CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nampak Biasa Tapi Bahaya! Doktor Dedah Bayi 18 Hari Maut Selepas Mulutnya Dicium

18-3-2021 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2838| Komen: 14

Tanpa kita sedari, ada bahaya menanti bagi ibu bapa yang membiarkan bayi mereka dicium orang ramai.

Pada hemat kita, ia sudah menjadi perkara biasa. Rakan-rakan dan saudara-mara pastinya tidak dapat menahan 'geram' melihat si comel itu sehingga bertindak mencium mereka.


Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, perbuatan mencium mulut bayi mempunyai risiko tersendiri sehingga boleh membawa maut.


Dr Ahmad Luqman, Foto: mStar Online

"Banyak je tempat lain sebenarnya kita boleh cium tapi tolonglah jangan cium kat mulut bayi sebab tu mungkin boleh jadi punca si comel tu pergi buat selama-lamanya," tulisnya di Twitter.

Dr Ahmad Luqman mengimbas satu peristiwa yang menyaksikan bayi berusia 18 hari meninggal dunia kerana jangkitan herpes.


"Dalam masa dua jam je lepas dicium oleh ahli keluarga yang lain, emaknya perasan dia dah mula lembik dan tak nak menyusu.

"Apa lagi, kelam kabut terus ke hospital. Sampai je kat sana, tengok-tengok pernafasannya pula bermasalah dan organ badan sebahagiannya gagal berfungsi.

"Kesian sangat. Bila disiasat, barulah tahu rupanya si kecil tu mengalami jangkitan virus herpes yang tersebar melalui ciuman," ujar Dr Ahmad Luqman.


Gambar Hiasan

Jelas Dr Ahmad Luqman, tak salah untuk mana-mana individu menzahirkan rasa kasih sayang dan bermanja dengan si cilik itu, namun mereka perlu peka dengan risiko menanti.

"Tak salah kita ni suka sangat kat budak, sayang benar kat anak. Kadang tu punyalah cute dia orang ni sampaikan rasa nak cubit-cubit pipi tembam tu. Nak cium-cium dan tak nak lepaskan sebab best sangat bau baby.

"Tapi kalau kita sengaja cium kat mulut dia, banyak kuman yang terdapat pada mulut berisiko untuk berpindah ke tubuh si comel tu.

Dr Ahmad Luqman berkata, sebolehnya bayi kecil jangan dibawa ke tempat umum seperti pusat beli-belah dan restoran.

"Pada kita ni, jangkitan seperti virus RSV, penyakit Hand, Mouth and Foot disease, Herpes HSV-1 boleh jadi tak bagi kesan sikit pun.

"Malangnya kalau terjangkit pada baby, tubuh mereka akan jatuh sakit, tenat dan paling menakutkan bila seluruh organ penting dalam badan gagal berfungsi lalu mengakibatkan kematian," jelasnya lagi.

Gambar Hiasan

Dalam pada itu, Dr Ahmad Luqman turut membuat beberapa peringatan berhubung cara mengendalikan bayi termausklah menjaga kebersihan diri dan mengelakkan kehadiran tetamu yang sedang tidak sihat.

"Selalu cuci tangan dulu sebelum sentuh bayi dan elakkan cium mulut bayi. Jangan terima pelawat yang tak sihat terutamanya kalau ada yang selsema, demam, batuk, dan sakit badan.

"Halang perokok dari datang dekat dengan bayi kita sebab habuk rokok yang melekat dekat badan tu boleh buatkan saluran pernafasan si comel tu meradang dan sesak nafas.

"Kerapkan cuci permainan bayi dengan air dan sabun. Bayi berusia bawah tiga bulanlah paling berisiko sebab imuniti badan dia masih sangat rendah.

