CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seminggu Tak Nampak, Rupanya Dah Mereput Dalam Bilik Air

1-4-2021 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12193| Komen: 105

Mayat lelaki ditemukan hampir reput dalam bilik air rumahnya di Taman Desa Rahmat, Persiaran Paya Terubong di sini, hari ini.

Lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai Mohd Rizal Che Ani, 54, ditemukan terlentang dalam bilik air rumah berkenaan.



Kredit foto: Ihsan JBPM

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.52 tengah hari.

Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong ke lokasi sejurus menerima panggilan.

"Kami menerima maklumat daripada jiran yang mendakwa lelaki terbabit tidak kelihatan atau keluar rumahnya sejak seminggu lalu.

"Anggota pasukan yang membuat pencarian di rumah itu kemudiannya terhidu bau busuk dari dalam bilik air, manakala pintu bilik berkenaan terkunci," katanya hari ini.


Menurutnya, anggota bomba kemudiannya menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu berkenaan dan mayat itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Adrif


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 1-4-2021 05:33 PM
innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote supernaturalee 1-4-2021 05:48 PM
Innalillahiwainna ilaihirojiun

Sedihnya lahai  
Sebatang kara ke ni

Alhamdulillah lh ms pkp berbulan hr tu xde yg mcm ni
Quote mamarock 1-4-2021 05:52 PM
Kesiannya.. takziah
Quote debab_78 1-4-2021 05:57 PM
Takziah.... kesian pula pikir seminggu takde kawan or keluarga yg cari..
Quote helicornia 1-4-2021 06:04 PM
mujur la jiran prihatin jugak
Quote ifanonline 1-4-2021 06:07 PM
sindrom hikikomori jepun dah meresap dlm masyarakat malaysia, the price we pay for progress
Quote tikusmontok 1-4-2021 06:12 PM
Innalillah
Quote anony-mous 1-4-2021 06:12 PM
ifanonline replied at 1-4-2021 06:07 PM
sindrom hikikomori jepun dah meresap dlm masyarakat malaysia, the price we pay for progress

Jgn komen uols. Nanti ada yg ckp kita ni judgemental suka sibuk tepi kain org
Quote any42 1-4-2021 06:15 PM
innalillah. nsib ade jiran prihatin wlau dh tlambat.
Quote notM 1-4-2021 06:17 PM
Edited by notM at 1-4-2021 06:19 PM

Ada sorang Bujang Tua Kat kampung Aku camni...asyik suruh meols teman..takut mati sorang2.

Meols cakap ko Ada duit...buat apa habiskan duit buat rumah utk stay Kat kampung....(sebab dulu dia kerja Kat KL.)

Meols cakap adik beradik kau, anak sedara kau semua belah2 bandar sana...kau duduk kampung dgn duit dah habis buat rumah lepastu kau x keje...dah Makin tua Mula risau mati sorang2.
Quote notM 1-4-2021 06:18 PM
ifanonline replied at 1-4-2021 06:07 PM
sindrom hikikomori jepun dah meresap dlm masyarakat malaysia, the price we pay for progress

Memang la...20 tahun lagi ramai kes andartu Dan bujang tua macam ni
Quote zamnie 1-4-2021 06:27 PM
innalillahiwainnailaihirojiun
Quote insulin 1-4-2021 06:28 PM
Kodokushi. Takziah kepada waris si mati. Semoga Tuhan merahmati si mati.
Quote jazaa100 1-4-2021 06:35 PM
notM replied at 1-4-2021 06:18 PM
Memang la...20 tahun lagi ramai kes andartu Dan bujang tua macam ni

yg ada ank berderet pun ada sejarah jadi mcm ni.....

tak yah kau nk taku takutkn andartu & antertu.....

Quote notM 1-4-2021 06:38 PM
jazaa100 replied at 1-4-2021 06:35 PM
yg ada ank berderet pun ada sejarah jadi mcm ni.....

tak yah kau nk taku takutkn andartu & ante ...

Yang ank berderet tu sebab..anak2 dah banyak...kasih sayang terbahagi bahagi.....so at the end tinggal mak bapak sebab terasa hati kurang kasih sayang.

Aku nasihat....kahwin dapat anak 2 orang yang sihat pun dah bahagia sgt keluarga tu.

Kat Negara Maju diorg beranak 2 je
Quote JunkMail 1-4-2021 06:40 PM
Aku pun saspen terus kasi adik aku kunci rumah. Kalau takde khabar memekak kat group wasap sila cek rumah mana tau dah terlentang mereput sendirian.
Quote Jitu 1-4-2021 06:43 PM
Innalillah...

risiko duduk sorang ni bila jd apa2 org lambat tahu
Quote Zeatyisaac 1-4-2021 06:43 PM
Innalillahiwainna ilahirojiun. I and a few of my friends dah decided. Bila tua nanti we want to enroll to a high maintenance nursing home. Guna duit pencen je bayar bulan2. At least we can have our own happiness with a new way of life.
Quote ifanonline 1-4-2021 06:45 PM
notM replied at 1-4-2021 06:18 PM
Memang la...20 tahun lagi ramai kes andartu Dan bujang tua macam ni

ya...sebab tu aku ckp lama dah, bilangan andartu sudah pun ramai populasinya...dan akan menyusahkan kerajaan...

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.051871 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top