CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erma Fatima Tak Kisah Instafamous Jadi Pelakon, Bosan Tengok Muka Artis Lama

9-4-2021 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9510| Komen: 47

Ketika ramai artis veteran merungut, pengarah dan pelakon Erma Fatima pula tampil menyambut baik golongan Instafamous yang kini dilihat semakin ramai mewarnai industri seni lakon tempatan.


Menurut Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad, 53, dia melihat perkara itu sebagai satu perkembangan yang baik namun golongan tersebut perlu hadir dengan niat yang betul sekiranya ingin berjaya dalam bidang yang diceburi mereka.


Foto: mStar

"Saya tiada masalah untuk golongan Instafamous atau mana-mana artis BBNU (budak baru nak up) nak jadi pelakon, saya mengalu-alukan kedatangan mereka tapi ia perlulah datang dengan niat yang betul.

"Janganlah pula kau baharu berlakon tapi dah ada cerita buruk skandal sana, sini atau ada gambar bogel... itu merosakkan nama industri.


"Tapi kalau niat dia betul-betul untuk cari rezeki, saya okey sahaja," katanya kepada mStar.

Erma ditemui pada majlis pelancaran kempen amal Sebuah Kehidupan yang berlangsung di Glasshouse, Ampang pada Khamis.

Selain itu, Erma turut menyatakan pendapatnya bahawa golongan pelakon senior seharusnya menerima hakikat bahawa setiap pelakon ada 'tempoh luput' dan seharusnya berlapang dada dengan kehadiran pelapis baharu.

"Industri ini come and go, kau bersedialah untuk dipuja dan kau pun kenalah bersedia untuk dihina dan dilupakan.

"Industri kita ini kekurangan pelakon dan yang marah-marah tu pun tahu mengenai perkara ini.

"Takkan balik-balik nak guna Remy Ishak, Zul Ariffin atau Shukri Yahaya sahaja... nanti orang akan kata, asyik muka pelakon yang sama," ujarnya lagi.

Sebelum ini, beberapa pelakon senior meluahkan perasaan kesal mereka dengan sikap segelintir selebriti junior yang dilihat seolah-olah tidak serius untuk menceburi bidang lakonan.

Mereka yang bersuara termasuklah Rusdi Ramli, Datuk Fizz Fairuz, Izara Aishah, Sheila Mambo serta Rita Rudaini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 9-4-2021 12:37 PM
Yes!  Betul cakap Erma!  Sokong!
Quote Rogue98 9-4-2021 12:43 PM
Dia pun sama...balik2 makchun jer....x advance langsung berkarya...
Quote Nurul8001 9-4-2021 12:46 PM
Kakak sokong kak temah. Alaaa, uncle Danish pun bermula dgn "Oh, peperiksaan..."
Lama2, mantap la lakonan.
Quote crossline 9-4-2021 01:08 PM
Nurul8001 replied at 9-4-2021 12:46 PM
Kakak sokong kak temah. Alaaa, uncle Danish pun bermula dgn "Oh, peperiksaan..."
Lama2, mantap la  ...

Siapa Uncle Danish?
Quote sharlenetexas 9-4-2021 01:36 PM
Tapi aku tak sanggup tengok filem dan drama baru.

Quote sharlenetexas 9-4-2021 01:38 PM
Nurul8001 replied at 9-4-2021 12:46 PM
Kakak sokong kak temah. Alaaa, uncle Danish pun bermula dgn "Oh, peperiksaan..."
Lama2, mantap la  ...

Aku rasa soft spot pulak bila tgk scene oh peperiksaan.

Quote MsKathryn 9-4-2021 01:44 PM
crossline replied at 9-4-2021 01:08 PM
Siapa Uncle Danish?

Rosyam nor kot..
Quote lattehazelnut 9-4-2021 01:46 PM
Stop la belakon
Quote laksmanabentan 9-4-2021 02:35 PM
Rogue98 replied at 9-4-2021 12:43 PM
Dia pun sama...balik2 makchun jer....x advance langsung berkarya...

da tua... takde idea da...
tu yg balik2 mok cun tuh... mok cun terjuih2 mulut...
macam ler best sangat... hahahahaa....
Quote AshkieLa 9-4-2021 02:44 PM
Edited by AshkieLa at 9-4-2021 02:46 PM

dia ni time dalam XXRAY... walaupun scene secoet di penghujung...
lawa nyaaa lahhhhhh...

p/s : acik rita tak nak balas? sheols antara retis yg rengsa kan dgn newbie ni...
Quote NiaClarabel 9-4-2021 02:46 PM
I pun bosan tengok u kat tibi.
Quote wirazam 9-4-2021 03:04 PM
setuju dgn pengarah nih..
we want more fresh and likeable actors n actresses..baru boleh ada persaingan sihat
Quote ALDRIN 9-4-2021 03:11 PM
Sebenarnya aku pon dah bosan dgn Mok Chun ni...makin tua makin kepam...
Quote mama_neko 9-4-2021 04:11 PM
kami pun bosan gak tgk mok cun.. dah la slang utagha teruk sgt dibuat buat.... meluat tau dak.. pastu kepam sungguh bila tgk dm tv..
Quote Ritacomels 9-4-2021 04:14 PM
Masalah nya hero baru tu kalau helok n mmg pandai berlakon mcm merqeen ke x pe la jgk, ni rupa ntah pape, lakonan pon keras kejung, sape je nk layan
Quote mesmerize 9-4-2021 04:24 PM
setuju ..kalau retis baru pompuan berlakon ai suka tengok sophie koshka.. rita nadira.. cantik dan rupa paras ada nilai commercial kat tv walaupun kayu kayan .. yang lelaki suka tengok bekas2 hero remaja berlakon macam aniq n kidkylo.. sedap mata ni memandang
Quote LemonGourmand 9-4-2021 04:25 PM
setuju dengan Erma Fatima. Dalam hal ni bagus lagi Fasha Sandha masa kena ditanya soalan macam di Melatop dulu. Dia kata dia tak kisah malah lebih suka kehadiran pelakon baharu kerana dengan kehadiran orang baharu yang akan mewarnai industri seni. Fasha Sandha ni so far dia sound artis yang datang lambat je. Dia berlakon drama baru2 ni dengan artis baru tak dengar pun dia komplen apa2. Artis2 lama yang komplen ni lupa atau buat2 lupa bahawa mereka masa mula2 masuk industri seni pun serba kekurangan. Perangai pun bukan bagus sangat walaupun dah jadi senior, masih ada yang terpalit gosip yang tak best. Remy Ishak & Zul Arifin tu lagi 10 tahun dah boleh berlakon watak ayah kepada anak remaja...
Quote nadie90 9-4-2021 04:34 PM
Kak Erma Fatima kata industri ni kekurangan pelakon?...rasanya ramai ja pelakon dan byk saingan....cuma talent dan skill dan pakej lengkap xsmua ada kat smua pelakon

Smlm ceq ada tgk video Rusdi Ramli komen psl isu sebegini dan komen dia mmg sgt telus dan boleh diterima...memandangkan sesiapa sja boleh jd pelakon bw2 lah masuk kelas lakonan dulu....sekurg2nya xdak la nt kena sound dgn pelakon yg dah ad pglmn....
Quote dedek12 9-4-2021 04:50 PM
Kalau berbakat apa salahnya ken

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.048601 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top