CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas PA Buat Khianat, MK K-Clique Dituduh Bawa Lari Duit

29-3-2021 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2806| Komen: 3

Description: Anggota kumpulan K-Clique iaitu MK meluahkan perasaan kesal dengan perlakuan bekas pembantu peribadinya (PA) yang didakwa melarikan wang selepas menerima tawaran kerja tanpa pengetahuannya.
Anggota kumpulan K-Clique iaitu MK meluahkan perasaan kesal dengan perlakuan bekas pembantu peribadinya (PA) yang didakwa melarikan wang selepas menerima tawaran kerja tanpa pengetahuannya.


Susulan itu MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, tampil memohon maaf di atas perlakuan individu tersebut.

Foto: IG


"Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin meminta maaf dengan semua pihak yang terlibat.

"Saya baharu dapat tahu isu tentang bekas PA saya yang ambil job di belakang saya. Isu ini daripada tahun lalu.



"Sudah la sebar fitnah yang saya bawa lari duit anda. Untuk sahabat yang saya percaya Mohd Hazeeq @ Kojek, terima kasih banyak sebab mengkhianati aku," katanya dalam satu entri di media sosial miliknya,

Dalam entri itu juga, MK turut meninggalkan satu nombor telefon bagi memudahkan mangsa yang terlibat berhubung bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Namun, selepas beberapa jam, MK dilihat memadam posting berkenaan dan menggantikan dengan sebuah lagi entri terbaharu beserta kapsyen bertulis, 'Assalamualaikum, Alhamdulillah'.



"Sekali lagi saya minta maaf. Terlalu banyak pihak yang tak sepatutnya terlibat, (sudah) terlibat.

"Jadi kes ini antara saya serta Kojek dan kerjasama sepenuhnya telah diberikan.

"Alhamdulillah, kami settle kes ini antara kami. Terima kasih banyak," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 29-3-2021 02:37 PM
Bayar cash ke sbb nk elak tax ke macam mana?
Quote ciknaktau 29-3-2021 03:01 PM
iols tak berkenan dgn mamat ni..
Quote manehnya 29-3-2021 04:01 PM
hakak percaya dik, hakak percaya...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 1.149983 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top