CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Isteri, Anak Perempuan Will Smith Suka Wanita?

2-4-2021 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5791| Komen: 19

Jada Pinkett Smith dan Willow Smith kedua-duanya membuat pendedahan bahawa mereka tertarik secara seksual kepada wanita.

Dalam klip episod Red table Talk, isteri dan anak perempuan kepada Will Smith ini membicarakan mengenai perasaan romantis mereka terhadap wanita.



Kredit foto: Red Table Talk

“Bila melihat seseorang yang menarik, saya seperti 'Oh Tuhan, cantiknya dia. Dia sangat berbakat," kata Willow.

Willow turut menambah bahawa beliau mempunyai perasaan yang sangat kuat terhadap wanita sebelum ini.

“Saya belum pernah jatuh cinta terhadap mana-mana wanita, tapi saya rasa tak mustahil ia boleh berlaku kerana saya pernah merasakan tarikan sangat kuat terhadap wanita sebelum ini," akuinya.


Loading FB Post...


Ibu kepada Willow, Jada mengakui bahawa dia juga “banyak tergila-gilakan” wanita lain ketika berusia 20-an dahulu.

“Pernah dua kali saya tergila-gilakan wanita sama," katanya.


Kredit foto: Getty Images

Aktres berusia 49 tahun ini berkahwin dengan Will Smith pada tahun 1997 dan  dikurniakan dua anak iaitu Willow dan Jaden.


Sumber: Murai

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah_ary2 2-4-2021 02:59 PM
Jada ni bukan mengaku pernah ada affair ke apa ntah masa rancangan reality tv Will Smith tue kan? Tp masa tue tgh briefly berpisah dr will
Quote azimodin 2-4-2021 03:15 PM
sarah_ary2: Jada ni bukan mengaku pernah ada affair ke apa ntah masa rancangan reality tv Will Smith tue kan? Tp masa tue tgh briefly berpisah dr will

Dia cakap dia ada "entanglement" (nak scandal tapi lite2 gitu) dengan kawan jayden. Pastu will Smith counter balik cakap yg dia buat tu bukan entanglement tapi affair. Ada desas desus yg dorang ada open marriage
Quote kucingitam 2-4-2021 03:35 PM
yg jaden plak gay kan...will je ke yg normal dlm family ni?
Quote matbad 2-4-2021 04:19 PM
kucingitam: yg jaden plak gay kan...will je ke yg normal dlm family ni?

Mana tau dia pn sama. Cara dorg besarkan anak2 mcm mna kita tak tahu. Tdk tak brani la nk buat pendedahan mcm tu hihu
Quote alesandra 2-4-2021 08:41 PM
azimodin replied at 2-4-2021 03:15 PM
Dia cakap dia ada "entanglement" (nak scandal tapi lite2 gitu) dengan kawan jayden. Pastu will Smi ...

Itula yg aku x paham kalau open marriage... kenapa will kena sentap? sbb nampak marah betul will masa tu. ke saja propa je.
Quote azimodin 2-4-2021 10:14 PM
alesandra replied at 2-4-2021 08:41 PM
Itula yg aku x paham kalau open marriage... kenapa will kena sentap? sbb nampak marah betul will m ...


Rasanya bila open marriage tu maksudnya nak keluar or ngeseks dengan sesiapa ok tapi partner kena aware. Maybe masa berskandal tu sheouls sorok2 sebab budak tu kawan anak dia. Gicheww
Quote gideoncross 2-4-2021 10:55 PM
Jaden gayah, Willow teh lesbo & Jada pun dh mngaku teh lesbo. Welcome to Hollywood.
Quote sarah_ary2 3-4-2021 07:25 AM
azimodin replied at 2-4-2021 03:15 PM
Dia cakap dia ada "entanglement" (nak scandal tapi lite2 gitu) dengan kawan jayden. Pastu will Smi ...

Hahahahha adoii pastue muka Will pun memang berubah kan masa dia bgtau tue and memang ada dgr pasal open marriage Will dgn Jada ni mcm open marriage John Travolta dgn mendiang isteri dia Kelly Preston
Quote Cece1234 4-4-2021 12:02 PM
Oh baru tau kelly preston dah jadi mendiang..
Quote batmana 4-4-2021 01:28 PM
bila minda terbuka sgt tanpa batasan agama, inila hasilnya..
Quote nadie90 4-4-2021 08:26 PM
Edited by nadie90 at 4-4-2021 12:51 PM

Mmg kelaut btul industri hiburan di Hollywood skg..asyik2 isu sexual orientation...LGBTQ...ceq sllu tgk bca komen2 dr org sna depa mcm rindu zmn2 80s 90s 2000s.....dlu mna kluar sgt isu2 mcm tu....aman2 ja org enjoy muzik, filem dan drama2 depa dulu....huhu just saying
Quote haifawehbe 5-4-2021 04:40 AM
sarah_ary2 replied at 3-4-2021 07:25 AM
Hahahahha adoii pastue muka Will pun memang berubah kan masa dia bgtau tue and memang ada dgr pasa ...

wow.. iols baru tahu psl open marriage john travolta. iols simpati dekat heols bila kematian anak dgn bini. nampak mcm john ni loving husband & good father to his family tapi hollywood kan wat do u expect..
Quote sarah_ary2 5-4-2021 06:10 AM
haifawehbe replied at 5-4-2021 04:40 AM
wow.. iols baru tahu psl open marriage john travolta. iols simpati dekat heols bila kematian anak  ...

Tuelah katanya open marriage and  abam Jon dgn wifey katanya nafsu songsang tp nampak mereka loving parent. Kesian masa anak dorang meninggal dulu sebab seizures
Quote Reira77 5-4-2021 10:05 AM
Tapi cantik ye feature muka anak-anak dia kalau tgk betul-betul and suara willow tu sedap
Quote tipah89 7-4-2021 11:59 AM
azimodin replied at 2-4-2021 03:15 PM
Dia cakap dia ada "entanglement" (nak scandal tapi lite2 gitu) dengan kawan jayden. Pastu will Smi ...

i oll pun ada pernah baca jada dgn will ni memang practise open marriage kan.

Quote tipah89 7-4-2021 12:02 PM
sarah_ary2 replied at 3-4-2021 07:25 AM
Hahahahha adoii pastue muka Will pun memang berubah kan masa dia bgtau tue and memang ada dgr pasa ...

OMG baru tahu yg abam jon n wife to open juga yek. nampak normal bahagia je they oll.

Quote AKAZ85 7-5-2021 06:54 AM
Jahanam institusi keluarga bila open marriage ni..

Will ni pernah kawen sebelum ngan jada ni kan? Anak2 before marriage yg ni xde dengar hidup jadi lintang pukang pon
Quote AKAZ85 7-5-2021 06:56 AM
tipah89 replied at 7-4-2021 12:02 PM
OMG baru tahu yg abam jon n wife to open juga yek. nampak normal bahagia je they oll.

Itu laa.. Kakyung pon baru tau.. Sebab nampak macam loving couple.. Ngan sama2 sayangkan.. Xsangka lak 2 2 ade nafsu songsang gak
Quote anony-mous 8-5-2021 04:55 PM
nadie90 replied at 4-4-2021 08:26 PM
Mmg kelaut btul industri hiburan di Hollywood skg..asyik2 isu sexual orientation...LGBTQ...ceq sllu  ...

Yg kapir pon xtahan isu2 mcm ni. Kalau baca porem2 n site diaorang, diaorang sdri menyampah isu2 BLM, LGBTQ sbb over mcm depa je berhak ada hak. Org2 normal dipinggirkan

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.040943 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top