CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanser Payudara - Lelaki Sebenarnya Berdepan Risiko Lebih Tinggi

1-4-2021 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3820| Komen: 21

Penyakit kanser payudara jarang berlaku pada lelaki, namun ia mampu menjadi agresif dan boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan awal.

Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara dan Endokrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, secara purata sekurang-kurangnya terdapat seorang pesakit lelaki yang diagnos menghidap kanser payudara.


Katanya, kanser payudara sinonim dengan golongan wanita, namun penyakit itu sebenarnya boleh membawa maut kepada golongan lelaki, malah komplikasi yang dialami pesakit lelaki juga lebih teruk kerana sel kanser yang menyerang mereka lebih agresif.


Gambar hiasan

"Kurangnya kesedaran atau stigma golongan lelaki yang beranggapan penyakit ini dimonopoli golongan wanita, namun secara tidak sedar, lelaki sebenarnya menghadapi risiko lebih tinggi dan kebanyakan daripada mereka datang mendapatkan rawatan ketika kanser berada pada tahap tiga dan empat.


"Berdasarkan statistik yang ada, daripada 10 pesakit kanser payudara lelaki yang mendapatkan rawatan selepas setahun meninggal dunia kini hanya tinggal seorang sahaja yang masih bertahan serta meneruskan rawatan susulan secara berkala," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Tautan Kasih Kelab Kanser Payudara (KEDARA) yang disempurnakan oleh Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di sini, hari ini.

Dr Imi Sairi berkata, sehingga tahun lalu, lebih 8,000 pesakit kanser payudara termasuk golongan wanita dan lelaki dikenal pasti di negara ini.

"Tidak dinafikan, pesakit yang mendapatkan rawatan adalah mereka yang mengambil pilihan terakhir selepas mendapatkan rawatan tradisional secara 'belah batin'selain minuman penawar kononnya boleh menyembuhkan penyakit ini.

"Namun, masyarakat perlu peka dan berhati-hati dengan sebarang produk atau suplemen serta klorofil untuk mengubati kanser, tetapi hakikat sebenarnya produk itu boleh merangsang pertumbuhan sel kanser," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 1-4-2021 02:56 PM
Kalau pondan ada probbaility ke dapat breast cancer
Quote insulin 1-4-2021 03:08 PM
Oh no...
Quote zjen 1-4-2021 03:16 PM
heran juga Allah mencipta tektek utk keturunan Adam nak buat apa,  bukan nak bantu bini menyusu anak pon,  binatang mamalia lain semua xde tektek

barangkali spesis beruk ada kot,   iols bukan pasti sgt  ... rasa nye xde la

atau ujian kpd keturunan Adam sebagai tanda nafsu ubah jantina  jadi pondan  ....  kalu camtu bila dah tiba nye masa sunat potong bebird,   tektek pon ikut sunat la

Quote TuntungReturn 1-4-2021 03:18 PM
tetek lelaki kecik. scara logiknya lagi mudah kanser tu merebak ke tempat lain.
Quote Adrif 1-4-2021 11:30 PM
zjen replied at 1-4-2021 03:16 PM
heran juga Allah mencipta tektek utk keturunan Adam nak buat apa,  bukan nak bantu bini menyusu anak ...

subjek Sains SPM dapat berapa ni
benda tu waktu sekolah lagi dah ajar. basic genetik..

jawapan kepada persoalan tu, ada dalam buku teks. mohon ulangkaji
Quote diamond_intan 2-4-2021 01:17 AM
Mcm mn nk detect kanser kat lelaki?
Aiols tau kalau utk perempuan..ade urutan..so kalau rs mcm ade ketulan atau rasa lain mcm..boleh g check kat klinik
Quote ina_na 2-4-2021 01:22 AM
Tp mmg btl pun.. Beberapa thn lps aku ade p hsa tuk check ketulan kat breast kiri dan kanan.. Mmg ramai org laki yg kn kanser.. Ingatkan dia org temankan wife dia org.. Rupa2nye wife dia org temankan dia org...
Quote kakikuDibibirmu 2-4-2021 01:23 AM
Hilanglah satu nikmat dunia kalu tak main tetek lelaki
Quote zjen 2-4-2021 04:45 PM
Adrif replied at 1-4-2021 11:30 PM
subjek Sains SPM dapat berapa ni
benda tu waktu sekolah lagi dah ajar. basic genetik..

