CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Murtabak Cream Crackers Memang Lain Daripada Yang Lain -Sesuai Dimakan Bila-Bila Sahaja

13-3-2021 08:52 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6907| Komen: 28


Martabak atau biasa dipanggil murtabak ini sering ditunggu-tunggu ketika bulan puasa. Menikmatinya ketika sedang berbuka puasa dan moreh bukan lagi sesuatu yang asing.

Membuat murtabak dengan menggunakan kulit popia atau pun doh roti canai sudah biasa dilakukan. Kali ini seorang pengguna Facebook, Puan Hidayah Sibly telah berkongsi resepi membuat murtabak dengan biskut kering pula.

Menurutnya pada zaman dulu dulu,  zaman ibunya ,  murtabak crackers ini dibuat sebagai hantaran sama ada untuk majlis perkahwinan atau majlis pertunangan. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus setengah biskut cream cracker yang tak bergula
  • 800 gm daging kisar 
  • 2 labu (saiz besar)  bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji cili merah dihiris halus
  • 2 biji cili hijau dihiris halus
  • Satu ikat daun sup, daun bawang dihiris halus.
  • 7 biji telur grade A
  • 1 kotak besar susu segar
  • Dua sudu kecil garam
  • Dua sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan bahan untuk dikisar dan ditumis:
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu makan cili giling, jika mahu pedas, lebihkan.
  • 3 sudu makan rempah kari daging

Cara-cara memasaknya:



  • Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar, ditumis hingga naik bau.
  • Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak. 
  • Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.   
  • Masukkan daging kisar, masak hingga empuk.  Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk,  lagipun kita nak bakar kemudian nanti. Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya. 
  • Masukkan bawang yg dipotong dadu ,cili hiris,  serbuk lada hitam  garam serta bahan perasa. Gaul rata. 
  • Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata baru matikan api biarkan hingga sejuk sedikit.



  • Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.
  • Bahagikan adunan pada 3 bahagian.

  • Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih. Suam suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa.

Cara menyusun biskut:



1. Loyang 4 segi dialaskan dengan kertas aluminium dan disapu mentega. Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang)  celup seketika dalam susu suam. Susun dalam loyang hingga penuh.



2. Tuangkan adunan daging dan ratakan ke seluruhan permukaan biskut. 
3. Ulang langkah 1 dan 2 berselang-seli sehingga ke permukaan loyang.



4.Bakar dalam oven 180'C selama 45 minit sehingga masak.



5. Keluarkan dari oven dan terbalikkan. Apabila sejuk potong dan dihidangkan.





Tips:

  1. Susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan.
  2. Tunggu sejuk baru di terbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
  3. Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak.
  4. Tumis guna mentega dan campur dengan sedikit minyak sahaja kerana daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair. 
Selamat mencuba. -CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmakmal10 13-3-2021 03:41 PM
yummy nampak
Quote INTAN.JEJAI 13-3-2021 04:06 PM
Sedapnyaaaa
Quote sarah96 13-3-2021 04:25 PM
Sedap nya {:hooray
Quote Alisani140900 13-3-2021 06:00 PM
Sedapnyaa, boleh cuba esk.. Tqqq
Quote ledigugu 13-3-2021 11:34 PM
Quote nora1403 14-3-2021 07:39 AM
Sedapnya. Nak cuba la
Quote sykama 14-3-2021 10:49 AM
Memang sdap ni.. Enak
Quote Dieja75 14-3-2021 11:05 AM
Sedapnya..boleh cuba ni
Quote naam89 14-3-2021 11:37 AM
Terliur plk tgk..nnt blh buat
Quote Cieejiee 14-3-2021 11:42 AM
Mcm sedap.. nanti cuba buat..
Quote Boboyottt 14-3-2021 11:47 AM
Sedap ke? Ada yg dh cuba ke?
Quote unicornlady 14-3-2021 01:16 PM
Wah nampak sedap. Boleh try. Thanks
Quote hazzium 14-3-2021 07:38 PM
Sedapnya buat berbuka puasa nanti.hehe
Quote yebit157 15-3-2021 02:07 PM
ada yang dah cuba ke? sedap tak?
Quote Pdibasic 15-3-2021 09:40 PM
Nampak sedap. Bijak btol spe yg fkir boleh pkai biskut ni
Quote harafff 15-3-2021 10:41 PM
nampak macam sedap... boleh cuba ni
Quote ewayfarer 16-3-2021 12:01 AM
since kulit lasagna tu susah nak dpt kat tmpt i ni..boleh try guna ni pulakkk..tq tt share resepiii
Quote noorazurams 16-3-2021 11:18 AM
Boleh cuba...tq TT share resepi
Quote Cocomelon 16-3-2021 11:48 AM
Wow, first time tahu resepi ini.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.066298 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top