CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Susan Boyle Britain's Got Talent Miliki Kekayaan RM126 Juta, Tapi Tetap Sunyi

2-4-2021 10:20 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7274| Komen: 43|Original author: Oleh: Cari-Azza





Jika anda masih ingat 12 tahun lalu, Britain's Got Talent pernah melakar kenangan manis apabila seorang pesertanya, Susan Boyle memukau juri dan juga hadirin dengan suara emasnya.

Terkini, Susan yang baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-60 menjelaskan kepada media bahawa dia tidak menyangka sejauh ini dia telah pergi.

Sebagai bintang yang begitu ikonik sejak 2019 lagi, Susan telah menjadi artis yang banyak mempersembahkan nyanyiannya di beberapa lokasi mewah. Malahan, mengikut laporan Daily Star, harta kekayaan Susan dikhabarkan sebanyak 22 juta pound sterling, kira-kira RM126 juta.


Foto :Daily Star


Mengimbas kembali persembahannya yang turut dikagumi Simon, Piers dan Amanda, mereka tidak menyangka yang Susan gagal memenangi pertandingan ketika itu.

Bagaimanapun, bakat Susan lebih terserlah dengan rakaman album yang sangat laris di United Kingdom ketika itu.

Dari tahun 2011 hingga 2014, Susan mengeluarkan album setiap tahun sebelum mengumumkan untuk berehat pada tahun 2015.



Susan mengambil keputusan untuk tinggal di kediaman ketika kanak-kanaknya dengan membeli rumah semi D pada harga RM600 ribu.

Kesedihan melanda diri Susan apabila kakaknya meninggal dunia setelah bertarung dengan penyakit kanser pada 2015. Manakala hubungannya dengan abangnya pula renggang dan sudah bertahun tidak bertegur sapa. Bagaimanapun, mengambil kira faktor umur yang meningkat, kini mereka berbaik-baik.

Menceritakan pernah dilamun cinta bersama doktor, Susan mengaku pernah makan bersama-sama, namun tidak sampai ke hubungan intim.

"Hubungan saya dengan lelaki memang jadi platonik. Sebabnya, saya terlalu lama bersendirian, jadi kekok untuk ke fasa perkahwinan."


Menjadi jutawan tidak semestinya bahagia. - CARI










1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 2-4-2021 11:39 AM
Wahh kayanye susan boyle
Mmg teros berubah hidup..
Quote dua_chzy 2-4-2021 11:44 AM
Takda pun dia kata dia sunyi.
Quote MakareyumSuciey 2-4-2021 11:45 AM
4 -5 tahun rezeki datang, terus juta2. Rezeki dia Tuhan nak bagi. Syukur.
Quote tikusmontok 2-4-2021 11:47 AM
sayang tak dok msia. kalau tak ramai pu-pu masuk meminang.
Quote Kurex 2-4-2021 11:56 AM
@ifanonline boleh membantu hilangkan sunyi
Quote damsel_fiji 2-4-2021 12:26 PM
Comel acik susan skrg.. teringat lg idola dia nk jdi mcm elain paige.. skrg dia lg berganda kaya banding acik elaine tu
Quote DayangKirana 2-4-2021 12:30 PM
always my fav from BGT..
mmg respect dia ni. such a humble soul..
Quote makcun14 2-4-2021 12:31 PM
dua_chzy replied at 2-4-2021 11:44 AM
Takda pun dia kata dia sunyi.

Kann... pandai panda jach tambah. Entah sheols lagi happy single tak pening layan jantan uuhhuhu
Quote jfq 2-4-2021 12:32 PM
Duit bnyk2 should travel the world
Quote JohnDeSouza 2-4-2021 12:37 PM
Kawin dgn bangla ka romingya ka
Quote supermum 2-4-2021 12:38 PM
Dia happy je sebab dah biasa hidup macam tu. Kalau dia meninggal untungla abangnya.
Quote Mulan 2-4-2021 12:50 PM
Rasanya Enya sorang lagi penyanyi kaya yg single. Bela anjing/kucing aje rasanya
Quote Mulan 2-4-2021 12:50 PM
supermum replied at 2-4-2021 12:38 PM
Dia happy je sebab dah biasa hidup macam tu. Kalau dia meninggal untungla abangnya.

Mungkin dia kasi sikit kat abang pastu tinggal reta utk charity jah...

Depa xde faraid bagai ni
Quote Kancilkering 2-4-2021 01:06 PM
org brit ni ramai yg talented...sore sedap sedap....
Quote jazaa100 2-4-2021 01:16 PM
tikusmontok replied at 2-4-2021 11:47 AM
sayang tak dok msia. kalau tak ramai pu-pu masuk meminang.

ha..ha...aku ingat apa lah pu pu.....

Quote emera 2-4-2021 01:25 PM
Kancilkering replied at 2-4-2021 01:06 PM
org brit ni ramai yg talented...sore sedap sedap....

Tapi muka huduh2.
Quote ikanmasin 2-4-2021 01:34 PM
dia ok2 jer kot kan..hari tua takyah fikir susah..ada duit tunggu masa jer lah..
Quote anony-mous 2-4-2021 01:39 PM
Bila pulak dia kata sunyi? Based on apa artikel tu ckp nmpk dia selesa hidup sorang
Quote notM 2-4-2021 01:48 PM
tikusmontok replied at 2-4-2021 11:47 AM
sayang tak dok msia. kalau tak ramai pu-pu masuk meminang.

Duduk Malaysia memang Tak kaya2 la...semua kroni sapu

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.037418 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top