CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahniah! Eizlan Yusof Timang Anak Keempat

14-4-2021 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10207| Komen: 40

Description: Ramadan kali ini menjadi kenangan manis buat pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof apabila isterinya, Datin Seri Natasha Rosa selamat bersalin di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, pada Selasa.
Ramadan kali ini menjadi kenangan manis buat pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof apabila isterinya, Datin Seri Natasha Rosa selamat bersalin di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, pada Selasa.


Menerusi Instagram, Eizlan, 50, meluahkan rasa syukur dan memuat naik rakaman video sedang mendukung bayi pertama menerusi perkahwinannya keduanya itu.

Foto: IG

"Alhamdulillah, yayang (nama panggilan isterinya) dan Baby ZR (gelaran untuk bayi mereka) berada dalam keadaan baik. Terima kasih atas doa dan ingatan baik buat kami sekeluarga," tulisnya.


Bayi perempuan seberat 2.98 yang dilahirkan secara pembedahan diberi gelaran Baby ZR buat sementara waktu.

Eizlan turut memberitahu isteri dan anaknya kini berata dalam keadaan sihat.

Untuk rekod, ini merupakan anak keempat Eizlan, tiga daripadanya hasil perkahwinan sebelum ini iaitu Vie Zaara, 13, Zareef Yusof, 11, dan Vie Zaalia, 8 tahun.

Dalam pada itu, pelakon filem Town Mall ini memberitahu dia mengenakan baju yang sama semasa menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.




"Baju ini akan jadi kenangan kerana empat anak saya disambut bersamanya," katanya.

Menerusi laporan mStar pada Disember tahun lalu, Eizlan berkata anak-anaknya yang lain teruja menerima kehadiran adik baharu.

"Anak-anak yang lain memang suka ada adik. Mereka asyik tanya mamanya (Tasha) bila lagi mereka boleh dapat adik. Jadi mereka teruja apabila dapat tahu Tasha mengandung.

Foto: IG

"Mereka pun tak kisah sama ada akan dapat adik lelaki ataupun perempuan, asalkan bayi sihat serta selamat," ujarnya.

Eizlan dan Natasha Rosa Boudville, 30, mendirikan rumah tangga di Putrajaya pada 12 Disember 2019. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 14-4-2021 05:58 AM
tahniahh ahhh... pgkat atuk2 pun timang anak lg
Quote Thunderclouds 14-4-2021 06:19 AM
Uuuu.... congrats...tp dh 50. Moga tok lan dpnjgkn usia dpt tgk ank mbesar.
Quote marikhgirl 14-4-2021 06:23 AM
Tahniah...
Quote doubleA 14-4-2021 06:31 AM
Tahniah. Eizlan 50, tok jamal lagi lah, usia emas dapat anak lagi
Quote MatDeghem 14-4-2021 07:12 AM
doubleA replied at 14-4-2021 06:31 AM
Tahniah. Eizlan 50, tok jamal lagi lah, usia emas dapat anak lagi

Geng2 Tok K....
Nanti kumpulkan anak2 retis yg apak nya tua bangka. Hehehe
Quote 3chanceno 14-4-2021 07:20 AM
Tahniah..tunggu gambar anaknya..eh gambar baju historical takde kah???
Quote kuchenta_81 14-4-2021 09:08 AM
Patutlah kak sorang lagi tu sebut2 kot dapat anak lagi ahahaa

Tahniah Eizlan dan isteri. Antara pelakon yang tak dimamah usia.
Quote BicaraHatiku 14-4-2021 09:11 AM
Muka heols herlok. Waktu muda2 lagi lah...pompuan pun x teragak2.  
Quote Zeatyisaac 14-4-2021 09:17 AM
BicaraHatiku replied at 14-4-2021 09:11 AM
Muka heols herlok. Waktu muda2 lagi lah...pompuan pun x teragak2.

Sungguhlah, anak2 pun comel2 semua.
Quote bluebutter 14-4-2021 09:29 AM
kuchenta_81: Patutlah kak sorang lagi tu sebut2 kot dapat anak lagi ahahaa Tahniah Eizlan dan isteri. Antara pelakon yang tak dimamah usia.

Uisshhh ini hat lelaki tak ape 50 ke 90 ke sebab bukan dia lahirkan. Yang kak tu 51 dah. Menopause dah kut. Yihh sgt.
Quote mrsbale 14-4-2021 09:45 AM
Congrats EY & wifey
Btw. Sebaya rupanya EY dgn ZJ.
Duluuuuu nmpk mcm mak n anak.
Pastu up skit nmpk mcm kakak n adik.

Quote annabellaruz2 14-4-2021 10:03 AM
MatDeghem replied at 14-4-2021 08:12 AM
Geng2 Tok K....
Nanti kumpulkan anak2 retis yg apak nya tua bangka. Hehehe



Agak2 tokram sempat masuk list geng atok bangka dapat anak tak?



Quote annabellaruz2 14-4-2021 10:04 AM
bluebutter replied at 14-4-2021 10:29 AM
Uisshhh ini hat lelaki tak ape 50 ke 90 ke sebab bukan dia lahirkan. Yang kak tu 51 dah. Menopause ...

Daripada timang anak, baik la seronok timang cucu jer umur dah senja gitu..
seriau bila pompuan yg dah berumur nak mengandung, beranak lagi.
tinggi risiko uiii.....


Quote BicaraHatiku 14-4-2021 10:14 AM
Zeatyisaac replied at 14-4-2021 09:17 AM
Sungguhlah, anak2 pun comel2 semua.

Putih.. bersih wangi ye heols... piyu pun kalah
Quote Budakmomok 14-4-2021 10:29 AM
tahniah tuk
Quote Scheherazade 14-4-2021 12:14 PM
Tahniah               
Quote VirusDetected 14-4-2021 12:53 PM
Congrats!!!
Quote electricopop 14-4-2021 01:24 PM
Tahniah masih bergetar!
Quote chinta89 14-4-2021 01:46 PM
tahniah. bestnya ada baby.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.053755 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top