Bangkok: Pembeli di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Thailand dikejutkan dengan 'kedatangan' biawak gergasi sepanjang 1.8 meter. Biawak besar itu masuk dan memanjat rak makanan di kedai itu.
Daily Mirror melaporkan kejadian itu dirakam melalui video yang kemudian tular di media sosial. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah premis di Nakhon Pathom. Reptilia gergasi itu dipercayai keluar dari saluran air terdekat sebelum merangkak masuk ke kedai itu. Saksi yang melihat kejadian itu dan merakam pemandangan luar biasa itu, Narumpa Tangsin mengakui bahawa dia cuba untuk mendekati biawak berkenaan.
Menurutnya, haiwan itu boleh menjadi berbahaya apabila sedang marah dan kelaparan. "Saya berhenti di kedai ini untuk membeli makanan dan kemudian melihat biawak besar di dalamnya. "Malah, saya ingin mengambil minuman tetapi reptilia itu terlalu dekat dengan lorong minuman. "Biawak ini boleh menjadi bahaya terutama ketika marah, jadi saya diam saja dan merakamnya menggunakan telefon bimbit saya," katanya. Kakitangan dan pelanggan bersembunyi di sebalik meja, sementara binatang itu naik ke rak dan menjatuhkan beberapa kotak susu ke lantai. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apa yang terjadi dengan biawak itu selepas insiden berkenaan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
cmf_premierleag replied at 9-4-2021 09:11 AM
sama tinggi dgn orang
kakikuDibibirmu replied at 9-4-2021 01:02 PM
Biawak pun nak minum Milo
sekngucing replied at 9-4-2021 05:01 PM
biawak sebesar inilah yg bertwmbung dgn iols. masa iols. nak. turun ke bawah tangkap. ukan.. tiba2 ...
Buritan replied at 9-4-2021 12:58 PM
Boleh dia berdiri nokk
kakikuDibibirmu replied at 9-4-2021 05:08 PM
Akak rengsa dengan biawak lari masuk pintu rumah, siap dengan pakej dia berak lagi, busuk punya ta ...
ADVERTISEMENT