CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

7 Herba Segar Yang Boleh Anda Tanam Dengan Mudah Di Rumah Sendiri

19-3-2021 10:39 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 15636| Komen: 34|Original author: Oleh: natrahn

Description: Terdapat pelbagai jenis herba yang boleh anda tanam di kebun dapur seperti herba tradisional Malaysia sehinggalah pilihan popular masa kini untuk hidangan kegemaran.


Terdapat pelbagai jenis herba yang boleh anda tanam di kebun dapur seperti herba tradisional Malaysia sehinggalah pilihan popular masa kini untuk hidangan kegemaran.

Teringat saja hendak masak gulai kari, petik saja daun kari yang melambai-lambai di luar rumah. Tak perlu susah-susah pergi kedai hanya untuk mendapatkan segenggam herba yang diperlukan memandangkan kebanyakan jualan sudah diikat siap dengan jumlah dan harga yang ditentukan.

Tahukah anda bahawa terdapat tanaman yang mampu membersihkan udara untuk memberikan persekitaran yang lebih sihat?

Di bawah kami sertakan beberapa pilihan herba yang sesuai ditanam di persekitaran luar mahupun di dalam rumah anda:


1) Daun kari

Kredit foto: Google

Pokok kari boleh ditanam dari keratan atau biji benih dalam pasu sahaja. Berikut adalah tutorial yang boleh anda ikuti untuk menuai pokok kari anda sendiri pada bila-bila masa saja!



2) Rosemary

Kredit foto: Google

Herba ini berasal dari wilayah Mediterranean dan paling sesuai digunakan untuk menu berasaskan daging kambing, dan juga dalam resepi kentang yang enak.

Cara menanam rosemary cukup senang. Apa yang paling penting pokok rosemary perlu diletakkan di tempat panas dan mendapat air secukupnya.

Jom tengok video cara tanam rosemary supaya hidup subur dan membiak.



3) Serai

Kredit foto: Google

Serai antara bahan ramuan penting melazatkan masakan. Masakan kalau terkurang serai, kuranglah ummphnya. Nak tanam serai tak perlu ruang tanah yang luas pun. Jom tengok cara nak tanam serai pula.



4) Pudina

Kredit foto: Google

Daun pudina, enak dibuat air atau sebagai perasa tambahan untuk pelbagai hidangan. Ianya juga bagus sebagai tanaman di dalam rumah, kerana memerlukan hanya sedikit cahaya matahari dan siraman yang sekata untuk melihatnya membesar.



5) Ketumbar

Kredit foto: Google

Senarai tanaman herba di Malaysia tak akan lengkap tanpa ketumbar. Tahukah anda yang ketumbar dilaporkan antara tanaman herba tertua digunakan dalam hidangan?

Kami kongsikan di sini cara menanam pokok ketumbar menggunakan biji ketumbar timbang kilo dari pasaraya je.



6) Selasih Thai

Kredit foto: Google

Nama pokok selasih ada juga yang nemanggilnya sebagai Holy basil, Sweet basil dan juga dipanggil sebagai Thulasi. Penanaman selasih amat mudah dilakukan sendiri di rumah dan juga dikebun asalkan kita mempunyai benih, kawasan sesuai dan juga ilmu pengetahuan yang mencukupi. 

Video di bawah ni menunjukkan cara bagaimana untuk anda menyemai pokok selasih Thai anda sendiri, dengan keratan batang yang boleh dibeli di kedai.



7) Cili

Kredit foto: Google

Kepedasan yang digilai. Alang-alang dah menanam, bagi'kick' sikit kebun dapur anda dengan cili! Tanam cili satu pokok pun cukup, buahnya memang lebat. Ini caranya.


InsyaAllah, telaahlah banyak perkongsian ilmu pak cik gugel melalui laman yang sahih dan boleh dipercayai tentang cara menanam herba-herba ini. Pastinya hasilnya akan memudahkan kerja memasak anda! - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sakitperut 19-3-2021 10:56 AM
ooooo gitu ok
Quote Boboyottt 19-3-2021 11:15 AM
Tunggu la nanti kat rumah sendiri boleh buat
Quote sehirkedi 19-3-2021 11:29 AM
Edited by sehirkedi at 19-3-2021 11:40 AM

Bestnyaa.. Dah berapa kali cuba tanam ketumbar dari keratan akar tapi tak berjaya. Pokok ketumbar untung kalau boleh tanam sendiri sebab boleh tahan mahal juga. Lepas tu kadang-kadang tak ada kat market. Nanti boleh la cuba cara dalam video ni. Terima kasih TT. Sangat berinfomasi.

