CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disambar Buaya Ketika Mandi Di Jeti

2-4-2021 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3177| Komen: 1

Seorang wanita hilang selepas disambar buaya ketika mandi di jeti hadapan Rumah Panjang Mathis Depa di Sungai Peking, Tinjar di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, beberapa saksi mendakwa ternampak mangsa yang dikenali sebagai Runyan Tempan, 38, disambar reptilia berkenaan sebelum diheret ke tengah sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng, Terry Robson Nyanggau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.30 tengah hari.


Foto: Harian Metro

Katanya, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian yang mengambil masa tiga jam perjalanan dari Bandaraya Miri itu.

"Maklumat awal yang kita terima mangsa disambar ketika mandi di jeti di hadapan rumah panjang yang didiaminya.


"Penduduk turut melakukan gerakan awal mencari mangsa menggunakan perahu panjang ke hulu sungai," katanya.

Menurut Terry, usaha pencarian mangsa pada hari pertama akan dijalankan sebaik sahaja sampai di rumah panjang berkenaan.

"Pasukan bomba akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum memulakan usaha pencarian berdasarkan maklumat daripada saksi dan penduduk setempat," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 3-4-2021 09:58 PM
Mayat wanita dibaham buaya dijumpai

https://www.kosmo.com.my/2021/04 ... ham-buaya-dijumpai/

Oleh ALICIA JOHNY KUEH
3 April 2021, 2:52 pm


Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

MIRI – Mayat seorang wanita yang dipercayai dibaham buaya di sungai berdekatan rumah panjang Mathis Depa, Sungai Peking, Tinjar, Bakong di sini, telah dijumpai hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mayat mangsa telah dijumpai oleh penduduk kampung dengan anggaran jarak lebih kurang 100 meter dari jeti rumah panjang terbabit sekitar pukul 10.30 pagi.

“Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan anggota badan masih lengkap dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu laporan hari ini.

Difahamkan mangsa yang dikenalpasti sebagai Runyan Tempan, 38, sedang mandi bersama anaknya di sungai berkenaan tengahari semalam.

Semasa anak mangsa naik ke darat untuk mengambil baldi, penduduk kampung yang berada di sekitar kawasan tersebut telah melihat seekor buaya tiba-tiba membaham mangsa.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Luang Ganggang telah dikerahkan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengahari.

Perjalanan pihak bomba ke lokasi kejadian mengambil masa kira-kira tiga jam dengan jarak sejauh 141 kilometer. – K! ONLINE

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.171385 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top