CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Andi Bernadee Tak Persenda OKU

30-3-2021 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2719| Komen: 7

Description: Penyanyi Andi Bernadee, 30, terkilan apabila tiba-tiba dikaitkan dengan isu mempersenda Orang Kelainan Upaya (OKU) selepas kontroversi video penyanyi Baby Shima berbuat demikian, semalam.
Penyanyi Andi Bernadee, 30, terkilan apabila tiba-tiba dikaitkan dengan isu mempersenda Orang Kelainan Upaya (OKU) selepas kontroversi video penyanyi Baby Shima berbuat demikian, semalam.


Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile menerima kecaman menerusi videonya yang dimuat naik baru-baru ini walaupun ia tiada kaitan mengenai OKU.

Penyanyi lagu Satu Peluang itu berkata, dia sendiri tidak tergamak untuk mempersenda golongan OKU.


Foto: IG

"Ketika saya muat naik video itu, ia langsung tiada kena-mengena dengan video Baby Shima itu. Saya boleh bezakan mana yang baik dan mana yang tak elok.

"Memang saya buat video itu sekadar suka-suka. Ruangan komen saya ketika itu pun langsung tak ada sesiapa timbulkan isu mempersenda golongan OKU hinggalah Baby Shima memuat naik video mengenai tokoh OKU, Zhariff Affandi itu. Isi kandungan sama, cuma dia tambah video Zhariff dan ia sudah jadi lain. Saya pun bila tengok video itu jadi marah," katanya.


Menurut Andi, tidak mungkin dia akan hasilkan video itu sekiranya dapat tahu awal mengenai video Baby Shima itu.

Andi berkata, dia sangat menghormati golongan OKU dan pernah menyantuni sendiri golongan itu sebelum ini.



"Saya pernah ke Kelantan menyokong acara amal untuk golongan OKU. Kami makan dan bersukan bersama selain menghiburkan mereka.

"Saya mohon maaf kepada pihak yang terbabit dalam isu ini terutama abang Zhariff. Harap perkara sebegini takkan berulang lagi," katanya.

Terdahulu, Baby Shima memohon maaf atas kesilapannya meniru pergerakan Zhariff yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangan menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, dia sudah memadam video berkenaan dan menjelaskan ia dilakukan tanpa sengaja tanpa menyedari Zhariff seorang OKU. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 30-3-2021 05:18 PM
Bodonya baby shima ni
Quote Kurex 30-3-2021 09:10 PM
Suneo        
Quote kucingitam 31-3-2021 10:38 AM

hahahahhaa...sama
Quote tumpanglalu74 31-3-2021 11:09 AM
Bukan budak2 lagi..  

Quote dudaberhias 31-3-2021 11:22 AM
trying soo hard sangat dia ni nak nampak hensem...
tu pun ada yang tergamak ambil dia ni sebagai hero drama...
kalau watak sebagai dayak atau tombiruo tu iols tak kisah...
memang sesuai pun dengan rupa dia...

ni hero dik?
Quote hazzy0304 21-4-2021 09:16 AM
dudaberhias replied at 31-3-2021 11:22 AM
trying soo hard sangat dia ni nak nampak hensem...
tu pun ada yang tergamak ambil dia ni sebagai he ...

wakakawkwkwkwkwkw kijam statement cyst !
Quote bulalof 21-4-2021 02:24 PM
bukan hari tu kena buatan org / ilmu hitam?

ingatkan dah insap laaa...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.099482 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top