|
Pengeluar alat permainan dari Denmark, Lego tersalah memberi ucapan Hari Raya Aidilfitri dalam Twitter rasmi syarikat itu. Lapor Arab News, semasa hari pertama bulan Ramadan tahun ini, syarikat itu memuat naik ciapan ‘Eid Mubarak’ yang menandakan perayaan selepas selesai menyambut bulan puasa.
“Jadikan ia sebagai sambutan untuk diingati bersama dengan set Lego dan habiskan masa berkualiti bersama keluarga. Eid Mubarak,” tulis poster itu. Sepatutnya, Lego menulis perkataan Ramadan Kareem atau apa-apa perkataan yang menggambarkan sambutan bulan Ramadan. Sumber: Utusan
|



Meols masa nampak tu, baikk punya tgh mengunyah roti, tapi dah ada wish Hari Raya. Nak ambik gambar pun malu 
dodolgemok replied at 15-4-2021 08:08 AM
Dodol sebagai peminat lego malu akan hal ini. Maka dengan ini dodol akan letgo koleksi lego dodol di ...
ADVERTISEMENT