CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Jual Rumah Pun Kena Keluar Duit? Ini Kos Yang Perlu Anda Bayar

18-3-2021 08:55 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3517| Komen: 7|Original author: Oleh: Natrahn


Menjual rumah sendiri amat sesuai bagi pemilik yang bijak membuat analisa pasaran, memahami proses jual beli, mempunyai kenalan seperti jurubank dan peguam hartanah.

Namun, tahukah anda bahawa jual rumah pun ada kos yang perlu dikeluarkan? Ya bossku, jangan terkejut. 

Kos jual rumah yang perlu pemilik rumah ambil tahu terbahagi kepada dua iaitu kos yuran dan kos cukai.

Kredit Foto - Money Compass


A. KOS YURAN

1. Yuran Bayaran Ejen Hartanah

Kos ini hanya perlu dikeluarkan sekiranya anda menggunakan perkhidmatan ejen hartanah. Kadar yang biasa dikenakan ialah 3% harga jualan rumah. 

Untuk mengelakkan penipuan, anda boleh menyemak ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH).

Kredit Foto - Property Wealth Advisor

Antara sebab utama kita menggunakan servis ejen hartanah kerana kita mahu menjual rumah dengan cepat tanpa perlu pening kepala. Walaubagaimanapun, jika kita berhasrat menjual sendiri rumah, tak perlulah nak keluarkan kos ini.

2. Yuran Guaman Untuk Jual Rumah

Kedua dua pembeli dan penjual wajib melantik peguam untuk mewakili mereka semasa urusan jual beli rumah. Maklumlah, beli rumah bukan murah. Jadi, kita mesti melantik peguam untuk memastikan hak setiap pihak terlibat terpelihara dari segi undang undang. 

Kredit Foto - Harian Metro

Kos guaman untuk penjual strata atau individu adalah sangat berbeza mengikut kes dan masalah yang terlibat. Kebiasaanya kos ini kurang 1% harga jual beli bergantung kepada harga rumah.

3. Kos pembaikan dan ubahsuai rumah

Nak tahu cara jual rumah cepat? Impresi pertama pembeli sangat penting semasa mereka lihat rumah. Maka, bagi memastikan rumah kelihatan menarik semasa menerima lawatan bakal pembeli, kita perlu melaburkan sedikit kos memperbaiki kerosakan di rumah untuk menarik minat bakal pembeli.

Kredit Foto - Desainrumahid.com

Sebab tulah tak boleh nak kedekut dalam membaik pulih dan mengubahsuai rumah yang nak dijual. Apapun, kos pembaikan dan ubahsuai rumah tu pun sebenarnya boleh dimasukkan dalam harga bila nak dijual nanti.


B. KOS CUKAI

Kredit Foto - Nas Nuri Construction

1. Cukai Hartanah (RPGT)

Ketika menjual rumah, terdapat cukai yang dikenakan ke atas keuntungan jualan hartanah anda. Jika tiada untung, tiada cukai dikenakan. Nama cukai ini adalah cukai keuntungan harta tanah (CKHT/RPGT). 

Kadar dan kiraan cukai adalah seperti di laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ianya berubah dari masa ke semasa. Cukai jual rumah ini memang tinggi. Tapi ada beberapa cara untuk dapatkan pengecualian atau kurangkan bayaran.

a. Buat pengecualian sekali seumur hidup
Kerajaan membenarkan anda untuk buat pengecualian penuh cukai RPGT. Tetapi pengecualian ini hanya boleh digunakan sekali sahaja.

b. Buat penolakan untuk kos-kos belian dan jualan hartanah. Kos ini termasuklah:
  • Kos guaman
  • Fi agensi
  • Kos pengurusan
  • Kos baikpulih dan pengubahsuaian
2. Penalti Lock-in Period

Sesetengah bank mengenakan penalti jika anda jual dalam suatu tempoh (biasanya 3 ke 5 tahun), setelah anda mendapat pinjaman. Bank akan kenakan penalti ini ke atas hutang asal dan kadar penalti boleh jadi sekitar 2% ke 5%.

