Baru-baru ini, aktres Fasha Sandha memuat naik beberapa gambar di sekitar majlis sambutan hari lahir ke lapan tahun untuk putera sulungnya, Putra Rayfal Ramli. Menariknya, melalui gambar-gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya, sambutan hari lahir tersebut kelihatan seperti berlatarbelakangkan kediaman bekas mentuanya, Tan Sri Datuk Seri Diraja (Dr) Ramli Ngah Talib dan isteri, YM Raja Puan Sri Datuk Noora Ashikin. Selain bekas mentuanya, turut kelihatan bekas suaminya, Rizal Ashram atau lebih dikenali dengan panggilan Jejai, adik beradik suaminya serta sepupu-sepupu Rayfal dan juga Rayqal, abang tiri Rayfal yang juga merupakan anak kepada pelakon Nora Danish. Suami Fasha, Aidil Aziz dan anak mereka, Aisha serta adik kepada Fasha, pelakon Elisya Sandha juga turut kelihatan memeriahkan majlis. Gambar di majlis sama turut dapat dilihat di IG Noora Ashikin. Kisah Fasha, Nora dan Jejai pernah menggegarkan industri seni tanah air suatu ketika dahulu dan sehingga kini walaupun ketiga-tiga mereka kelihatan seperti sudah 'move on' dan bahagia dengan kehidupan mereka masing-masing, namun masih ada segelintir peminat mereka yang dikatakan masih lagi belum 'move on'. Putra Rayfal dilahirkan pada 15 April 2013. - CARI |
ADVERTISEMENT