belakang kita dikutuk tak balas lauk, lauk balas tak sedap etc..
and kadang bukannya apa kita makan orang makan..
yang dah terima nanti dah serba salah kena buang lauk pemberian orang..
also, kita pun hati-hati juga..
kalau jiran niat tak baik bagi sihir ke apa..
kan dah sendiri sakit..
Quote hazzy0304 16-4-2021 03:18 PM
halah halah halaaahhh...

bajet nye acik ni ...
Quote ezacbee 16-4-2021 03:30 PM
Memang ada jiran camni yg gemar memberi tapi mengharap balasan.
Pastu dibagi pulak jiran sejenis yg  xpaham @ sejenis mmg buat2 xpaham.
Orang bagi dia amik, pastu xmembalas siap simpan pinggan2 jiran tu.
Dah jiran yg bagi tu dok canang kat jiran2 lain sbb hal ni. Sendiri cari pasal.

Tak paham aku 2-2 jiran ni.

Lihat semua komen(161)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.125157 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top