3. Cukai Pendapatan

Penjualan rumah anda mungkin dikenakan Cukai Pendapatan kerana LHDN aktif meneliti transaksi hartanah untuk menentukan sama ada penjualan tersebut (berdasarkan keadaan setiap penjualan) tertakluk kepada CHKT atau Cukai Pendapatan.

Semoga artikel yang saya kongsikan ini dapat membantu anda dalam urusan jual beli rumah anda. -CARI

Kredit - Property Guru
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 18-3-2021 10:47 AM
pergi baca confession kat iiumc tu pasal ejen hartanah ni..
aritu aku baca kemain ramai agent butthurt tp yg ironinya marhaen setuju..

jgnlah percaya kalau agent kau bawak pegi jumpa lawyer dia,  pastu suruh kau share lawyer dgn pembeli..

atas alasan jimatkan kos.. sebenarnya sama je.. sampai bila rakyat malaysia nak kena tipu..

kalau ada beza pun tak sampai 500 aku rasa.. lantik la lawyer sendiri.. lawyer tu utk lindungi kau, bukan semata mata sign je..
Quote zehra2 18-3-2021 11:18 AM
ya.. aku lah yg tersakiti.. sbb share lawyer n ejen aku pemalas nak mampus
Allah swt saja yg maha mengetahui.. baru byr separuh sejak proses lawyer tengah tahun lps..

ni semua melayu .. baik ejen, pembeli, lawyer.. n kerani lawyer yg nak menipu aku duit buka file carian bulan 7 tahun lps..
aku tak pernah menipu sapa2..  sedih betul. ni dah fasa akhir, tersangkut pulak kat pjbt tanah dgn alasan copy IC tak terang..

rumah tu aku masukkn nama mak sbb aku risau mati mengejut, aku bujang, kot nanti dpt kat bapak yg dah kawin lain.. tp skrg bapak dah meninggal..
nama mak masih ada dlm geran.. laaa ni bila nak jual,  cek masuk dua acc..
masalah lain pulak yg dtg..
bank tanya mcm2 bila aku nk keluarkan duit jual rumah tu dari acc mak aku..pd hal aku bwk mak.. bwk buku acc, bwk slip cek..  bawak surat beranak yg membuktikan aku ni anak mak aku, ke bank.

tau tak org bank pandang muka aku.. mcm ler aku ni anak yg tamak haloba kan duit mak.. nak curi duit mak yg dah tua tak berdaya..  bank buat copy semua yg aku bwk ari tu.. snp asal beli rumah yg ada nama aku tu je yg depa tak photostat.. sbb tebal.

stress.. dah ler dgn mak beratur panjang kat bank
nasib buyer beli cash separuh, loan separuh..
Quote Artemesiaa 18-3-2021 12:41 PM
Betul tu bukan semua tahu bab ni
Quote natrahn 18-3-2021 12:57 PM
zehra2 replied at 18-3-2021 11:18 AM
ya.. aku lah yg tersakiti.. sbb share lawyer n ejen aku pemalas nak mampus
Allah swt saja yg maha m ...

Allah..semoga urusan awak dipermudahkan
Quote nuralisa 18-3-2021 02:40 PM
aku pun tgh dlm proses skrg ni...
so far aku baru byr kos untuk lawyer jer ...
nasib baik bil2 tanah, cukai semua aku dah byr ... x de outstanding ...
Quote atiqah0206 18-3-2021 05:43 PM
{:run{:cryrun{:teatime{:sing{:sing{:sing{:hero{:yameteh{:good{:iwant{:shy{:hero{:hero{:spot{:hero{:hero{:kill{:hypnotize{:laugh{:laugh{:love{:hooray{:hooray
Quote anony-mous 20-3-2021 03:33 AM
zehra2 replied at 18-3-2021 11:18 AM
ya.. aku lah yg tersakiti.. sbb share lawyer n ejen aku pemalas nak mampus
Allah swt saja yg maha m ...

Eiii cm sial ye bank2 ni. Dlu cikgu iols xbg keje bank psal hasil tu syubhah. Jgn butthurt pulak ye yg keje bank ni. Cikgu iols yg ckp. Baca cerita uols ni lg geram i rasa. Dah la untung besar tiap2 tahun, kasi mora (mora jah bkn duit free) meroyan2 bank

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.058461 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top