CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahniah, Kamal Adli Risik Uqasha Senrose

5-4-2021 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 40788| Komen: 204

Hubungan cinta pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli kini memasuki fasa baharu yang lebih serius.

Terkini Uqasha atau nama sebenar, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, dirisik kekasihnya yang juga aktor Kamal Adli, 35, di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada petang Ahad.


Berita gembira itu disahkan adik Uqasha iaitu pelakon Raysha Rizrose ketika dihubungi mStar.


Foto: mStar Online

Menurut Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz, 25, majlis itu diadakan secara tertutup dengan dihadiri hanya ahli keluarga rapat kedua-dua belah pihak sahaja termasuk Kamal sendiri.

"Kakak saya, Uqasha telah selamat dirisik dalam satu majlis yang diadakan secara kecil-kecilan sahaja mengikut SOP.


"Keluarga rapat Kamal datang menghantar rombongan merisik Uqasha kira-kira pukul 2 petang tadi.

"Antara yang dibincangkan adalah tentang persiapan untuk majlis pernikahan seperti hantaran," katanya.

Dalam majlis itu Uqasha menerima sebentuk cincin merisik yang disarungkan oleh bakal ibu mentuanya.

Foto: mStar

Sebelum itu Raysha berkongsikan gambar majlis tersebut di Instastory.

Dalam majlis tu, Uqasha kelihatan manis menggayakan baju kurung berona serba putih.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, pasangan ini mengesahkan bakal diijabkabulkan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi, namun memilih untuk tidak mendedahkan tarikh pernikahan sehingga benar-benar muktamad.

Kamal dan Uqasha juga telah merancang untuk mengadakan tiga majlis resepsi bagi meraikan hari bahagia mereka.

Pasangan ini mula berkenalan rapat pada tahun 2019 selepas digandingkan bersama dalam drama Selepas Terlafaznya Akad. -CARI

Sumber:mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 4-4-2021 07:15 PM
Cantiknya. Tahniah qasha.
Quote rayray28 4-4-2021 07:17 PM
tahniah..mcm x lama je lagi ni..teringat masa dia masuk jap live nanas..muka dia betul2 ikhls doakan jodoh nanas lepas ni dpt isteri yg baik
Quote kam3n 4-4-2021 07:18 PM
Ni pun semua duduk serumah ke?


Quote prizadane 4-4-2021 07:20 PM
Posting ni nak ucap tahniah ke nak mengata? Kalau tahniah, sebut baik baik nama Uqasha tu.. bukan ungka kan dia.

Tengok gambar tu, macam adik beradik dia je dalam gambar rapat rapat tu. ada gambar lain tak?
Quote kiah_mai_pulak 4-4-2021 07:20 PM
cantikkkk.. kalah jahbirahh
Quote kiah_mai_pulak 4-4-2021 07:21 PM
rayray28 replied at 4-4-2021 07:17 PM
tahniah..mcm x lama je lagi ni..teringat masa dia masuk jap live nanas..muka dia betul2 ikhls doakan ...

lepas raya akad tu nnti katanya
Quote makneng 4-4-2021 07:22 PM
Ungka tu Jennie. Jennie tu Ungka. Sedehhh
Quote applecomel 4-4-2021 07:22 PM
Teringin tengok keluarga Kamal....tahniah Uqasha dan Kamal hehe
Quote aaz 4-4-2021 07:22 PM
cantik ayu
Quote Belibis 4-4-2021 07:24 PM
kam3n replied at 4-4-2021 07:18 PM
Ni pun semua duduk serumah ke?

Saudara rapat jee tuhh.sbb tu tak perlu sop macam2 tu.
Quote miracle_forever 4-4-2021 07:28 PM
rayray28 replied at 4-4-2021 07:17 PM
tahniah..mcm x lama je lagi ni..teringat masa dia masuk jap live nanas..muka dia betul2 ikhls doakan ...

khen.. siap bg nasihat.. cari yg boleh susah senang bersama.. cari yg boleh taat kata suami.. macam setepek kt kak nab. apa un tahniah uqa & kamal
Quote riyadhK 4-4-2021 07:28 PM
Cantik baju sheols
Quote rayray28 4-4-2021 07:29 PM
kiah_mai_pulak replied at 4-4-2021 07:21 PM
lepas raya akad tu nnti katanya

ooo x sabarnya nk tgk..semoga semua dipermudahkan laa..nampak matang dh uqa ni
Quote helicornia 4-4-2021 07:35 PM
miracle_forever replied at 4-4-2021 07:28 PM
khen.. siap bg nasihat.. cari yg boleh susah senang bersama.. cari yg boleh taat kata suami.. maca ...

nampak matang plak bila uqasha masihat mcm tu. nampak dia dh ready nk kawin.harap dia pun sanggup susah senang dgn kamal
Quote Wayree 4-4-2021 07:38 PM
Syantek uqa
Quote Masukkeluar 4-4-2021 07:39 PM
Edited by Masukkeluar at 4-4-2021 07:46 PM
rayray28 replied at 4-4-2021 07:17 PM
tahniah..mcm x lama je lagi ni..teringat masa dia masuk jap live nanas..muka dia betul2 ikhls doakan ...


yes! aku tgk jgk live tu..tiba tiba tersuka dkt uqasha. mmg dia ni jenis lembut baik hati je aku rasa. aku nampak dia ikhlas bila dia sebut psl isteri kena hormat suami dan mudahnya sorg isteri nk ke syurga.

nampak dia mmg bersedia dh nk kawin. nampak la dia hormat kamal tu..walaupun aku mula mula skeptikal knapa dia pilih kamal dan kenapa kamal pilih dia..haha.semoga dipermudah urusan uqa!
Quote pavlovachoc 4-4-2021 07:42 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan kamal dan Uqasha Senrose
Quote shiraloveyou 4-4-2021 07:52 PM
Canteknya uqasha...congrats....tetiba tersuka tgk dia dalam rindu awak separuh nyawa...
Quote bambimo 4-4-2021 07:54 PM
Tahniah uqasha dan kamal..
Nway suka tgk muka si nelly melayu klasik

Lihat semua komen(204)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.096651 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top