CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Harga Saya Biasa Saja, Taklah Semahal Itu" - Sherry Al Hadad

29-3-2021 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7231| Komen: 28

Pengacara popular, Sherry Al Hadad terkejut dengan dakwaan mengatakan dia mendapat bayaran RM50,000 ketika mengacarakan malam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) baru-baru ini.


Kredit foto: IG Sherry


Sherry berkata, laporan yang dibuat itu adalah tidak benar sama sekali.

"Memang terkejut apabila membaca artikel berkenaan. Siapalah yang pandai-pandai mereka cerita. Kalaulah itu jumlah bayaran saya, mungkin saya boleh pilih untuk mengacarakan AJL setiap tahun. Tapi tidak ya.

"Saya berharap supaya mana-mana pihak yang mahu memberi tawaran kepada saya selepas ini tidak percaya dengan apa disiarkan. Harga saya biasa saja. Tidaklah semahal itu," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif AJL35, Nurhul Huda Khalid berkata, laporan berkenaan tidak benar.


Kredit foto: IG Sherry


"Berkenaan dakwaan mengatakan Sherry mendapat bayaran RM50,000 untuk buat AJL tak betul sama sekali. Kalau kata jumlah keseluruhan bayaran untuk pengacaraan dan 'integration' yang dibuat dengan pihak penaja, itu mungkin. Tapi bukan untuk mengacarakan AJL. 

"Bayaran yang kami buat bukan jumlah besar. Sebab dia buat AJL bukan kerana bayaran tapi lebih kepada tanggungjawab sebagai pengacara Muzik Muzik.

"Dalam masa sama, itu adalah minat. Dia berasakan AJL ini walaupun bayaran tidak besar, tapi ia adalah sesuatu yang sangat meninggalkan kesan pada semua orang. Selain itu mungkin sebab dia senang bekerjasama dengan kami semua," katanya.

Terdahulu, artikel berkenaan diterbitkan dalam sebuah akhbar, hari ini, yang mendakwa Sherry menerima bayaran dengan jumlah itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 29-3-2021 01:54 PM
Okay okay okay okay...{:full
Quote Themilo 29-3-2021 02:32 PM
aiyoo.. event persis rakaman studio jalan liku bangsar jaa, takkan la sampai rm50k bayar pengacara..
Quote dudaberhias 29-3-2021 02:34 PM
Themilo replied at 29-3-2021 02:32 PM
aiyoo.. event persis rakaman studio jalan liku bangsar jaa, takkan la sampai rm50k bayar pengacara..

Itu lah, tambah lagi dah jadi anugerah syok sendiri dengan prop2 pakai kedai pelamin bajet, harus la payment downgrade ke around min RM500 sehari. Sebabtu Diva AA tak nak. Diva AA payment RM1k ke atas sahaja dia terima.
Quote Themilo 29-3-2021 02:43 PM
dudaberhias replied at 29-3-2021 06:34 AM
Itu lah, tambah lagi dah jadi anugerah syok sendiri dengan prop2 pakai kedai pelamin bajet, harus  ...

menggelupuh la team sherry nak cover up & damage control.. takut organiser lain kecut perut dengar harga sheols
Quote anony-mous 29-3-2021 03:05 PM
Klau xmmpu hire sherry, hire lah zulin terdampar
Quote chooper 29-3-2021 03:16 PM
anony-mous replied at 29-3-2021 03:05 PM
Klau xmmpu hire sherry, hire lah zulin terdampar

Zulin over.  Sherry cool.  Suka dia
Quote Plain-tif 29-3-2021 05:43 PM
Zulin bingit. Mengacara mcm kat majlis kenduri kawin
Quote BicaraHatiku 29-3-2021 05:54 PM
Themilo replied at 29-3-2021 02:43 PM
menggelupuh la team sherry nak cover up & damage control.. takut organiser lain kecut perut dengar ...

Betul ke sebanyak ineh?
Quote ainnia 29-3-2021 05:59 PM
Yang menang AJL pun rm50k, share le penyanyi, pencipta dengan penulis lirik, punya kedekut tv3. Pengacara pun rm50k, biar betul.
Quote Ayda89 29-3-2021 07:40 PM
ainnia replied at 29-3-2021 05:59 PM
Yang menang AJL pun rm50k, share le penyanyi, pencipta dengan penulis lirik, punya kedekut tv3. Peng ...

Ha kan. Dah lama perati. kedekut betul AJL punya hadiah ganjaran. Dah la kena share
Quote biozipstar 29-3-2021 08:52 PM
haha kalau 50k kaya nau tv3... tak ada sampai tu kot.. kehkeh.... tv3 rasanya kedek
Quote nordin84 29-3-2021 09:08 PM
kalau nk kaya.. MLM jela smpi 500k..gegarvaganza pn 100k je
Quote salmon-suki 29-6-2021 12:46 PM
AJL dah hilang prestij..wai boderrrr{:smile
Quote Thunderclouds 29-6-2021 01:10 PM
50k? What nonsense
Quote mesmerize 29-6-2021 01:13 PM
bukan standard ke 50K? untuk show 2-3 jam pulak tu..
penyanyi macam ziana zain zaman puncak dulu pun 30K setengah jam show
Quote wirazam 29-6-2021 02:01 PM
anony-mous replied at 29-3-2021 03:05 PM
Klau xmmpu hire sherry, hire lah zulin terdampar

Kann zulin pun not bad cuma X diberi peluang..Aku hope zulin dpt ganti pengacara MM yg baru Tu..zulin dgn alif sattar pernah collab tak?
Quote laksmanabentan 29-6-2021 02:18 PM
wirazam replied at 29-6-2021 02:01 PM
Kann zulin pun not bad cuma X diberi peluang..Aku hope zulin dpt ganti pengacara MM yg baru Tu..zu ...

kalau betul la Zulin tu okay kannn...
heran gak kenapa dia tak pernah di bagi peluang ekkkk???
even show kecik2 la...

contoh la kan... daripada si syukkk tu better zulin nih kalau dari segi pengacaraan ya...
slot2 jual online apa tu kat tv tu ker...
kenapa ekkkk...


Quote slyfynx 29-6-2021 02:28 PM
Hahaha, lawak kan dunia.
Cikgu untuk didik TV max bayaran RM200 untuk setiap slot subjek.
Kalau ade 3 cikgu kongsi, bahagi la sesama sendiri.
Untuk mende lagha macam ni, puluh2 ribu kene bayar.
Quote kakakpositifker 29-6-2021 02:30 PM
yeke ni. takut fitnah dajjal

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.053558 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top