CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Malu Tauke Kedai Emas Jerit "Saiz Awak Tak Ada!"

12-3-2021 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6117| Komen: 33

Gambar hiasan


Menerusi Kelab Update Harga Emas Semasa, seorang wanita luah rasa terkilan dilayan acuh tak acuh serta dimalukan di hadapan orang ramai. 

Menurutnya, penjual yang dipercayai pemilik kedai emas itu seolah-olah menyindir dirinya kerana memiliki jari dan pengelangan tangan yang besar.



Wanita tersebut kemudian terus memilih barang kemas untuk ditukarkan dengan gelang yang bakal ditolak. 

Difahamkan, dia sudah memaklumkan bajet untuk mencari gelang yang sedikit berat daripada asal. 

Penjual tersebut kemudian keluarkan beberapa gelang untuk dicuba olehnya. Namun, lain pula jadinya apabila penjual tersebut menyindir pergelangan tangannya.




Selepas mendapat saiz bersesuaian, masalah timbul apabila kiraan harga untuk gelang B agak tidak munasabah. Tidak puas hati dengan kiraan tersebut, wanita ini kemudian mempersoalkan perkara ini kerana merasakan mungkin penjual itu salah pengiraan. 

Penjual tersebut memaklumkan bahawa dia sudah memberi diskaun.



Enggan pulang tangan kosong, dia cuba mencari di bahagian cincin pula, namun sekali lagi hampa.



Kredit foto: FB

Penjual tersebut terus berlalu dan melayan pelanggan lain. Lebih terkilan apabila penjual sempat melaungkan dengan kuat memberitahu saiznya tiada. Dia kemudian keluar dengan perasaan hampa dan malu.


Sumber: OhBulan


Bagus
4

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 12-3-2021 12:04 PM
Kakyung rasa kakyung tau mana kedai akak.ni kena... Sebab kakyung pernah kena jugak ngan anak dia... Hurmmmm....
Quote imransulaiman 12-3-2021 12:15 PM
Boleh saman kedai tu body shaming
Quote Artemesiaa 12-3-2021 12:19 PM
Patut bila kali pertama dia dah layan buruk elok tinggalkan kedai tu tak perlu nak tengok barang lain dah.  Elok pergi beli di kedai lain je.  Kat situ bukan ada satu kedai tu je pun ada je beberapa kedai lain sama.  Jangan mudah biarkan orang senang2 jatuhkan air muka walau nampak macam melawak.
Quote prettyuglybabe 12-3-2021 12:26 PM
i pun jari besar.. susah nak cari saiz..
pergi je la kedai lain kak..
percaya sangat la emas pilah tu murah..
Quote lattehazelnut 12-3-2021 12:32 PM
Edited by lattehazelnut at 12-3-2021 12:34 PM

Kalau ramai beratur kat belakang kau nak cuba sume gelang, cincin, subang, gelang kaki, etc agaklah..
Da mmg stok saiz besar xbanyak, n budget u byk tu je.. better carik kedai lain..
Maybe gelang yg tu old model sbb tu dia bg diskaun..
Quote matchstick 12-3-2021 12:37 PM
Mentang2 bisnes kedai emas tgh lebat skrg mcm hanjeng dia layan customer..masa awal pkp dulu masing2 tgh sengkek dan belum bersinar bisnes kedai emas pun sendu, sape2 je lalu dpn kedai depa greet politely ajak masuk tgk emas
Quote Suchi 12-3-2021 12:41 PM
Gigih iols google cara ukur saiz cincin nak tau saiz cincin sendiri.
Tak penah beli emas so xtau saiz berapa.

Emmm mula2 ukur dapat saiz 10 sbb guna benang tu ukur dlm 5cm.
Pastu try pakai cincin menan yg anak tu ukur diameter dapat saiz 7 plak.
Kalau kecik lagi murah la kan? Dulu masa nak kawen cincin tu kena potong utk bg muat pastu lebihan yg kena potong tah mana iols terbuang cina kedai kata boleh simpan nnt boleh tambah kalau nk beli cincin baru.
Tapi takpelah bukan beli juga pun hat ada seketul tu pun simpan je tak pakai jugak.
Quote Lengkong 12-3-2021 12:53 PM
Cari kedai lain je...banyak lagi kedai emas yang harga berpatutan

Quote Nnasda53 12-3-2021 12:55 PM
Cari je lah kedai lain.
Quote salmon-suki 12-3-2021 01:53 PM
Kalau ai,tgk org first layan mcm tu,mmg ai terus angkt kaki.. problematic..ni nak dpt untung cpt laa,tgk kiraan y sis tu letak,mmg jauh sgt beza hrga emas semasa dgn hrga y uncle tu jual walaupun diclaim dah beri diskaun..
Quote Adrif 12-3-2021 02:18 PM
berjuta kedai dan peniaga lain kat sana dik

kalau peniaga buat perangai macam ni, kalau aku,
2 Kali ja, maksimum 2 kali ja aku sabaq. tapi aku tak ngamuk, bising2 tu bukan cara aku.

sekali, dimaafkan, mungkin terlepas kata. (termasuk cubaan menipu)
tapi bila dia ulang, kali ke dua. aku senyum, cancel everything, tak cakap banyak, blah. dan banned kedai tersebut seumur hidup

takyah serabut. angkat kaki, aman-aman ja ronda amik angin ke kedai lain
Quote umbut 12-3-2021 03:00 PM
Kalo aku tgk layan cam hanatt.. aku terus xpa tak jadi blah je... byk kedai lain.
Org ramai uncle pun malas layan ko
Quote bungarose 12-3-2021 03:18 PM
Dapat tauke kedai biadap macam tuh, keluar ajer terus
Jangan berbelanja lagi untuk keuntungan bisnes orang biadap
Quote Purplehag 12-3-2021 07:58 PM
Cuba bagi dikit clue nama kedai tu.. Nak boikot.
Quote Rainsack 13-3-2021 04:48 AM
Wahhhg rude nye.
Quote Jorja 13-3-2021 07:39 AM
Prefer emas putih. Kiraan pun fix senang kalau nak trade in
Quote Shahrin6699 13-3-2021 10:45 AM
Huhuhu.. kesian..
Quote lasagnaklcc 13-3-2021 11:30 AM
Tbh, i tak lalu nak pilih brg kalau ramai org tergesa2 mcm ni. Nak pilih emas mmg lama...lagi2 kalau kes mcm akak ni.
Quote mongoose_kidz 13-3-2021 03:00 PM
Suchi replied at 12-3-2021 12:41 PM
Gigih iols google cara ukur saiz cincin nak tau saiz cincin sendiri.
Tak penah beli emas so xtau sa ...

sis...x semstinya size kecik dia murah...
semuanya bergntung pada berat emas tu
ade yg gedabak tp ringan
ade yg kecik tp padu
kesimpulannya nak beli emas kena pndai kira...jgn mudah tertipu...klau kita nmpak xde ilmu lagi mudah dia tipu

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.042018 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top