CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Terkesan Pernah Didakwa Ada Anak Luar Nikah

2-4-2021 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13373| Komen: 90

Pasangan selebriti popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendedahkan pernah berdepan situasi sukar, ketika awal usia perkahwinan mereka.

Wawa berkata, antara perkara paling tidak dapat dilupakan adalah saat mereka didakwa memiliki anak luar nikah.



Foto: IG

"Orang tahu kami sudah berkahwin selepas mempunyai seorang anak, kami rahsiakan perkahwinan kami ketika itu.

"Macam-macam tuduhan, ada yang cakap kami berkahwin selepas ada anak. Ada juga yang kata, anak yang saya lahirkan itu anak luar nikah dan sebagainya.

"Apabila fikir balik perkara itu, saya jadi sedih. Ibu bapa mana yang tak sedih, apabila anaknya dituduh macam-macam," katanya menerusi rancangan Hard to Heart yang disiarkan semalam.



Menurut Aeril, dia mengakui segala dugaan yang datang berpunca daripada kesilapan sendiri ketika itu sehingga bergelut dengan kehidupan, terutama untuk mempertahankan maruah mereka selepas pendedahan penuh sensasi itu.

"Ketika itu, kami berdua masih baru dalam kerjaya lakonan. Wawa pula terikat dengan kontrak syarikat yang tidak membenarkan artis bercinta sesama sendiri. 

"Kita hormatlah, memang itu salah kami kerana melanggar kontrak. Tapi, naluri manusia. Walaupun cakap tak boleh bercinta, tapi perasaan itu membara," kata Aeril.


Aeril turut mengakui kesilapannya kerana menyembunyikan cerita perkahwinan mereka.

Tambah Wawa pula, konflik yang tercetus turut menyebabkan rumah tangga mereka bergolak hingga hampir berpisah.

"Ada sampai satu tahap, saya cakap tak nak teruskan hubungan ini. Tapi Aeril yang pujuk, katanya kita tak boleh mengalah nanti orang akan ketawakan kita.

"Kami tahu ada yang cakap kami bakal hidup susah, kami yang akan datang balik merayu, termasuk mengemis kerja," katanya.

Untuk rekod, pasangan Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata.




Menerusi rancangan Hard to Heart yang dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi itu, Wawa dan Aeril turut bercerita mengenai permulaan serta jatuh bangun yang mereka hadapi dalam alam perniagaan.

Program Hard to Heart disiarkan setiap hari Khamis pukul 11 malam di saluran Astro Ria dan On Demand. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 2-4-2021 03:58 PM
X perlu kot ungkit/cerita silam....
Quote sharlenetexas 2-4-2021 04:01 PM
Yang korang duk ungkit tu pasal pe?
Quote azimodin 2-4-2021 04:15 PM
Xde siapa pon cakap pasal benda ni la. Sanggup ye bukak citer sendiri. Jgn sampai orang csi dalam2.
Quote Lylyna 2-4-2021 04:32 PM
Mmg sifu- sifu atau coach diaorg ajar untuk buat marketing mcm ni ke? Sama je style marketing founder produk kt Malaysia ni
Quote namieamuro 2-4-2021 04:56 PM
edisi nak mtk netizen lakukan siasatan dalaman ke ni?

benda diam tak berkutik toksah la diheret balik. sengaje carik penyakit ke ape ni.
Quote KIM.K 2-4-2021 04:58 PM
Aib dah tutup dia sanggup buka
Quote mesmerize 2-4-2021 05:00 PM
mengada2 la ko.. dah ko sorokkan pernikahan dah kenapa.. padahal 2-2 bujang lagi.. pastu tiba2 beranak 1..  macam taktahu perangai netizen cemana
Quote wak_pijah 2-4-2021 05:03 PM
Anak yg sulung tu hensem, tp hensem yg menakutkan bila tgk lama2

Hmm kero kah mataku?
Quote mieymiey 2-4-2021 05:07 PM
Anak murid jijang semang khennnn? Haruslah guna template yang sama.
Quote songhara1226 2-4-2021 05:10 PM
Chucky dah
Wawa dah
Next artis yg nk cerita kisah lalu sapa ye?
Quote laradelara 2-4-2021 05:15 PM
Anak kau dah besar kot. Ulang tayang cter lama mcm astro dah kenapa? Tak reti jaga maruah sndri? Kalo anak kau baca nanti, camne? Ada kau mikir psl air muka anak kau? Demi nk promote business kau tu, smua pun boleh ye
Quote La_Quica07 2-4-2021 05:18 PM
Takda ribut takda apa tiba2 keluar balik cerita, apo la
Quote Masukkeluar 2-4-2021 05:18 PM
songhara1226 replied at 2-4-2021 05:10 PM
Chucky dah
Wawa dah
Next artis yg nk cerita kisah lalu sapa ye?

ramai lagi ank didik semang..si samtilla mawar rashid..ada la kejap
lagi tu..haha
Quote makcun14 2-4-2021 05:33 PM
Bosan marketing picisan gini.
Dah la couple sendu ni jenis tayang muka anak anak.
Kalau cikgu sekolah atau mak kawan anak dia tau? Tak ke malu
Quote giyomi 2-4-2021 05:57 PM
dah salah ko sendiri, kawin nak rahsia2, jadi jgn nak salahkan org yg berkata tu.
Quote MakcikLaksa 2-4-2021 06:27 PM
Org dok speku sbb korg xda bgtau bila attar tu lahir. Tarikhnya semua.. Tu la org dok ngata2. Kalo nk bersihkan nama sgt, ko tayang je surat nikah tu bape haribulan, attar lahir bape haribulan lengkap.. Haa baru org diam. Setel masalah.

Acik ada baca kat mana entah lupa la.. Dorg kata sbb gitula citernya diknon.. Ada lg satu retis yg smp skang xreveal tarikh anak dia lahir bila smbut besday.. Sama cmni. Acik bc kat mana2 ntah. Tp acik dah xingat sapa.. Mklumla dh tua
Quote TerataiMelur02 2-4-2021 06:30 PM
laradelara replied at 2-4-2021 05:15 PM
Anak kau dah besar kot. Ulang tayang cter lama mcm astro dah kenapa? Tak reti jaga maruah sndri? Kal ...

Paling bangang la sapa2 beli set makeup dia tu.. Hauk.
Kawan2 sek yang tetiba muncul i yang paksa2 beli produk wawa ni, block terus. Percaya sangat c wawa ni pakai produk sendiri.
Quote slyfynx 2-4-2021 06:31 PM
Eh, urang dah x bercerita ko nak ungkit.
Bongok.
Saje nk naikkan nama balik.
Quote TerataiMelur02 2-4-2021 06:32 PM
MakcikLaksa replied at 2-4-2021 06:27 PM
Org dok speku sbb korg xda bgtau bila attar tu lahir. Tarikhnya semua.. Tu la org dok ngata2. Kalo n ...

Bininya parid kamil kot.

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.067848 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top