ke situ plak ... org citer pasal agama uols putar sains plak...  dlm Islam kuasa sains mana boleh lawan dgn kuasa Allah


Quote Artemesiaa 2-4-2021 05:11 PM
Yang perempuan pun ramai malas buat pemeriksaan inikan pula yang lelaki.  Tak hairan jika ramai tahu bila dah lama merebak.
Quote Adrif 2-4-2021 08:49 PM
zjen replied at 2-4-2021 04:45 PM
ke situ plak ... org citer pasal agama uols putar sains plak...  dlm Islam kuasa sains mana boleh  ...

macam tu ye.. oklah wak..
Quote JokesCop 2-4-2021 09:00 PM
zjen replied at 1-4-2021 03:16 PM
heran juga Allah mencipta tektek utk keturunan Adam nak buat apa,  bukan nak bantu bini menyusu anak ...

Allah nak cakap, benda dekat atas badan ko pun xhabis belajar lagi nak tentang hukum Allah. Simple.
Quote JokesCop 2-4-2021 09:02 PM
Adrif replied at 1-4-2021 11:30 PM
subjek Sains SPM dapat berapa ni
benda tu waktu sekolah lagi dah ajar. basic genetik..


Tu jawapan saintis yg habis idea. Allah dah cakap xda satu pun ciptaan Allah sia2, dah kasi mata, dah kasi telinga. Tapi amat sedikit kamu bersyukur.
Quote Adrif 2-4-2021 09:28 PM
JokesCop replied at 2-4-2021 09:02 PM
Tu jawapan saintis yg habis idea. Allah dah cakap xda satu pun ciptaan Allah sia2, dah kasi mata,  ...

pulak kenapa aku kena why me, whyyy  

bila pulak aku reject Islam ni woi. makin tinggi belajar Sains, makin dekat la dengan Islam,
Sains tu membuktikan ke-Esaan dan kekuasaan Allah S.W.T.

kalau nak fokus kepada jawapan kenapa lelaki ada tetek, dah ku kabor, itu jawapannya dalam genetik, DNA,

nah, nak jawapan bersuap, kromosom
adui
Quote Scheherazade 2-4-2021 09:32 PM
Aku tgk satu drama ni lama dulu psl lelaki kena breast cancer nih. Masa tu br tau lelaki pun leh kena kanser nih
Quote Punat_button 2-4-2021 11:08 PM
lelaki mana ada payudara

Quote JokesCop 3-4-2021 03:50 AM
Adrif replied at 2-4-2021 09:28 PM
pulak kenapa aku kena why me, whyyy  

bila pulak aku reject Islam ni woi. makin tinggi be ...

Yerla, jawapan genetik dan DNA tu xsalah, tapi aku xrasa benda tu habis je. Mesti ada benda lain. Tapi kita xdapat fikir lagi apa.

Hence, jawapan mcm tu mcm xmemuaskan. Mcm aku cakap. Allah xjadikan satu benda tu sia2. Bukan maksud genetik dan DNA tu sia2, tapi dia mesti ada manfaat. Mungkin manfaat dia supaya kita berfikir.

Lain2 ulasan tu aku ciduk ayat al quran. Tidakkah kami beri kamu mata dan telinga untuk kamu menilai. Tapi amat sedikit kamu bersyukur. Ayat ni banyak tempat dalam al quran.



Quote sharlenetexas 3-4-2021 05:15 AM
Tahun 2015

B-DDrp_CIAQVdRO-wm.jpg

Quote sharlenetexas 3-4-2021 05:17 AM
Penjelasan oleh DBP

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.168070 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top