CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM4.9 Juta Tersilap Masuk Akaun Bank, Joli Sakanlah Beli Kereta Dan Rumah!

14-4-2021 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6610| Komen: 27

Seorang wanita didakwa atas tuduhan melakukan pencurian ekoran enggan mengembalikan wang berjumlah £870,000 (RM4.9 juta) yang tersilap dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Kelyn Spadoni, 33, ditangkap di New Orleans, Louisiana pada Rabu atas tuduhan kecurian bernilai lebih dari $25,000 (RM103,300), penipuan bank dan pemindahan wang secara haram.

Wanita itu sebaliknya membelanjakan wang tersebut untuk membeli rumah dan kereta baru berbanding memulangkannya.

Spadoni, Foto: Dailystar

Selepas ditangkap, Spadoni turut dipecat daripada pekerjaannya.

Polis berkata kesilapan di bahagian kerani menyebabkan syarikat perkhidmatan kewangan Charles Schwab memasukkan £870,000 ke dalam akaun Spadoni pada Februari.


Nilai sebenar wang yang sepatutnya dipindahkan ke dalam akaun Spadoni hanya £60 (RM341). -CARI

Sumber: mStar/ Dailystar 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 14-4-2021 09:44 AM
kemurt la bank
klu duit kita yang salah masuk ohh itu salah encik encik lalai.. encik memindah secara rela
encik repot polis biar polis siasat... hilang 500 je polis pun xhingin nk siasat buang masa
Quote Artemesiaa 14-4-2021 09:49 AM
Kalau tak silap pihak perbankan boleh je saman penerima kalau mereka tak lapurkan buat kes macam ni.  Sebab tu jangan gumbira sangat bila tetiba banyak wang masuk dalam account.  Elok periksa dulu sumbernya dari mana untuk elak masaalah timbul.
Quote Supersirap 14-4-2021 01:12 PM
Seronok memang seronok, macam jumpa harta terpijak, tapi kene ingat harta atau wang tersebut bukanlah hak kita
Quote Scheherazade 14-4-2021 02:21 PM
Dah salah, xmo pulangkn. Dah kena tgkp, kena buang keje lg. X ke rugi besar?
Quote sue_liah 14-4-2021 02:26 PM
mesti sheols baru nak merasa mewah, best nya jadi org kaya kan

tapi kenyataan nya ..tk lahir kt dulang emas gitu la perasaan nya
Quote dodolgemok 14-4-2021 02:29 PM
Di tanah ayer ada org tu duit masuk ke akaun dia berbilion ringgit dia xtau tpi dia dh pakai joli habis, balance dia gi transfer ke akaun dia yg lain. Agak2 siapa dia tu yah? @kemaruk @dizekni @sarah82 @rashiman
Quote batmana 14-4-2021 02:30 PM
kalu dpt cmni, kuar duit smua tu, pstu bakar smmpai hangus, agk2 kene tindakan tk?..
Quote sarah82 14-4-2021 02:39 PM
dodolgemok replied at 14-4-2021 02:29 PM
Di tanah ayer ada org tu duit masuk ke akaun dia berbilion ringgit dia xtau tpi dia dh pakai joli ha ...

Ni lagi satu kebodohan ang.. Semua forumer tau aku tak suka najib. Kesian betul.. Aku ingat jadi dentist ni cerdik.. Terbukti ada dentist yg benak mcm ang.
Quote dodolgemok 14-4-2021 02:55 PM
sarah82 replied at 14-4-2021 02:39 PM
Ni lagi satu kebodohan ang.. Semua forumer tau aku tak suka najib. Kesian betul.. Aku ingat jadi d ...

Kecerdikan seseorang tidak berkadar langsung dengan pengetahuan seseorang terhadap ketaksuban cacai ke atas political figure mereka.
Quote sarah82 14-4-2021 03:11 PM
dodolgemok replied at 14-4-2021 02:55 PM
Kecerdikan seseorang tidak berkadar langsung dengan pengetahuan seseorang terhadap ketaksuban caca ...

