CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dendam Selalu Dimarahi, Wanita Bagi Ibu Mentua Racun Biawak

10-3-2021 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2293| Komen: 8

Gara-gara sakit hati kerana sering dimarahi, seorang wanita di Ogan Komering Ilir, Sumatera Selatan, bertindak meracun ibu mentuanya hingga mati.

Tribunnews melaporkan, suspek, Dewi Asmara, 45, dipercayai melakukannya dengan mencampurkan racun biawak ke dalam masakan ikan pindang salai.



Gambar hiasan

Difahamkan, masakan itu disediakan khusus untuk ibu mentuanya.

Ketua Polis Ogan Komering Ilir, Alamsyah Pelupessy berkata, mangsa yang berusia 61 tahun meninggal dunia kira-kira 11 pagi, dengan mulutnya berbuih.

Beliau berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia selepas menikmati hidangan berkenaan.

"Selain mangsa, tiga kucing turut ditemui mati di luar rumah.

"Pembunuhan itu dipercayai bermotifkan dendam iaitu suspek melakukannya kerana sakit hati akibat sering dimarahi ibu mentuanya.

"Konflik itu mungkin timbul disebabkan mereka tinggal bersama dan sering bertengkar," katanya


Sementara itu, berdasarkan rakaman video yang tular di laman sosial, Dewi memaklumkan dia sebenarnya mahu meracun suami dan bukan ibu mentuanya.

"Saya mahu meracun suami kerana saya menerima layanan buruk daripadanya dan dia juga mempunyai ramai isteri," katanya.

Difahamkan, mayat mangsa dibawa ke Hospital Polri M Hassan.

Ahli keluarga juga memohon bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Dalam pada itu, suspek kini ditahan di Balai Polis Tudung Selapan.

Wanita itu bakal berdepan pendakwaan dan boleh dijatuhi hukuman mati atau penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.



Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-3-2021 11:30 AM
kesian mak mentua jadi mangsa...
ramai betul isteri sominya pun adakah tak mampu tapi gigih nak isteri ramai?
Quote Nana_Man 10-3-2021 11:33 AM
1st time dgr racun biawak.. hahaha
Quote Jorja 10-3-2021 12:20 PM
Tumpang simpati pada bini2 yg dapat suami mcm ini tapi bukan alasan utk membunuh. Buat apa la nak sia2kan hidup utk lelaki. Suami tu pinjaman aja pun. Jangan jadi perempuan yg tak percaya pada nilai being classy
Quote rajamoney 10-3-2021 01:07 PM
baru aku tau ada racun biawak

maklumlaaaaaaaa

org bandau
Quote Gianna111 10-3-2021 01:23 PM
padan muka...
Quote ReginaGeorge 11-3-2021 07:41 AM
Ha.. Mother in law hati2 la lepas ni ya.. Silap hari bulan makan racun.
Quote Belibis 10-4-2021 01:00 PM
dudaberhias: kesian mak mentua jadi mangsa...ramai betul isteri sominya pun adakah tak mampu tapi gigih nak isteri ramai?

Kalau suami yang mati,dia cakap sebenarnya nak racun ibu mertua.ha ha
Quote white_musk 10-4-2021 05:03 PM
Berita beginilah perlu adik2 share di dalam WA keluarga masing2

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.038298 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top