CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Dunia Media Sosial Semakin Mengarut" - Irwansyah Berang Dikata Dah Meninggal

22-3-2021 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2575| Komen: 7

Description: Penyanyi dan pelakon Indonesia, Irwansyah menafikan berita bahawa dia sudah meninggal dunia seperti yang tular di laman YouTube, semalam.
Penyanyi dan pelakon Indonesia, Irwansyah menafikan berita bahawa dia sudah meninggal dunia seperti yang tular di laman YouTube, semalam.



Menerusi paparan Insta Story, Irwansyah meluahkan rasa kesal dengan penyebaran berita palsu yang turut menggunakan rakaman isterinya, Zaskia Sungkar sedang menangis di sebuah hospital di Jakarta.

Terdapat juga paparan yang menunjukkan seperti Irwansyah sedang dirawat di hospital di dalam video berkenaan.



“Ini berita palsu, semakin lama semakin mengarut dunia media sosial ini,” tulis Irwansyah.

Rakaman video yang dimuat naik di laman YouTube itu berdurasi 2 minit 46 saat dengan tajuk ‘Berita Duka, Irwansyah meninggal dunia. Zaski buka mulut.’



Kredit foto: IG Irwansyah

Rupa-rupanya, Irwansyah yang dilaporkan meninggal dunia itu adalah seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Desa Bojong, Jawa Barat, baru-baru ini. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 22-3-2021 02:55 PM
si pencinta wanita ni tk tua2 muka

ye la org kalau banyak duit

muka sntiasa hensem dn muda
Quote epuepy 22-3-2021 04:10 PM
Mcm dh biasa je dgr berita mcm ni. Indon kan suka bagi headline tajuk lebih kurang mcm ni.

Padhal  yg meninggal tu org lain. Click bait sgggttr
Quote KathrynLykins 22-3-2021 07:33 PM
Kumpulan Media Sosial seperti, Facebook dan Twitter, pertama kali muncul sebagai tempat, untuk orang berkomunikasi antara satu sama lain. Sejak kedua organisasi ini pertama kali ditubuhkan, seseorang akan bertanya, sistem apa
urus tadbir, audit atau garis panduan telah dilaksanakan (jika ada).

https://www.achieveessays.com/
Quote KathrynLykins 22-3-2021 07:34 PM
Kumpulan Media Sosial seperti, Facebook dan Twitter, pertama kali muncul sebagai tempat, untuk orang berkomunikasi antara satu sama lain. Sejak kedua organisasi ini pertama kali ditubuhkan, seseorang akan bertanya, sistem apa
urus tadbir, audit atau garis panduan telah dilaksanakan (jika ada).

<a href="https://www.achieveessays.com/">https://www.achieveessays.com/</a>
Quote Analisaxx 22-3-2021 09:20 PM
Orang yg sebarkan tu naik kan viewers youtube...apalagi kan
Quote Artemesiaa 25-3-2021 02:11 PM
Mana2 pun ada je kes macam ni sebab nama sama jadi salah orang
Quote LadyCarefree 27-4-2021 09:22 PM
Semoga panjang umur

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.042996 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top