CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melepas Rindu, Duda Dan Janda Ditahan Berdua-duaan Di Hotel Bajet

16-3-2021 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2974| Komen: 10

Seorang duda ditahan kerana bersekedudukan dengan seorang wanita berstatus janda di sebuah hotel bajet di Padang Temusu kira-kira 11.40 pagi pada Ahad.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pasangan berusia 32 dan 38 tahun itu ditahan berdua-duaan dalam sebuah bilik ketika serbuan dilakukan.




Menurutnya, pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen yang diminta kerana tiada sebarang ikatan perkahwinan yang sah.

"Setelah pemeriksaan dibuat, mereka mengaku pernah berkahwin sebelum ini dengan pasangan masing-masing namun sudah berpisah," katanya ketika mengetuai operasi yang dijalankan sekitar Daerah Kuala Muda pada Ahad.

Sementara itu, katanya, anggota penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di sebuah bilik lain di premis sama, mengesan terdapat kunci bilik ditinggalkan di luar.


"Pemeriksaan selanjutnya menemui sepasang kekasih berusia 20 dan 23 tahun sedang berdua-duaan di dalamnya.

"Mereka mengaku datang dari Alor Setar semata-mata mahu menghabiskan masa bersama dengan menempah bilik untuk beberapa jam," katanya.

Menurut Radzi, operasi membabitkan 35 anggota dari JHEAIK, Pejabat Agama Daerah Yan dan Kuala Muda, Cawangan Penyiasatan Khas serta bantuan badan bukan kerajaan (NGO) Skuad Badar itu berjaya menahan lima pasangan kekasih berusia antara 19 dan 38 tahun.

Operasi dijalankan bermula jam 11 pagi hingga 2 petang berdasarkan aduan awam.

Kesemua laporan tangkapan dibuat dan mereka diminta hadir ke Pejabat Agama pada tarikh ditetapkan untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 16-3-2021 12:10 PM
Ni melepaskan air nafsu tersepit ni.. Rindu hapernyehhhh
Quote rajamoney 16-3-2021 12:15 PM
tngk cadar tu teringat seorang forumer yg upload gambar tilam tk bcadar dia suatu ketika dahulu

Quote salmon-suki 16-3-2021 12:21 PM
Tlg tambah saman 10k jgk boleh tak?cek mysejahtera dorg tuh..org mcm ni ai xkesian kalau kena denda 10k pun..denda sebat,denda mcm2 laa..ai xkan rasa kesian
Quote prettyuglybabe 16-3-2021 12:50 PM
tak sabar sangat la tu sampai kunci pun tinggal kat luar
kesian dorang tak leh merentas negeri nak romen pun tak dak port..
kedah ni rakyat busybody line tak clear..
Quote jazaa100 16-3-2021 12:53 PM
Dah agak dah......

memang kedah  lah juara khalwat ni
Quote budaktua 16-3-2021 02:55 PM
siaan...
buat kat padang temusu wat pa... spend la sikit duit sikit dtg KL... pelancongan dgn bas blh  cross negeri kan..?
Quote cikanggun 16-3-2021 05:26 PM
Asyik2 kedah sana yg kene tangkap khalwat. Masing2 air dh penuh kepala kaa
Quote shy79 16-3-2021 06:01 PM
kesian kt hotel buget jela yg mampu..
Kt sp ni hotel park avenue ada swiss in pun ada
Quote Ain_h 17-3-2021 11:22 AM
Bagus jheaik
Quote hatikudus 17-3-2021 11:58 AM
sorangt duda, sorang janda...dah gatal sgt tu kawin je lah...nak mkn curi2 sedap kah? yg haram tu jugak yg sedap kan...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.059841 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top