CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Minat Gila Sampai Neeloya Sanggup Pinjam Alas Meja Jiran Untuk Tiru Gaya Neelofa!

8-4-2021 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4863| Komen: 19

Terlalu meminati Neelofa membuat seorang wanita sanggup meminjam alas meja jiran untuk dijadikan veil bagi meniru gaya dan imej artis kegemarannya itu.


Kredit foto: TikTok

Pemilik akaun TikTok Nadia Idris, 31, memuat naik sebuah video yang memaparkan bagaimana dia meniru pemakaian dan solekan Neelofa ketika majlis pernikahan artis tersebut.

“Saya memang peminat tegar Neelofa. Harap dia pun akan perasan la kalau saya buat solekan look tu”

“Orang dekat Facebook memang dah tahu saya gelarkan diri saya Neeloya,” katanya ketika dihubungi mStar.


Kredit foto: TikTok


Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, dia tidak menyangka video tersebut akan mendapat hampir 200,000 tontonan di aplikasi TikTok.

“Saya cuba untuk recreate semula look tersebut daripada makeup sehinggalah ke baju.

“Tak nak menggunakan bajet yang banyak, saya pakai je baju nikah saya dan pinjam alas meja dari jiran. Sebab saya tahu dia ada banyak koleksi kain jenis kait,” katanya yang merupakan ibu kepada dua anak.



Tambahnya Nadia, dia sememangnya mempunyai hubungan baik dengan jiran sebelah rumahnya, Nor Sharmiza, 34.

Justeru, tidak hairanlah Nor Sharmiza dengan murah hati menolong Nadia mencari alas meja yang sesuai untuk digunakan dalam rakaman video.

Nadia sebelum ini merupakan seorang jurusolek. Dia juga menghadiri kelas dan menonton video di Youtube untuk menambah lagi ilmu persolekan.



Namun selepas berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang berumur setahun lebih dan lima tahun, dia tidak lagi menyediakan perkhidmatan tersebut.

Kini Nadia merupakan seorang pengasas scrub muka yang diperbuat dari kelapa dan menjual produknya secara online sejak tiga tahun lalu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbowrainz 8-4-2021 01:47 PM
Nagesss tau mek baca... ade ke alas meja mek ckp..not my level gittew..hahahahha..
Quote auntyonion 8-4-2021 02:28 PM
neloyaa {:yameteh
Quote Artemesiaa 8-4-2021 04:04 PM
Nak jugak cari perhatian demi banyak like
Quote coco 8-4-2021 04:27 PM
ni namanya dalam menyokong dia menganjing.....
Quote KIM.K 8-4-2021 04:42 PM
Betul juga..sebijikk
Quote ezacbee 8-4-2021 05:10 PM
Alas meja kat umah aku je
Quote Lengkong 8-4-2021 05:33 PM
minat atau tak ni...
Quote user.name 8-4-2021 07:44 PM
selayaknyalah welding of the year level alas meja jahh
Quote nolya 8-4-2021 08:22 PM
Ketika ini sesape yg ingin namanya disebut orang,  kaitkan saje dgn Neelofa, pasti  dpt keberkahannya.  Good or bad publisity, tetap aje a publisity.
Quote Punat_button 8-4-2021 10:38 PM
bukan kaleng2 punya tahap nganjeng

Quote La_Quica07 9-4-2021 01:27 AM
Hahah Neeloya
Quote mieymiey 9-4-2021 08:10 AM
Sebenarnya ko nak kata veil mahal Hajjah tu sama level dengan alas meja kan?
Quote Cece1234 9-4-2021 08:46 AM
coco replied at 8-4-2021 04:27 PM
ni namanya dalam menyokong dia menganjing.....

Haah..i pun rasa dia cm troll..
Quote seri_mawr 9-4-2021 11:35 AM
penat lopa tgh menganjing lopa ke apa ni..?

hahahah


tudung lopa kawen = alas meja rumah jiran..
Quote honeybee1802 9-4-2021 01:13 PM
mieymiey replied at 9-4-2021 08:10 AM
Sebenarnya ko nak kata veil mahal Hajjah tu sama level dengan alas meja kan?

Gitu nak ckp tu...nsb baik bukan tshap alas kaki...
Quote mieymiey 9-4-2021 01:28 PM
honeybee1802 replied at 9-4-2021 01:13 PM
Gitu nak ckp tu...nsb baik bukan tshap alas kaki...

Masa nak komen pun iols hampir tertaip alas kaki
Quote tikusmontok 9-4-2021 01:49 PM
meloya aku tgk..ba alip ngang
Quote najib888 9-4-2021 10:43 PM
Ni dik Hell0jennie ke?
Quote anony-mous 9-4-2021 11:09 PM
Dkt fb ramai puji. Aku nk jujur pon xberani sbb mmg buruk, nampak murahan sgt yg budak ni punya clearly nmpk alas meja. Hajah punya nmpk la mcm lace, tu pon di mata aku x lawa apatah lg alas meja murahan cheapo mcm tu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.131071 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top