Ada bukti aku ni taksub pada Najib? Cuma penyembah dan penjilat bontot ahli politik mcm ang saja suka menyalak.
Quote batusembilan 14-4-2021 03:23 PM
dodolgemok replied at 14-4-2021 02:29 PM
Di tanah ayer ada org tu duit masuk ke akaun dia berbilion ringgit dia xtau tpi dia dh pakai joli ha ...

betul dh tu serupa sgt. aku baru je nk tulis.

boleh pula org tu buat bodo je pegi joli duit tu.

kalau org tu jawatan kerani cleaner ke apa faham la sbb tak brp pandai.......tapi ini jawatan yg tertinggi kottttt
Quote dodolgemok 14-4-2021 03:25 PM
sarah82 replied at 14-4-2021 03:11 PM
Ada bukti aku ni taksub pada Najib? Cuma penyembah dan penjilat bontot ahli politik mcm ang saja s ...

Ya ampun tak paham bahasa ke sis? Ayat dodol tu maksudnya, kepandaian seseorang bukan diukur dgan dia tau ke tidak org tu suka atau benci najib. Dlm kes ni, dodol xtau kau xsuka najib, tpi tak mengubah kepandaian dodol pon. SPM dodol BM A sebab tu boleh karang ayat bombastik sebegitu smpai kau pon xpaham! Kahkahkah!
Quote sarah82 14-4-2021 03:27 PM
dodolgemok replied at 14-4-2021 03:25 PM
Ya ampun tak paham bahasa ke sis? Ayat dodol tu maksudnya, kepandaian seseorang bukan diukur dgan  ...

Kantoi sebab tuduh aku penyokong najib lepas tu pusing sana sini... Pembelit mmg suka membelit.
Quote jalfa 14-4-2021 03:41 PM
Tapi minah malaysia yg kat aussie tu boleh lak terlepas..kes kat malaysia plak habis rumah semua kena sita...apapon yg salah kerani bank la...camne boleh tak perasan ,nak nak duit masuk ke account yg biasa hujung bulan x berbaki
Quote royaldanish 14-4-2021 03:54 PM
teringat kes kat ostolia... student kan terima duit banyak sebab tersalah masuk duit... siap beli hermes kalau tak silap
Quote Boomibulat 14-4-2021 03:56 PM
Tok Arab padang pasir mana yg salah masuk tu..
Quote Mulan 14-4-2021 04:04 PM
LoL...hahahah.. adoi minah ni

I dulu pernah citibank call sbb ada siapa tah tlg byrkan kad kredit iol. I diam jah, koser nak call2 citibank pulak dah la nk ckp personally dgn bank officer bukan senang, kna dgr bla2 dulu, tekan nombor sekian2 dulu.

So i diam jelah. Bila citibank call ckp nk ambik balik byran tu, i ok jelah. Dia tanya u aware about this. I said yes jer. Hahahha. Sebulan kot skip byr bill tp depa tak caj la interest sbb ada org tlg byrkan.

Morale of the story, check and recheck your banking particulars ye...
Quote Buritan 14-4-2021 04:53 PM
AbukRokok replied at 14-4-2021 09:44 AM
kemurt la bank
klu duit kita yang salah masuk ohh itu salah encik encik lalai.. encik memindah seca ...

Kannnn.. org  dah kojol pinjam duit sangap mintak kat penjamin.. koh koh..
Quote Buritan 14-4-2021 04:54 PM
dodolgemok replied at 14-4-2021 02:29 PM
Di tanah ayer ada org tu duit masuk ke akaun dia berbilion ringgit dia xtau tpi dia dh pakai joli ha ...

Alaaa dol... sembang pasai politik tak bestla dol.. aku pun tarak tau nak undi sapelaa next election ni.. undi cap koonci ajelaaa wpun makcik tua.. koh koh

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.050521 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top