CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar 13 Tahun Bersalin, Kembali Semula Ke Sekolah Sejam Kemudian Untuk Sambung Jawab Soalan Periksa

2-4-2021 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2820| Komen: 7

Seorang pelajar berusia 13 tahun melahirkan bayi lelaki ketika sedang menduduki peperiksaan.

Kejadian berlaku di Sekolah Rendah St Balikuddembe, Wad Jalamba di daerah Mpigi, Uganda pada Rabu lalu, lapor Daily Monitor.


Guru besar sekolah berkenaan, Godfrey Ssemanda memberitahu media tempatan bahawa gadis itu melahirkan bayinya ketika sedang menjawab kertas Matematik, tetapi pengawas peperiksaan memberinya 45 minit masa tambahan untuk menyelesaikannya kemudian.

"Ketika sedang menjawab soalan, pelajar itu memaklumkan pengawas peperiksaan mengenai keadaannya dan kemudian segera menghantarnya ke pusat perubatan berdekatan," kata Ssemanda.


Foto: Dailystar

Hanya satu jam selepas meninggalkan bilik peperiksaan, murid itu kembali semula ke sekolah untuk menyelesaikan ujiannya, sekaligus mengkagumkan keluarga dan pengawas yang menghantarnya ke hospital sebelum itu.

"Selepas selesai menjawab peperiksaan, dia dibenarkan kembali ke klinik untuk bersama bayinya," kata Ssemanda lagi.

Seorang jururawat di pusat perubatan tersebut mengatakan remaja berkenaan bersalin secara normal dan tidak mengalami komplikasi.

"Dia bernasib baik kerana tidak mengalami komplikasi. Keadaan ibu dan bayinya baik-baik saja," katanya. -CARI

Sumber: mStar/ Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 3chanceno 2-4-2021 08:44 AM
Amazing!tak terjangkau dek akal camna dia bole gi sekolah lepas bersalin
Quote borrow 2-4-2021 09:09 AM
jawab exam. beranak. jawab exam balik. wow. Budak ni mmg minat belajar la kan , klo org lain dh trus duduk sepital.
Quote watymuchaz 2-4-2021 09:16 AM
Hebatnya dik.. Iols lps bersalin.. Mengantuk nk tido jek..
Quote adila39 2-4-2021 09:19 AM
wow, despite apa yg dia lalui dia still move on and get things done. Good job dik, semoga semua utk dia dan baby elok elok sahaja
Quote Suchi 2-4-2021 09:25 AM
Bersalin normal kan memang sebaik saja baby kuar sakit tu terus hilang.
Tp kalau lama menahan kontraksi biasanya badan lemah skit la byk hilang tenaga.
Tp budak ni tak sakit kontraksi ke dia masa tgh exam tu? Ke dia buat tak layan je sakit tu sbb fokus ngn exam?

Teringat scene dlm pilem Perfume yg mak dia asik beranak masa tgh berniaga ikan kt pasar.
Tgh2 berdiri kat pasar dia bleh beranak kuar anak dgn pisau siang ikan tu dia potong tali pusat pastu campak je anak tu kan bawah tu.
Quote Suchi 2-4-2021 09:29 AM
3chanceno replied at 2-4-2021 08:44 AM
Amazing!tak terjangkau dek akal camna dia bole gi sekolah lepas bersalin

Cuba fikirkan budak2 yg lepas beranak terus leh tunggang motor g buang anak dia. Ada ok kes gini,maybe takde koyakan kot masa kuarkan baby tu.
Bab sakit bersalin plak kalau ikut kata misi bidan tak semua ibu beranak lalui sakit kontraksi yg sama. Semua bergantung kepada posisi kepala baby tu kalau kepala baby tu tak tekan saraf tertentu maka taklah rasa sakit sgt.
Quote Cassieopeia 2-4-2021 10:10 AM
Budak lain tak beranakpun malas pegi sekolah.. hebat budak ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.196576 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top