CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Facebook Bakal Lancar Instagram Untuk Kanak-kanak

22-3-2021 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1787| Komen: 8

Facebook Inc sedang membangunkan versi perkakasan perkongsian foto Instagram khusus untuk kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

Ia sebagai usaha untuk memastikan produk popularnya digunakan oleh generasi akan datang.


Aplikasi baharu itu diumumkan secara dalaman pada hari ini, tetapi belum dilancarkan.


Gambar hiasan/Ars Technica

Instagram pada masa ini untuk pengguna berumur sekurang-kurangnya 13 tahun.

Instagram, yang dibeli oleh Facebook hampir sedekad lalu pada harga AS$ 1 bilion, telah menjadi salah satu produknya paling popular ketika aset rangkaian sosial utamanya gagal untuk menarik pengguna yang lebih muda.

“Semakin banyak anak bertanya kepada ibu bapa mereka jika mereka dapat menyertai aplikasi yang membantu mereka untuk bersama teman mereka.

“Buat masa ini tidak ada banyak pilihan untuk ibu bapa, jadi kami sedang berusaha untuk membangunkan produk tambahan – seperti yang kami lakukan dengan Messenger Kids – yang sesuai untuk anak-anak, yang diuruskan oleh ibu bapa,” kata Joe Osborne, jurucakap Facebook dalam satu kenyataan.


Messenger Kids adalah versi aplikasi mesej Facebook untuk remaja. Aplikasi itu dikawal ibu bapa, tetapi kecacatannya sebelum ini membenarkan anak berbual dengan orang yang tidak diluluskan oleh ibu bapa mereka.

Kejadian itu mencetuskan kebimbangan dari pengawal selia bahawa ia tidak melindungi anak-anak dengan secukupnya.

 
Sumber:  MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote untoldname 22-3-2021 01:36 PM
Hurm.. tak kesah lah apps untuk kanak2 bawah 13tahun pon.... as long as socmed apps iols tetap takkan bagi anak iols download...
Quote rajamoney 22-3-2021 01:48 PM
jngn jdi lubuk puak2 gay2 pondan2 calabai2 pedo berkuntum sdh
Quote CapitalE 22-3-2021 02:29 PM
Haaaa helok sangat la tu. mudah kerja pedophile nak  bersarang & grooming budak2
Quote Tinot7 22-3-2021 02:40 PM
Bebudak tak payah la.. nnt kang byk masalah sosial lain yg timbul.. pi skolah jumpa kawan dah cukup.
Quote namieamuro 22-3-2021 02:44 PM
berite baik utk golongan paedophile
Quote manjalara_01 22-3-2021 03:17 PM
namieamuro replied at 22-3-2021 02:44 PM
berite baik utk golongan paedophile

Yg create pun pedo2 jgk..sbb tu la bleh je..
Quote Nenasketum 22-3-2021 03:38 PM
Tak cukup dengan adults ramai mental sebab soc media oleh kerana show off bagai, nak buat untuk budak2 pulak?
Quote copy_paste 22-3-2021 04:09 PM
buat je talipon kanak2 yg hanya boleh call dgn wasap cukup

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.145607 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top