CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Elak Masalah Kesihatan Mental, Justin Bieber Pilih Untuk Jauhi Telefon Pintar

15-3-2021 11:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2733| Komen: 14|Original author: Raline





Siapa sahaja yang tidak lekang memegang telefon pintar di tangan, baik melayari internet, sosial media mahupun bermain permainan dalam talian yang adakalanya berjam-jam lamanya.

Umum tahu, telefon pintar kini sangat penting untuk urusan harian kita namun berbeza pula pendapat bagi penyanyi terkenal dunia, Justin Bieber, 27 tahun, yang memilih untuk menjauhi telefon pintar demi menjaga kesihatan mental serta menyeimbangkan kehidupan antara kerja dan hal peribadi, lapor portal hiburan BuzzFeed.



Kata Justin, daripada sibuk ‘bermain’ telefon pintar, alangkah baik jika masa yang terbuang itu diisi dengan momen-momen yang lebih berkualiti bersama isterinya, Hailey Baldwin serta keluarga tersayang.

“Saya mula sedar betapa pentingnya had dan batas waktu bekerja. Malah, menjauhi telefon pintar, saya juga berasa tidak dibebani ‘hutang masa’ dengan sesiapa.

“Kini saya lebih berurusan dengan pengurus menerusi iPad bukannya telefon. Saya akan bangun awal pagi sebelum 8 pagi dan berhenti kerja pada jam 6 petang,” jelas Justin seperti dipetik menerusi halaman BuzzFeed.

Menurutnya lagi, masa yang berkualiti juga dimanfaatkan untuk masa tidurnya kerana baginya kehidupan tidak akan seimbang tanpa waktu tidur yang berkualiti.

“Walaupun saya telah berjaya dalam kerjaya saya, namun itu semua bukan kejayaan. Kejayaan yang sebenar ialah masa kebahagiaan yang saya penuhi bersama isteri serta ahli keluarga,” tambah Justin lagi.



Justin juga akui bahawa pada awalnya begitu sukar untuk beliau menjauhi penggunaan telefon pintar. Namun atas bimbingan terapi, beliau akhirnya berjaya menjauhkan diri demi memiliki kehidupan bekerja yang seimbang. Jika Justin Bieber sanggup menjauhi telefon pintar miliknya, bagaimana pula anda?

Sumber : https://www.thevocket.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 15-3-2021 11:08 PM
Tak lama lagi macam muka borat.
Quote tomatome 15-3-2021 11:18 PM
Justin x rindu selena ke tu??
Quote Alisani140900 16-3-2021 01:24 AM
Elokla tu tin,
Quote haifawehbe 16-3-2021 05:18 AM
betul jugak apa si bibir ni ckp. kadang perasan makpak sibuk sgt dok main hp sampai anak2 kecik buat apa pun x sedar. better gunakan masa tu utk family lg bahagia.
Quote Beribear 16-3-2021 09:31 AM
Yeke? Tiap2 hari tengok ig dia ada je pic yg dia upload.. Tp maybe upload gambar jelah kot lepas dah habis apa dia nak letak kat ig tu dia letak phone dia jauh2 kot
Quote ayukpingu 16-3-2021 09:33 AM
aku setuju
Quote Boboyottt 16-3-2021 10:29 AM
Betul tu, masa berkualiti ialah spending time dengan keluarga
Quote pxlbb 16-3-2021 11:37 AM
Ala ngader justin ni baik ko g tolong acik traffic terpaksa dukung anak sambil jaga trafik kat tengah jalan. Tengok mental koyak tak koyak.
Quote Redmyvi 16-3-2021 11:45 AM
justin bru umur berapa tapi rupa dh mcm pakcik2 dgn misainya itu...
Quote Artemesiaa 16-3-2021 02:00 PM
Ramai pembuli cyber zaman sekarang ni jadi tak hairan kalau dia kata macam tu.  Update ler sesikit untuk peminat agar tak terus senyap je.  Masa yang lebih elok tumpukan pada keluarga.
Quote Lemonademint6 17-3-2021 01:32 AM
Lebih baik begitu Justin
Quote Lagubestbest 17-3-2021 02:21 AM
tanah siap ada hutan, tasik sendiri mmgle tak perlu phone dah.
Quote bungasakura89 19-3-2021 08:32 AM
bagus la cmtu.. aku ni hari2 kena tgk telefon pintar sampai jadi kurang pintar dah ni

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.101257 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top