CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Masak Lauk Frozen Untuk Buka Puasa, Eh! Orang Lain Pula Yang Panas Hati

13-4-2021 12:07 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17330| Komen: 90|Original author: Oleh: Cari -Azza







"Susah ke nak masak hari-hari, suami saya tak suka lauk frozen, anak-anak pun nak makan yang panas-panas ja."


Ramadan baru sehari, belum berbuka pun lagi tetapi macam-macam cerita yang boleh dibaca dan didengari.

Di laman group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang terkenal dengan perkongsian menu menjadi kecoh apabila pelbagai pendapat diutarakan oleh ahli group.

Ianya bermula dengan seorang pengguna FB yang meletakkan gambar menu masakan yang disejuk bekukan untuk tujuan bersahur dan berbuka puasa selama seminggu.


Rentetan itu, ada komen yang menyatakan ianya cara tidak sihat untuk menyediakan hidangan kepada keluarga. Betul ke?                

Foto :FB

Menurut Afrina, menu-menu tersebut disiapkan selama tiga jam untuk digunakan dalam tempoh seminggu berpuasa. Ada yang memujinya rajin menyediakan menu-menu tersebut tetapi ada juga yang menyatakan ianya tidak kena dengan selera mereka.



Foto : FB

Foto : FB


Ianya membuatkan netizen lain berasa menyampah dengan komen tersebut. Mengapa perlu membandingkan kaedah memasak dengan orang lain? Perlu ke bagitahu satu dunia yang suami awak tak suka frozen?

Foto : FB
Foto :FB


Bagaimanapun, ada juga yang memuji kaedah tersebut kerana ianya memudahkan isteri dan ibu-ibu yang bekerja. Maklumlah, balik bekerja boleh terus panaskan. Masa yang ada, boleh dimanfaatkan dengan perkara lain.

Jadi, begitulah, tidak semua perkongsian akan digemari oleh semua orang kerana masing-masing mempunyai cara sendiri. Apa yang penting, berlapang dada dan raikan perbezaan. Atau memang bahaya makanan frozen? - CARI

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 13-4-2021 12:13 PM
i banyak lauk frozen..
pada i sesetengah masakan macam ayam or daging ok la..
ikan i tak suka sangat..
coz bila reheat dia jadi macam terlalu lembek..
melainkan ikan tu dah dah goreng buat lauk..
sayur pun tak sesuai nak frozen..
kecuali tempoyak rampai
Quote salmon-suki 13-4-2021 12:15 PM
Frozen sayur y dah dimasak a bit no-no for me..lauk lain ok lg laa..mesti peti ais dia ni besar giler kan tgk byk je lauk dia bt tu..

Lg satu,sebagai salah seorg y pernah freeze makanan siap dimasak,ai xgalakkan utk buat 30hari terus..sbb rasa tu mmg akan berubah..unless ko jenis xkesah makan makanan rasa pelik,buat ler..hihihi~{:smile
Quote sarah82 13-4-2021 12:16 PM
Aku ok saja makan frozen.. Korang ni la... Mungkin angpa x sibuk sebab tu boleh masak hari2..org lain sebaliknya..

Ni tak.. Angpa buat mcm semua rakyat malaysia kasut size sama mcm angpa pakai.
Quote fishcracker 13-4-2021 12:20 PM
Bagusla buat persiapan awal,tak kelam kabut..sambil tunggu lauk panas bole selak quran sehelai dua
Quote little_sis 13-4-2021 12:31 PM
Aku ada gak buat lauk frozen, selalu weekend masak 2-3 jenis utk makan lunch waktu weekdays.. wpun wfh tapi x  sempat nak masak waktu tghari except yg simple goreng sayur, ikan etc.. ok je rasanya sbb jimat masa.. dan aku x simpan lebih dari seminggu..
Cara ni jimat masa.. boleh spend time utk buat ibadat dlm bulan posa ni.. takde la time dekat2 berbuka masih kat dapur.. setakat lauk tambahan kejap je la boleh siap..
Quote Lylyna 13-4-2021 12:31 PM
Aku pon selalu makan frozen lagi2 klau hari isnin. Malas nk masak
Quote msdummy.2018 13-4-2021 12:38 PM
Aku xkose nk sahur heavy2...ank aku pun aku buat roti air milo dan kurma...dh ckp..org lain? Lantak koranglah, lain rumah lain perutnya...
Quote Skuau 13-4-2021 12:40 PM
mmmmm....pasal lauk frozen pon....'nak memancung mancung'.
Quote ainonymous 13-4-2021 12:45 PM
ntah pape la org dalam group tu, sukati la laki dia, dia nak buat apa. bukan laki ko
Quote esbok 13-4-2021 12:46 PM
aku tak de la pun buat lauk frozen. tapi sebenarnya ok je. janji simpan kat tempat sejuk beku. lepas tu jangan keluar2 kan. keluar bila nak makan je. bila panaskan. rasa dia akan sama mcm kau baru lepas masak masa sebelum lauk tu korang freeze kan.

jangan la 10 kali keluar 10 kali panas, lepas tu simpan balik
Quote Artemesiaa 13-4-2021 12:52 PM
Suka dialah nak masak forzen macam tu mungin ia perkara biasa buat keluarga dia.  Yang mana tak setuju tak perlu kecam.  Cara hidup orang kan berbeza2 lain orang lain style dan caranya.
Quote tipah89 13-4-2021 01:22 PM
ikut perut aku, kurma n susu je cukup, sbb jenis xle mkn pagi2 sgt perut meragam. tapi utk family, lebih prefer utk seminggu, xlebih dari tu sbb rasa dia akan lain kalau lebih...
Quote Meiizu 13-4-2021 01:25 PM
Kpd mak yg dpt laki anak cerewet..haaa elok laaa esok ko tua sakit lutut laki expect layan cam raja jugak.
Quote Meiizu 13-4-2021 01:27 PM
Cuma nak tegur...masak sayur utk frozen tak sesuai.lauk je .
Quote bakingsoda 13-4-2021 01:34 PM
takleh ke masak kuah je dulu, nnt nak makan masak lauk/sayur fresh dlm kuah yg dipanaskan?
Quote Cari-Azza 13-4-2021 01:41 PM
Meiizu replied at 13-4-2021 01:27 PM
Cuma nak tegur...masak sayur utk frozen tak sesuai.lauk je .

agree, sedangkan masak terus pun dah banyak khasiat hilang, frozen lagi lah

Quote imransulaiman 13-4-2021 02:01 PM
Aku jenis yang tak kisah lauk frozen. Tapi sayur mesti tumis fresh.

Kari frozen ok
Sup frozen ok

Quote ais_kosong 13-4-2021 02:02 PM
sarah82 replied at 13-4-2021 12:16 PM
Aku ok saja makan frozen.. Korang ni la... Mungkin angpa x sibuk sebab tu boleh masak hari2..org lai ...

Tu amalan turun temurun sarah. Semua nak pukul rata.
Keluarga sendiri ikut cara masing-masing lah. Preference masing-masing.
Nak beli pun xsalah. Key word jangan menyusahkan orang.
Idea yang elok, follow. Xsesuai xyah follow.
Quote sarah82 13-4-2021 02:05 PM
ais_kosong replied at 13-4-2021 02:02 PM
Tu amalan turun temurun sarah. Semua nak pukul rata.
Keluarga sendiri ikut cara masing-masing lah ...

Tu la.. Sibuk bebenor dgn rumah org lain.. Semua nak dikomplen..

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.183672 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top