"Sebab tu sebolehnya kita jangan bawa dia ke tempat yang ada ramai orang seperti mall, restoran atau pun expo," jelas doktor yang bertugas di Hopsital Tunku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 18-3-2021 01:04 PM
herpes?

ini keje puak2 gay2 pondan2 pedo la ni
Quote Normabaru 18-3-2021 01:07 PM
In a way bagus jgk ada covid.. Org auto xmo dtg dkt..kita pon xkn dituduh makpak kekwat klu xmo kasi ank dgomol2 Hahaha
Quote Buritan 18-3-2021 02:32 PM
Normabaru replied at 18-3-2021 01:07 PM
In a way bagus jgk ada covid.. Org auto xmo dtg dkt..kita pon xkn dituduh makpak kekwat klu xmo kasi ...

Aku dulu jenuy duk kepung baby aku.. yg dtg nak pegang tuu selsema laa.. bongok betul.. siap ckp sakit tekak ni..
Quote Normabaru 18-3-2021 02:50 PM
Buritan replied at 18-3-2021 02:32 PM
Aku dulu jenuy duk kepung baby aku.. yg dtg nak pegang tuu selsema laa.. bongok betul.. siap ckp s ...

Sbb tu bila tetamu dtg ckp je bb tgh tdo. Xpon bb xsht. Kne kuning. Meragam. Xphm jgk sound je setepek mulut ko busuk!
Quote Buritan 18-3-2021 02:56 PM
Normabaru replied at 18-3-2021 02:50 PM
Sbb tu bila tetamu dtg ckp je bb tgh tdo. Xpon bb xsht. Kne kuning. Meragam. Xphm jgk sound je set ...

Balik kg rumah montua tuu yg leceh leceh   mak tua pulak duk laa pukul canang satu kg.  Aku plk dah selupe itu mak lucing dah.. marah salah.. depa ni lg suke kot tengok budak tu sakit agaknyw
Quote Normabaru 18-3-2021 04:25 PM
Edited by Normabaru at 18-3-2021 04:37 PM
Buritan replied at 18-3-2021 02:56 PM
Balik kg rumah montua tuu yg leceh leceh   mak tua pulak duk laa pukul canang satu kg.  Aku plk da ...


Alahai. Ko beranak bila ni..
Quote Sugarbam1212 18-3-2021 04:27 PM
Quote pxlbb 18-3-2021 04:30 PM
Buritan: Aku dulu jenuy duk kepung baby aku.. yg dtg nak pegang tuu selsema laa.. bongok betul.. siap ckp sakit tekak ni..


Aku pulak terbalik. Dah mmg jenis tak suka budak kecik. Tapi fmly in law jenis paksa suruh pegang juga anak dorg. Nasib baik kobid... tak payah dah aku nak pegang2 baby kecik. Tengok dari jauh je.
Quote Buritan 18-3-2021 04:31 PM
Normabaru replied at 18-3-2021 04:25 PM
Alahai. Ko beranak bila ni.. Ingtkn J.. Baca mana ntah. Ke kaka salah org

Salah org kaka oii.. aku isteri org yg jelita lg tau.. koh koh
Quote Artemesiaa 18-3-2021 04:34 PM
Kalau tak silap thread dah pernah ada
Quote Normabaru 18-3-2021 04:36 PM
Buritan replied at 18-3-2021 04:31 PM
Salah org kaka oii.. aku isteri org yg jelita lg tau.. koh koh

ops. ya ampon bang jago..dulu cikgu kan bubu?  Hehehe
.
Quote Buritan 18-3-2021 04:39 PM
Normabaru replied at 18-3-2021 04:36 PM
ops. ya ampon bang jago..dulu cikgu kan bubu?  Hehehe
.

Yepp betulll sgt.. 10 markahh
Quote bungasakura89 19-3-2021 08:04 AM
alamak kena buang la perangai suka cium baby nihhh
Quote meisapoya 19-3-2021 07:53 PM
I elak pegang baby time gi lawat baby pon dikata x suka baby. Bukan boleh gomol pon. Kalau i pembawa virus, maknya jugak susah.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.055627 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top