CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Disiplin Tiada, Skrip Tak Hafal,"- Fizz Fairuz Bising Sikap Pelakon Baharu ‘Bajet Bagus’

5-4-2021 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3684| Komen: 15

Description: Isu masalah disiplin pelakon baharu di set penggambaran terus mendapat perhatian penggiat seni senior apabila lebih ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Isu masalah disiplin pelakon baharu di set penggambaran terus mendapat perhatian penggiat seni senior apabila lebih ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Terbaharu pelakon Datuk Fizz Fairuz tampil menyatakan rasa kecewa dengan sikap pendatang baharu yang dilihat seolah-olah tidak serius untuk menceburi bidang lakonan.


Foto: IG

"Benda ini dah lama bro Rusdi Ramli, cakap pun tak guna... tak sama yang dulu, berapa ramai dah bersuara, sama jer.

"Tiada kesan apa-apa pun untuk BBNU ni... sebab bajet bagus, ada pengurus, ada pembantu peribadi.

"Disiplin tiada, skrip tak hafal... tapi itulah hakikatnya," kata Fizz di Instagram.


Menerusi posting berkenaan, Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin, 42, berkongsi paparan skrin tajuk laporan mStar berhubung kenyataan Rusdi Ramli membabitkan sikap pelakon baharu.



Menerusi laporan berkenaan, Rusdi menyatakan keluhannya tentang sikap pelakon baharu yang enggan bertanya selain gemar menghabiskan masa dengan menghadap telefon masing-masing di set penggambaran.

Selain itu Fizz juga menyatakan kekesalannya dengan sikap pelakon generasi baharu yang dilihat tidak menghormati artis senior.

"Hormat tiada dan boleh tanya siapa tu, tak kenal... hahahahahha.

"Zaman followers bro, kena terima hakikat," ujarnya lagi.



Sementara itu, menerusi ruang komen di Instagram Fizz, Rita Rudaini turut bersetuju dengan menyifatkan pelakon baharu suka berlagak hebat.

"Kalau cakap banyak nanti kena banned, kalau tak cakap kita dekat set dah nak bipolar.




"Bajet hebat, dekat TV nampak tiada cacat cela sebab pengarah dah cover dengan editing dan shot-shot pelakon veteran yang tua macam kita ni," kata Rita.

Selain Rita, rakan selebriti senior seperti Azza Elite, Zalif Sidek dan Balkisyh Semundur Khan dilihat turut bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan oleh suami kepada Datin Almy Nadia itu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Reira77 5-4-2021 10:00 AM
Kenapa la almy tu forever nmpk berlemoih
Quote fadz84 5-4-2021 07:15 PM
Reira77 replied at 5-4-2021 10:00 AM
Kenapa la almy tu forever nmpk berlemoih

Zaman Suzana Dunia Baru punyalah cun kn..
Quote ezacbee 5-4-2021 08:21 PM
fadz84 replied at 5-4-2021 07:15 PM
Zaman Suzana Dunia Baru punyalah cun kn..

Aah walaupun gedik
Quote 234126 5-4-2021 11:27 PM
takde la suka sgt dia ni lepas kes mendozah tu tapi lepas tgk citer hantu bonceng ke hantu kapcai kelakar pulak dia kikiki tak kayu. Natural kelakor haha
Quote wasssup27 5-4-2021 11:54 PM
jarang dengar pelakon senior korea comment buruk pasal artis baru. malaysia walaupon drama nan hado hari hari ada. huhuhu. nak buat macam mana pelakon senior pon soso, artis baru kurang respect. kalau kat korea artis baru dapat berlakon dengan leebyunghun, hyunbin seminggu dah hafal script kot nebes.
Quote JalaEmas 5-4-2021 11:57 PM
banyak pulak retis yg terase seniur berbunyi lately ek..
Quote Perawankota 6-4-2021 12:05 AM
Tapi klu setakat hafal skrip semata2, x der penghayatan, kena bambu jugak.. Dikatanya x serius jugak
Quote syidasaleh 6-4-2021 12:16 AM
fadz84 replied at 5-4-2021 07:15 PM
Zaman Suzana Dunia Baru punyalah cun kn..

Suka dia dlm cita wasiat anak dara. Cun baq ang
Quote azimodin 6-4-2021 08:56 AM
wasssup27: jarang dengar pelakon senior korea comment buruk pasal artis baru. malaysia walaupon drama nan hado hari hari ada. huhuhu. nak buat macam mana pelakon ...


Rasanya sebab dorang sedar persaingan sengit. Senang2 je producer boleh pass watak tu pada orang lain. Sedangkan pelakon yg senior pon dorang boleh swap dengan pelakon lain mid-way. Lagi satu bayangkan wonbin tetiba kutuk sorang retis junior sebab buat hal kat set, mau mati bunuh diri junior tu dek kena serang dengan netizen.
Quote misz_sanggul 6-4-2021 10:54 AM

Cantek gila kan ms tu kuruih bgaya...tp x kan ble gem hilang plak rse nk bgaya..
tp I suke je family diaorg rajin msk, x fake,kemas ank2...cume kalo pas ni almy tumpu utk cantekkan diri blk n blakon mst best..psl diaorg laki bini blakon power


Quote exclusive_vvip 6-4-2021 02:30 PM
bab2 retis senior mengutuk retis baru mmg dah jadi mcm benda turun temurun kat malaysia ni..zaman majalah dulu, retis yg dah 10 tahun jadi retis akan kuar statement gini..retis 70-an akan kecam retis baru 80-an, pastu 10 tahun kemudian, retis 80-an akan kecam retis baru 90-an pulak...skrg lagi la kerap sbb memasing dah ada socmed..ulang2 smpi AJM..
Quote tumpanglalu74 6-4-2021 04:51 PM
Edited by tumpanglalu74 at 6-4-2021 04:52 PM

Sama gak pelakon teater yang takde respek sama pelakon tivi ney sume..  Korang berape panjang mana la sangat skrip yang kene hafal pon..  Kejap2 "cut!", direktor melolong2 sampe ke sudah, sampe siap drama..  So now tuhan dah terbalekkan kat korang pulak.  Hadap la pangai BBNU rupe takde, talent ke laut tu pulak..

Aku bukan kutok setad Piz ney la.  Aku cakap general..  Usah dok rase berlakon tivi tu hebat sangat.  Orang teater tak pandang korang..
Quote wasssup27 6-4-2021 06:12 PM
azimodin replied at 6-4-2021 08:56 AM
Rasanya sebab dorang sedar persaingan sengit. Senang2 je producer boleh pass watak tu pada orang ...

wonbin lama dah tak belakon. mampu hidup dengan duit cf sajorkk. kerlas gituu
Quote winky1 6-4-2021 06:47 PM
Tanggungjawab pengarah . Pengarah berhak reject kecuali pengarah yg pilih.
Quote bakingsoda 6-4-2021 06:57 PM
wasssup27 replied at 5-4-2021 11:54 PM
jarang dengar pelakon senior korea comment buruk pasal artis baru. malaysia walaupon drama nan hado  ...

rasanya sbb retis korea ni jenis cepat koyak dgn laharan netizen, tu yg bajet good2 acah suci sokmo sampai la dikantoikan dgn skandal burok yg mencalarkan image. nak dating pon mana tunjuk depan2. jauh sekali berani nak menganjing netizen. retis malaysia selamba yach gaduh ngan acik2 bawang, sindir menyindir tapi meriah la sama2 melayan haha

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.318366 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top