Iols suka tanam selasih (bunga cantik, wangi, senang tumbuh dan jaga).

kalau cili iols suka tanam cili api yg beli kat kelantan. Pokok cilinya tahan bertahun lamanya. Sedap ranggup. Cilinya hijau muda dan besar.
_20210319_113630.JPG
(gambar dari shopee bukan iols punya ya)


Pokok rosemary pun suka tanam. Senang jaga dan dibiakkan. Kalau nak masak 'roast potatoes', petik-petik saja di laman rumah.
Quote Pipipau 19-3-2021 11:36 AM
{:love suka pokok2
Quote fido_dido 19-3-2021 12:23 PM
sehirkedi replied at 19-3-2021 11:29 AM
Bestnyaa.. Dah berapa kali cuba tanam ketumbar dari keratan akar tapi tak berjaya. Pokok ketumbar un ...

benih rosemary beli kt mana ye? online ke? nak try la
Quote fido_dido 19-3-2021 12:24 PM
xpernah menjadi bila tanam pokok..asyik mati je
Quote tinta_merah 19-3-2021 05:00 PM
fido_dido replied at 19-3-2021 12:24 PM
xpernah menjadi bila tanam pokok..asyik mati je

Tanam bayam brazil mudah hidup..
Quote sehirkedi 19-3-2021 08:13 PM
fido_dido replied at 19-3-2021 12:23 PM
benih rosemary beli kt mana ye? online ke? nak try la

Tak pernah pula tanam pakai biji benih. Tanam pakai keratan batang adalah. Senang je tumbuh. Pokok tu iolsbeli kat pasar tani. Pernah nampak kat AEON Big, Giant, Tesco pun ada jual pokok rosemary.
Quote sehirkedi 19-3-2021 08:14 PM
fido_dido replied at 19-3-2021 12:24 PM
xpernah menjadi bila tanam pokok..asyik mati je

Mati kenapa? Lupa siram ke?
Quote fido_dido 19-3-2021 08:15 PM
tinta_merah replied at 19-3-2021 05:00 PM
Tanam bayam brazil mudah hidup..

dia tanam gitu je ke? ke kena jenis2 tanah lain ke?
Quote fido_dido 19-3-2021 08:18 PM
sehirkedi replied at 19-3-2021 08:13 PM
Tak pernah pula tanam pakai biji benih. Tanam pakai keratan batang adalah. Senang je tumbuh. Pokok ...

ooo pakai keratan batang ke? iols ingat benih..haha thank you sistur nanti iols pi cari
Quote intanblur 19-3-2021 08:26 PM
fido_dido replied at 19-3-2021 12:24 PM
xpernah menjadi bila tanam pokok..asyik mati je

Samer la kiterr.. tanam jer mati.. huhu.. org dulu2 kata tangan panas
Quote Jitu 19-3-2021 08:51 PM
aku tak minat langsung berkebun tanam2 ni walaupun aku org kampung
pastu nak kena jaga bukan boleh biar mcm tu je
pokok bunga pun dah lama tak cara
boring duduk kampung ni
Quote tinta_merah 19-3-2021 08:53 PM
fido_dido replied at 19-3-2021 08:15 PM
dia tanam gitu je ke? ke kena jenis2 tanah lain ke?

Kalau ada batangnya sis cucuk2 je kat tanah hitam berbaja tu..
Quote tinta_merah 19-3-2021 08:54 PM
fido_dido replied at 19-3-2021 08:15 PM
dia tanam gitu je ke? ke kena jenis2 tanah lain ke?

Kalau ade keratan batangnya sis cucuk2 je dalam pasu letak tanah hitam berbaja tu..
Quote Littlerara 19-3-2021 11:51 PM
Wah menarik ni. Boleh mula bercucuk tanam kat rumah
Quote masmn 20-3-2021 12:26 AM
Pernah tanam bayam brazil.. dah elok2 bercambah, ayam datamg kais2, habis semuanya.. mmg senang tanam bayam tu...
Quote fido_dido 20-3-2021 01:37 AM
tinta_merah replied at 19-3-2021 08:54 PM
Kalau ade keratan batangnya sis cucuk2 je dalam pasu letak tanah hitam berbaja tu..

baik sis nanti iols try bayam brazil
Quote makankuihku 20-3-2021 03:03 PM
tolong share macam mana nak halau kutu daun .. habis pokok kesum saya rosak

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.062652 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top