CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belah Perut Wanita Hamil 8 Bulan, Bayi Dilarikan

19-3-2021 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1931| Komen: 10

Macae: Seorang ibu yang sarat mengandung lapan bulan ditemukan maut dalam keadaan menyayat hati apabila perutnya dibelah dan bayinya dilarikan suspek.

Pamella Ferreira Andrade Martins, 21, ditemukan mati di rumahnya di Nova Holanda, Brazil kelmarin selepas polis memecahkan pintu kediamannya itu.

Media tempatan melaporkan, Pamella ditemukan dalam keadaan tragis di lantai bilik air rumahnya itu selepas pihak berkuasa berjaya memasuki kediaman berkenaan.

Kredit foto: Agensi

Pihak berkuasa percaya Pamella dipukul dan diserang suspek sebelum dikunci di bilik air rumahnya itu.

"Ketika ditemukan, Pamella sudah meninggal dunia, perutnya terbuka dan kandungannya (bayi) hilang," kata saksi kejadian.


Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 22 tahun yang dipercayai suspek utama kes berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini pihak berkuasa belum mendedahkan identiti wanita terbabit.

Menurut media tempatan, suspek ditahan di sebuah hospital selepas dilaporkan membawa mayat bayi lelaki bersamanya.

Suspek memberitahu doktor bahawa dia melahirkan bayi lelaki itu selepas terjatuh ketika turun tangga.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut dilakukan pihak hospital mendapati wanita itu tidak pernah hamil sebelum pihak berkuasa menahannya.

Susulan penahanan itu, pihak berkuasa turut menemukan pisau yang dipercayai digunakannya sebagai senjata untuk membelah perut Pamella.

Untuk rekod, suspek dilaporkan dilihat bersama Pamella sehari sebelum kejadian itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sehirkedi 19-3-2021 12:04 PM
Ish.. Menakutkan.. Banyak kejadian pembunuhan yang terok di luar negara.
Quote Carcosa 19-3-2021 12:06 PM
Adoi laaa. Kesiannya. Lawa mak nye ha. Kesian plk anak dia yg 2 tahun tu. *cry*
Harap betina yg belah perut tu, dibelah di poorkey nya. Nak sgt rasa ada anak, belah kan aje poorkey nya
Quote Tompoktompok 19-3-2021 12:30 PM
menakutkn betul dunia sekarang. lagi2 dekat oversea sane. itupon ade lgi org kita yg gigih nk pindah sana
Quote Boboyottt 19-3-2021 06:49 PM
Kejamnya manusia
Quote Jorja 19-3-2021 11:37 PM
Muda2 lagi dah psycho
Quote ReginaGeorge 19-3-2021 11:42 PM
Tak dapat bayangkan macam mana setantu belah perut {:childlike
Quote intanblur 20-3-2021 12:51 AM
Kesiannya... saiko
Quote ipes2 20-3-2021 04:40 AM
dah ada thread ni
so saya close yg ini @FanTasyCreaTioN
Quote ipes2 20-3-2021 04:41 AM
maybe @AceHand  boleh close
Quote FanTasyCreaTioN 20-3-2021 05:45 AM
ipes2 replied at 20-3-2021 04:40 AM
dah ada thread ni
so saya close yg ini @FanTasyCreaTioN
Thread dah ada

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1243141


selalu nya jika ada Thread yang sama seperti ini dan Wartawan CARI lambat ... FC akan PM @admin6 minta tolong mergekan. Arahan Admin sendiri camtu.


atau mungkin @CARI-MRO boleh mergekan sendiri.





Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.035283 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top