CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

7 Tahun Kahwin, Misha Omar Masih Menanti Dikurniakan Anak

30-3-2021 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13071| Komen: 53

Description: Penyanyi terkenal, Misha Omar mendedahkan dirinya masih menanti untuk dikurniakan cahaya mata lagi selepas hampir 7 tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Firros Ezzwan Rosly.
Penyanyi terkenal, Misha Omar mendedahkan dirinya masih menanti untuk dikurniakan cahaya mata lagi selepas hampir 7 tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Firros Ezzwan Rosly.


Biar sudah pun memiliki permata hati, dia dan suami tidak pernah merancang mengenai soal anak malah berlapang dada untuk menerima anugerah yang terindah daripada Yang Maha Esa.

Foto: IG

“Sejujurnya kami tidak merancang malah kami juga menanti berita baik daripada Allah SWT.

“Andai kata sudah tiba masanya kami dikurniakan ahli keluarga yang kelima dalam keluarga kami, kami tidak menolak,

“Malah kami sentiasa berdoa mudah-mudahan ada rezeki buat kami untuk dikurniakan anak lagi.


“Jadi saya harap juga kepada peminat saya untuk sama-sama mendoakan agar kami diberikan peluang untuk menimang cahaya mata lagi,” katanya.


Misha bagaimanapun tidak mahu terlalu tertekan, sebaliknya memilih untuk menikmati momen hidup seadanya bersama keluarga.

“Kami berfikiran terbuka dan menerima dengan berlapang dada serta bersangka baik dengan aturan Allah SWT.

“Kami berdua senang dan sedang nikmati momen indah sekarang ini. Kalau tidak ada pun tak apa, kalau ada lebih meriah hidup kami,” kata penyanyi Tanpa Rela itu lagi.


Dalam pada itu, Misha berkata, dia dan suami juga tidak pernah terfikir atau meletakkan sebarang target untuk memiliki berapa orang anak.


“Sebenarnya tak pernah terfikir nak ada berapa orang anak, macam saya dan suami tidak pernah ada perbincangan untuk mengenai hal ini.

“Memang dari awal sebelum kahwin saya dah seorang anak angkat, bila dah kahwin tambah lagi seorang, jadi memang kami tiada istilah untuk melengkap kuota atau sebagainya,” akhiri Misha.

Sebelum mendirikan rumah tangga, Misha memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir yang kini mencecah usia 15 tahun.


Imbas kembali, Misha mendirikan rumah tangga bersama Firros Ezzwan pada 2 Mei 2014.

Hasil perkongsian hidup bersama, Misha dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Idris Ezzwa, 5 tahun. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anarina 30-3-2021 12:55 PM
Jumpa she kat curve, plumpy jugak eh inperson part bonbon , biasalah tgk kat tv je filtered version
Quote mieymiey 30-3-2021 01:59 PM
Semoga ada rezeki buat Misha dan iols juga
Quote makadek 30-3-2021 02:02 PM
Ank angkat muka mcm laki dia
Yg putih tu anak kandungkan..
Quote Nana_Man 30-3-2021 02:11 PM
mieymiey replied at 30-3-2021 01:59 PM
Semoga ada rezeki buat Misha dan iols juga

Semoga ada rezeki untk u dan yg lain2. Amin
Quote delia3003 30-3-2021 02:16 PM
Mati2 iols igt dia dah dapat anak lepas kawen. Iols cuma tau pasal anak angkat lelaki sebelum kawen tu je. Semoga ada rezeki utk misha
Quote imanjannah 30-3-2021 02:17 PM
semakin hari, semakin lawa kak mitch ni, moga dpermudahkan
Quote kechikchomel 30-3-2021 02:25 PM
mieymiey replied at 30-3-2021 01:59 PM
Semoga ada rezeki buat Misha dan iols juga

semoga ada rezeki untuk uolss n kak mitch. aamiin...

comel idris dgn rambut kinting tu
Quote Nnasda53 30-3-2021 02:49 PM
Semoga ada rezeki buat Misha.
Quote cap_ayam 30-3-2021 03:02 PM
InshaAllah ada rezeki anak lagi untuk Misha Omar. Sementara masih muda, kuat dan sihat.. Insha Allah..
Quote mieymiey 30-3-2021 03:03 PM
Nana_Man replied at 30-3-2021 02:11 PM
Semoga ada rezeki untk u dan yg lain2. Amin

Amin. Thank you sis
Quote mieymiey 30-3-2021 03:03 PM
kechikchomel replied at 30-3-2021 02:25 PM
semoga ada rezeki untuk uolss n kak mitch. aamiin...

comel idris dgn rambut kinting tu :lovelin ...

Aamiin. Thank you sis
Quote Su_annur 30-3-2021 03:18 PM
delia3003 replied at 30-3-2021 02:16 PM
Mati2 iols igt dia dah dapat anak lepas kawen. Iols cuma tau pasal anak angkat lelaki sebelum kawen  ...

Dy da ank angkt sblm dy kawin...lps kawin dy da prgnt dpt ank laki...idris nma dy
Quote Minami2013 30-3-2021 03:48 PM
Moga dipermudahkan.. comel anak dia yg kecik tu.
Quote tomiko_haza 30-3-2021 04:16 PM
ssemoga dipermudahkan urusan pasangan2 yang sedang berusaha utk dptkan anak..aaminn
Quote yunayuni 30-3-2021 04:17 PM
Semoga ada rezeki ku doakan utk Misha dpt baby..
Quote qis_88 30-3-2021 04:24 PM
Aku syak kalau dpt bby boy lg.. die namakan NUH.. sb anak angkat tuh Adam.. anak betul tuh Idris.. ikut turutan nama nabi.
Quote dua_chzy 30-3-2021 04:27 PM
Jangan ghisau kak Mitch. Sebab kak Mitch baik so setakat ni takda lagik netz yang berjari puaka komen memacam pasal kak Mitch yang belum dikaruniakan zuriat.
Quote cikenit2007 30-3-2021 04:30 PM
Jgn ghisau kak mitch..i will doa utk u dpt anak lagi n lagi...
Quote missyL 30-3-2021 06:31 PM
I doakan dipermudahkan misha menimang cahaya mata lg..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.055464 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top