CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dihina Sebab Bertubuh Besar- Baby Shima Sedih Kiera Jadi Mangsa Body Shaming

23-3-2021 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1448| Komen: 2

Penyanyi Baby Shima sedih apabila seorang pelakon tambahan dalam filem pendek berjudul Perempuan Penyondol, dihina dan dicaci netizen dengan -pe-l-bagai gelaran gara-gara bertubuh besar.


Menerusi perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 29, meluahkan rasa sedih dan kesal apabila pelakon tersebut yang dikenali sebagai Kiera telah menjadi mangsa penghinaan fizikal oleh netizen.

Foto: IG

“Ya Allah sedihnya hati ini, saya nak tujukan video ini buat semua orang yang tidak menjaga hati dan perasaan orang lain!

“Sedihnya hati ini bila Kiera meluahkan perasaannya pada saya. Disebabkan cerita Pe-rempuan Penyondol yang saya lancarkan baru-baru ini, Kiera betul-betul tertekan dengan penghinaan itu,” ujar pelantun lagu Roadblock Hatiku itu.


Menerusi perkongsian video yang dimuat naik Shima dalam Instagramnya, kelihatan pe-nyanyi itu bersama Kiera atau nama sebenarnya, Nurul Zaidatul Akhira Diana, 25, untuk mendengar luahan gadis itu selepas dihina netizen.



“Dia (Kiera) tertekan bila baca komen-komen yang me-lampau, hinaan, makian dan mengejek fizikalnya.

“Niat saya nak bagi semua orang peluang mencuba bakat tanpa memandang fizikal dan rupa, sedikit sebanyak dapat membantu keyakinan mereka. Cuba bayangkan kalau terjadi pada diri sendiri, mak ayah atau adik-beradik sendiri?” katanya.

Dalam masa sama, Shima juga memin-ta netizen supaya menjaga hati dan perasaan orang lain supaya jangan suka menghina sesiapa -sahaja.




Bahkan, disebabkan perkara itu, Shima mengakui berasa takut untuk mengambil ‘bakat’ seperti Kiera pada masa akan datang kerana risau mereka akan menjadi bahan ejekan walaupun mempu-nyai bakat yang besar.

“Sedarlah, kita semua pun tidak sempurna. Ada kekurangan masing-ma-sing,” kata Shima.



Dalam filem pendek Pe-rempuan Penyondol itu, Kiera membawakan watak sebagai seorang perempuan perampas suami orang dan turut dijayakan oleh Shima sebagai isteri teraniaya.

Filem pendek itu telah dimuat naik dalam saluran YouTube Baby Shima pada Sabtu lalu dan mendapat sehingga lebih 10,000 tontonan setakat ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-3-2021 02:27 PM
Kalau pendapat artis tak payah masuk benang la palat.....

Lagi 1, anggap hinaan orang tu utk kita berubah, bukan meraih simpati. Aku dulu berisi, tapi berisi aku cantik sampai orang puji gebu. Bukan macam kemut, buncit yg dihina.

Orang kata aku gemuk, terus aku nekad nak kurus & berjaya kurus dgn sihat. Macam kawan aku, sama gemuk yg jenis buruk macam kemut, aku tanya berat dia berapa, dia kata 50. Agak2 la nak tipu pun, aku yg lagi kurus pun 53..
Quote sasasoso 23-3-2021 01:31 PM
boleh gugel john mcdougall the starch solution

kat youtube : themommyvegan
             plantifulkiki
             highcarbhannah

also :

https://www.drmcdougall.com/2019/05/15/mcdougall-program-maximum-weight-loss-10-point-checklist-and-recipes/

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.239099 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top